Tuesday, August 31, 2010

fasa ramadhan terakhir

salam mujahadah di bulan ramadhan
alhamdulillah,,setinggi2-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T. kerana kita masih lagi mampu untuk menjalani ibadah puasa ramdhan hingga saat ini..
suka untuk saya kongsikan disini, Sheikh ada bercerita pasal kalimah agung La Ilaha Illallah.. tiada lagi kalimah lain yang lagi berat timbangannya di hari akhirat melainkan kalimah ini. ya!! memang nampak simple tapi kita x mampu untuk memperbanyakkan mengucap kalimah ini..insyaAllah, biar sekecil manapun amalan kebaikan kita, akan dihitung oleh Allah,,begitu juga dengan kejahatan kita.. hidup di dunia ini mamang pahit, kerana akhirat itu manis..berlelahlah dalam berzikir& beramal di dunia..kerana syurga menanti orang mukmin..bak kata ust Azhar Idrus, bekerja di dunia, gaji di akhirat..
Sheikh bercerita lagi, berkenaan bagaimana kita ingin menghapuskan dosa2 lalu..kita kena banyakkan beristighfar..bukan setakat 3 kali selepas setiap kai solat..malah kena lebih lagi..inikan makan karipap lagi lama dari beristighfar..sama2lah kita hitung dosa kita banyak mana pada Allah..maksiat yang antara kita sedar atau x sedar telah kita lakukan..saya mengingatkan diri saya juga..
pernah x sahabat2 dengar nama Uwais Al-Qarni??
uwais merupakan seorang hamba Allah yang jika x silap saya, hidup pada zaman tabi'@ tabi' tabi'in..Nabi Muhammad bercerita pada sahabat2 tentang kemustajaban doa yang dipohon oleh beliau..maka, sahabat2 nabi seperti saidina Ali dan Saidina Uthman beriya untuk berjumpa dengan beliau nanti.. lalu, Nabi bertanya: apa yang akan kalian pohonkan nanti..doa apa yang akan kalian pinta?? 2 sahabat tadi menjawab: kami tidak tahu Ya Rasulullah..maka, nabi menjawab..pintalah supaya dijauhkan dari azab api neraka..mari kita muhasabah..saidina Uthman dan saidina Ali adalah antara sahabat yang dijamin masuk syurga pun Nabi suruh doakan dijauhkan dari api neraka..kita apatah lagi..yang sentiasa bergelumang dengan maksiat..perlulah lagi bersungguh untuk berdoa..jangan risau sahabat2 kerana Allah memberi penyelesaian kepada kita untuk menggunakan fasa 10 Ramadhan terakhir ini yang kelebihannya dapat menjauhkan kita dari api neraka..sama2 kita mencari lailatul Qadar..
sambung cerita lagi pasa Uwais..semasa Uwais hidup, maka beliau ke Mekah untuk berjumpa Saidina Ali dan Saidina Uthman.. 2 sahabat bertanya bagaimana engkau tahu kami ingin sangat berjumpa denganmu..beliau menjawab: Rasulullah menyuruhku.. padahal Rasulullah telahpun wafat pada ketika itu.. maka, Uwais pun mendoakan Saidina Ali dan Saidina Uthman..
uwais Al-Qarni tinggal bersama dengan ibunya. mereka orang susah.Setiap hari ibunya meminta untuk membawanya ke Mekah..maka, dengan sifat ketaatan seorang anak,Uwais membeli seekor anak lembu yang masih kecil dan membina sebuah rumah di puncak bukit..
agak2, apa yang Uwais nak lakukan??? Uwais berlatih untuk mengangkat anak lembu itu bermula dari kecil sehinggalah lembu itu besar selama 2 tahun..maka, selepas itu, beliau dapat memikul ibunya dibelakangnya dan pergi ke Mekah..
Subhanallah..agungnya kisah zaman nabi,sahabat2 dan tabi', tabi' tabi'iin..
belajarlah dari sejarah..insyaAllah kita mampu membina peribadi dan sahsiah yang mulia..
wallahua'lam

p/s : kalau ada fakta atau cerita yang saya tersilap..tolong betulkan.. SEMOGA BERJUMPA LAILATUL QADAR!!

Thursday, August 26, 2010

sebijik macam cite ali baba..masyaAllah

salam warahmatullah..
selawat dan junjungan ke atas Nabi Muhammad S.A.W. kerana dengan pendakwahan baginda, hingga saat ini kita beriman kepada Allah dan memeluk agama Islam..Alhamdulillah..
mungkin ramai yang bertanya apa la aktiviti saya summer ni..saya pun sebenarnya plan lain..tapi dapat plan yang lagi better..alhamdulillah..jadi, jangan terkejut la kalau plan asal tak jadi..sesungguhnya kita merancang, Allah jua merancang namun Allah lah sebaik2 perancangan...

Blog ni pun memang saya akui berhabuk macam debu kat kaherah..memang lama berpuasa internet sejak duk rumah kawan kat hayyu sabi'..sebab kat rumahnya, internet kena potong..hari2..setiap masa saya akan nampak kapal terbang kalau duk kat sane..termasuk pagi tadi, dah 3 kali saya pergi airport hantar orang balik malaysia..bila la empunya diri nak sampai plak..akhirnya, sebab tak tahan..saya pun beli la tiket dan alhamdulillah..akhirnya sampai la kat rumah yang dicintai..tiket=train dari kaherah ke alex..rumah= rumah sewa senior ni ha.. bukan MALAYSIA..balik pun sebab ade meeting yang terakhir sebelum PSMB berlangsung..

sebelum masuk meeting, sengaja saya pergi awal untuk mengemas barang2 yang masih ada berbaki di asrama..ditemani oleh seorang akak senior..saya bukak pintu bilik..
pintu terbuka..langsung, masyaAllah..habis berselerak bilik saya..tilamnya tunggang terbalik macam ape..barang2 yang dah siap packing tu semua dikebas kecuali buku2..ade jugak la dia tinggal..
saya terus pergi ke loker..alhamdulillah..loker berkunci..tapi bila nak buka dengan kunci, ternyata dah rosak sebab pencuri tu tarik sekuat hati, mungkin..saya terus pergi pejabat walid..walid terkejut dan huru-hara pejabat hari tu..cara saya bercerita mungkin nampak macam tough tapi sebenarnya sapa yang tak sedih barang2 hilang? nasib baik notebook ade dalam loker, kalau x..entah macam mana saya nak ganti barang kawan2 ni..kalau barang saya, saya x kisah tapi pulangkan barang2 kawan saya..antara barang yang hilang tak perlu disebutkan disini kerana hampir mencecah RM ****.. almost macam cite ali baba yang kebas harta penyamun tu..tapi xde la lampu pun nak curik.memang betul la kalau nak duduk negara arab ni kena banyak bersabar..dan BERUNTUNGLAH ORANG YANG BERSABAR DI ATAS KESABARAN ITU...
waktu tu, saya terfikir alangkah baiknya kalau hukum hudud terlaksana atas muka bumi ini..kenapa hukum Allah selalu dicantas oleh hukum manusia yang langsung tak beri pengajaran. sedangkan Allah lagi mengetahui tentang hamba2Nya.. saya pun berfikir dan berzikir atas kejadian yang menimpa ni..petang tu, saya pergi berborak2 dengan ummi(isteri walid)..ummi terkejut dengan berita yang saya ceritakan..
ummi pula bercerita macam mana nak sembuhkan Malaysia yang kadar jenayahnya semakin menjadi2..sehingga hampir saban hari, berita buang anak terpampang di mata akhbar..di Melaka pula, sungguh tak patut mendirikan sekolah untuk anak2 luar nikah..kalau berfikir jangka masa pendek, macam ni la jawabnya. banyak perkara yang saya dapat dari ummi, bagaimana cara ibu bapa perlu mendidik anak2nya..kena tanamkan agama sebagai asas..biar kukuh dari kecil, insyaAllah..ke mana2 pun, tak bimbang nak melepaskan anak..
ummi cerita lagi, Nabi bercerita, ada seorang bapa di akhirat kelak, sebelah kakinya sudah ingin menapak ke dalam syurga, namun tiba2, anaknya memberitahu kepada Allah, "Ya Allah..bapaku ini tidak pernah mengajarku islam"..maka, ayah itu langsung masuk ke neraka kerana tidak mendidik anak dengan baik.. nampak gaya, bukan senang nak jadi mak ayah..pastikan diri tu bersedia, baru la fikir nak kahwin..
jadi, melihat kepada situasi malaysia sekarang,memang sangat diakui kemajuannya, tapi kenapa Islam tidak selari perkembangannya..cara yang paling selamat adalah..KEMBALIKAN ISLAM..ISLAM YANG SEJATI BUKAN ISLAM PADA NAMA SAHAJA...2 tahun lagi boleh mengundi..lambat lagi la ni..
habis cerita... jadi, kepada kawan2 yang ada plan xnak balik tahun depan, sangat2 dialu2kan..macam2 sahabat2 boleh dapat disini..antara nak dengan tak hendak jer..
tapi, saya nak balik penerbangan paling awal ke malaysia tahun depan..harapnya, moga mampu menggunakan Ramadhan yang masih lagi berbaki 14 hari dengan sebaiknya..bersiap travel ke tanta pulak lepas tu ke kaherah lagi..wassalam

p/s : cerita di atas hanyalah perkongsian pengalaman hidup saya..moga apa yang baik ambil, yang buruk, jadikan sempadan. wallahua'lam..

Sunday, August 15, 2010

kisah harta yang hilang(*_*)

bismillahirrahmanirrahim..salam dan selawat atas junjungan besar Nabi kita..alhamdulillah, hari ni, masih lagi diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. untuk terus menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan meskipun diri ini tidaklah begitu sihat..tlong doakan moga saya sihat seperti sediakala..
saya ada terbaca buku Muslimah dan terjumpa satu kisah yang menarik yang boleh saya share dengan anda semua..perkara ini pernah terjadi pada saya..dan telah saya temui jawapannya..jom sama2 hayati kisah ini..

Diriwayatkan bahawa pada satu malam, seorang lelaki datang menemui Al-Imam Abu Hanifah rahimullah seraya dia berkata kepada beliau:
“wahai imam! Suatu ketika yang telah lama berlalu, saya telah menanamkan satu harta di satu tempat. Malangnya saya telah terlupa akan tempat tersebut. Maka bolehkah tuan menolong saya untuk mengatasi masalah ini?”
Mendegar kata2 itu, imam Abu Hanifah r.a pun berkata kepadanya: “urusan menjadikan ingat ini bukanlah suatu kerja ahli fiqh( undang2 islam); nantilah sekejap sehingga saya menemui jawapan bagi masalah engkau.”
Beliau berfikir sejenak dan kemudian menjawab, “engkau pergilah, maka engkau bersembahyang(sunat) sehingga naik fajar subuh; kerana (dengan sembahyang itu) engkau akan dapat mengingatkan tempat harta itu. insyaAllah Taala.
Maka lelaki itu pun pergi meninggalkan imam Abu Hanifah, dan dia melakukan sembahyang. Tiba2 baru seketika dia bersembahyang, sia pun teringfat akan tempat dia menanam harta tadi. Maka dia pun pergi segera ke tempat itu dan mengambil serta membawanya pulang.
Tatkala pada waktu pagi lagi, lelaki tadi pergi medapatkan Imam Abu Hanifah r.a. dan menyatakan bahawa dia telah memperolehi kembali harta itu menerusi sembahyang dan menyatakan dia bersyukur pada Allah
“bagaimanakah tuan mengetahui bahawa sesungguhnya saya dapat mengingati tempat harta itu?”
Jawab Imam Abu Hanifah: “Sesungguhnya saya mengetahui bahawa syaitan itu tidaklah sekali-kali akan meninggalkan engkau semasa engkau sedang bersembahyang; ma;lah dia akan mengingatkan engkau (sesuatu yang tersembunyi dalam hati seperti) harta sehingga engkau akan menjadi terlupa (urusan) sembahyang engkau (sendiri)

Justeru itu, apabila anda terlupa sesuatu yang baik, maka sebut dan ingatlah pada Allah; nanti dia akan menjadikan anda ingatkan sesuatu dengan baik.

p/s: pernahkah perkara seperti ni terjadi pada anda? terus-terang saya katakan perkara sering terjadi kalau lupa akan something..kalau perkara ni x pernah terjadi pada anda..alhamdulillah..mungkin hati ni x terlalu khusyuk pada Allah..kena berusaha untuk mendapatkan cahaya cinta Allah S.W.T.

wallahua'lam..

Thursday, August 12, 2010

penghijrahan bermula disini..

NOTA RAMADHAN

Malam ramadhan pertama, kami menaiki tram untuk solat terawih di gami’e Ibrahim. Dalam perjalanan, seorang lelaki berlari masuk ke dalam tram dan dikejar oleh lelaki yang lebih muda sambil memegang kayu. masyaAllah, apa hal plak mereka2 ni..x solat terawih ker? Wanita muda depan saya bertanya..harami?? (pencuri)ana musy arifah..(sy xtau)..moga kita semua mampu menahan diri dari nafsu..tak kira nafsu marah, nafsu makan dan juga nafsu tidur..sama2, mempertingkatkan amalan kebaikan di bulan mulia..tapi, ini adalah titik tolak penghijrahan diri kita, bukan bermakna beramal di bulan puasa je, tapi untuk diaplikasikan dalam bulan2 seterusnya..perjalanan diteruskan..

Sampai je disana, Subhanallah.. Tak pernah sepanjang hayat saya melihat orang seramai ni..sehingga terpaksa menutup jalan gara2 x muat. Alhamdulillah, saya terpilih untuk merasai ramadhan tahun ni di bumi Anbiya’. Terima kasih ummi abah. Saya diinform oleh senior untuk mempercepatkan waktu sejam lebih awal..solat terawih di situ, satu malam satu juzuk. lepas selesai, kami singgah minum asir(jus).esoknya, kami bersahur..lauk orang bujang la..xde la macam kat rumah@asrama di malaysia..alhamdulillah, petang tu, saya berjalan2 sekitar sini. Saya dapat melihat mereka mengagih2kan makanan berbuka puasa. Di masjid2, banyak makanan disediakan.

Petang tu, kami dijemput oleh baba khamis untuk berbuka puasa dirumahnya kat mandarah. Kami berjumpa didepan kedai kasutnya. Baba menahan teksi dan membayarnya. Kami pun persis bersiar2 mengambil angin petang dalam teksi. Kami berborak2 dengan pemandu teksi tu..ada peristiwa lucu disitu, tapi biarlah dalam memori saya shj. On the way, ada seorang pemuda sedang membahagi2kan kurma di tgh2 jalan. Pemandu teksi tersebut memperlahankan kereta. Dan kami semua dapat kurma. Pemandu teksi tu berkata..makan kurma ketika berbuka adalah sunnah Nabi junjungan kita S.A.W. kami mengiyakan.

Setibanya di rumah baba khamis, 5 minit lepas tu, azan dilaungkan. Waktu berbuka. 1 ramdhan telah pun berakhir, namun apa kebaikan yang telah ku lakukan?? Adakah aku termasuk dalam golongan orang yang mempersia2kan ramdhan? Detik hatiku… mewah betul berbuka hari tu…tak perlu diceritakan..alhamdulillah. selesai solat maghrib, terus ke gami’e Ibrahim. Selesai solat terawih, jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Naik tram…tut2..sampai rumah klu 12 tgh malam. Maka, saya terus bersiap2 menyediakan sahur..precaution takut terlambat bangun..boleh panaskan aje..macam tu lah kalau parents xde disisi. Habis cerita..hari ni, langsung x keluar rumah..malam nanti je la.. esok, abih aje meeting, saya bergerak ke cairo untuk merasai suasana ramadhan disana plak..

Bersederhanalah ketika berbuka..walaupun kat sini xde bazaar macam kat mesia, tapi rasa kecukupan kerana keberkatan bulan puasa. Kawan2 satu univ yang kini girang berada di samping family masing2..amat caring..sentiasa amik berat, bertanya khabar, meninggalkan pesanan dan x lupa juga yang bertanya kalau nak ape2 kiriman dari mesia, bgtau je la..alhamdulillah..terasa kewujudanku di hati kawan2..kalau diikutkan hati, bukan DURIAN yang kupinta, bukan BUDU yang jadi idaman, bukan KEROPOK yang jadi pujaan..TAPI kalau boleh, yang saya pinta TOLONG BAWAKKAN FAMILY SAYA KE SINI!!!.. itu sahaja..tapi, macam mustahil je..jadi tolong bawakkan apa2 yg saya sebut kat atas+kuih raya+bihun+belacan= MasyaAllah..biasa la bulan pose..lepas buka nnt..x rasa la nak makan..:) SELAMAT RAMADHAN..

p/s : penulis perlulah membuat plan cuti lebih teratur supaya memori di kampung x sempat pun nak singgah, “pesanan dari abah”..kalau abah baca post akak ni, spt bese walaupun tiada disisi, tlg bayarkan zakat fitrah akak..TERIMA KASIH ABAH!!

Tuesday, August 10, 2010

~sama2 perbaiki tarbiyah dzatiyyah~

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa."
(Al-Baqarah 183)

Ahlan wasahlan wamarhaban ya Ramadhan...hanya tinggal beberapa jam lagi dia akan tiba.. setelah meneropong anak bulan semalam..insyaAllah, malam ni, kami akan solat terawih di gami'e Ibrahim..

Alhamdulillah..ramdhan menjemput kita lagi tahun ni untuk bertemu dengannya. bertemu dengannya memberi berbagai kebaikan disamping bulan mulia ini dapat menjadi madrasah untuk semua hambaNya yang menghargai kehadirannya. perbaikilah tarbiyah dzatiyyah masing2..saya sesungguhnya insan yang lemah dan hina mengajak sahabat2 semua,perbaiki diri sendiri untuk diri sendiri..itulah erti tarbiyah itu..bukan bermakna saya menghalang untuk mentarbiyah orang lain tapi kita juga kadang2 perlu membaiki kecantikan akhlak kita kerana manusia mudah terjebak dengan dosa dan maksiat kepada Allah S.W.T. samada kita sedar atau tidak..begitulah peri-pentingnya kita memuhasabah diri menyambut bulan mulia ini.

pernah Rasulullah S.A.W. bersabda," ada yang berpuasa, tapi tiada baginya pahala,yang dapat hanyalah lapar dan dahaga"

Wahai sahabat-sahabatku, terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan


1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
2- seseorang yang
sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
3- seseorang yang
berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya

Agak-agaknya kita akan dimasukkan ke dalam kategori mana? Alangkah berbahagianya andai kita termasuk di dalam kategori pertama. Marilah kita koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan ibadah pada bulan Ramadhan yang bakal kita lalui nanti. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui, insyaAllah.


Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”


Alhamdulillah. result sem 2 tahun 1 dah pun keluar..disini, saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada mentorku, sahabat2ku dan pensyarah2 yang banyak memberi tunjuk ajar selama ni. ku kirim berita gembira itu jauh di kampung..maju satu anak tangga adalah kejayaan bagi pandangan saya dan kejayaan hakiki itu adalah apabila kita berjaya bertemu Allah dan Nabi Muhammad di hari pembalasan kelak. moga diri kita menerima kitab amalan dari tangan kanan..
Ameen~
dan tak lupa juga, especially kepada ummi abah yang banyak mendoakan anak yang degil x nak balik ni..kejayaan dunia akhirat..keredhaan Allah terletak pada keredhaan ummi abah jua.

p/s: bermulalah ekspedisi hidupku di bulan ramadhan...mentarbiyah diri atas kekurangan selama ni..

wallahua'lam

Sunday, August 8, 2010

akhirnya..

Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan oleh Allah. 3 hari lagi Ramadhan bakal tiba. moga kita semua dipilih oleh Allah untuk berada dalam bulan yang mulia ini. malam tadi, sebaik sahaja menunaikan solat meghrib, saya dan senior2 menghantar senior2 yang bakal menunaikan umrah tahun ni. kami prefer untuk memilih tram dan saya berborak2 dgn akak2..kami bercerita pasal handset hilang..mangsa dan macam mana kes kejadian..termasuklah kejadian kes saya.. :)
setelah 20 minit turun tram, akak yang berborak2 dgn saya nak guna hp. cek2..dah lesap. masyaAllah..saya terdiam. kalau Allah kata jadi, maka jadilah. siapa kita untuk menidakkannya. mungkin Allah tahu yang terbaik buat hambaNya.

syukur dipanjatkan kerana akhirnya, program KUNTUM 2 berjaya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam yang bertempat di asrama MARA. program ni, banyak memberi ilmu baru tentang agama Islam. semakin banyak yang kita tahu, semakin kita mengetahui yang kita ni jahil. kalau saya berlapang, insyaAllah saya akan berkongsi dengan pembaca sahabat2 semua.


jam sudah pun menunjukkan pukul 12.12 tengah malam. saya pun baru saje selesai menonton rancangan imam muda kemuncak bagi menentukan siapakah imam muda terunggul. khusyuk sungguh sampai air dalam mesin basuh melimpah x sedar..last2 kena la pause dulu dan menjadi cleaner malam tu..bagi saya, semua adalah juara dan alhamdulillah memang rezeki mereka baik. mendapat tajaan ke madinah. memang mantap siapa jadi student situ. perempuan memang susah dah nak belajar kat madinah. bezanya, imam muda asyraf dapat Exora sebuah.. mata dah x larat lagi untk mengulas lebih panjang. saya serahkan kepada astro Oasis untuk menyambung..

MISi JiHaD CinTa

“Sayang, kita dah sampai.” Safiyyah menggosok mata yang masih kantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.

“Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.” Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.

“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.”
“Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”
“Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”
“Nak kahwin lagi ya?”

Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.

“Kalau betul kenapa?”
“Safiyyah tak kisah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.”

Suaminya tersenyum. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku di syurga.

“Abang ni kenapa senyum-senyum ni?”
Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.”
“Okey..”

Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan.
Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih. Pintunya diperbuat daripada kaca yang dihiasi kalimah ‘Lailahaillallah… Muhamadurrasulullah..’.

Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.

****
Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu. Dengan pantas, lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8. Usai sampai, dia menarik kembali kad pintarnya.

“Jom masuk sayang.”

Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat di hadapannya. Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu. Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’.

Dia memimpin tangan isterinya. Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu.
Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu. Senyumannya mengisi ruang wajahnya. Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.

“Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”

Lelaki itu menekan remote di tangannya. Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.

“Sila duduk..”
“Terima kasih.”

Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu. Dia menyelongkar laci kaca yang terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai. Cantik. Gabungan seni lama dan baru.

“Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”
“Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.”
“Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”

Safiyyah hanya diam merendah diri.

“Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan.”

Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya. Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.
Safiyyah memerhati.

MISI JIHAD CINTA

Nama Mujahid : Uwais Al-Qarni bin Ammar
Nama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad

Dan banyak lagi butiran yang diisi suaminya..

Hati Safiyyah berbunga riang. Inikah hadiah dari Uwais kepadanya? Subhanallah.. Ya Allah, aku syukur padaMu. Cita-citaku semakin dekat. Syahid menggoda rohku. Aroma syurga menggamitku.

Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan. Peraduan Misi Jihad yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai. Peraduan ini melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan di hantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.

“Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”

Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.

“Ni bang..”

Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan. Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya.

Lelaki itu menekan-nekan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.

“Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”

****
“Bang..”

Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya direnung. Sinar keimanan yang terlakar menenangkannya.

“Ya?”

Safiyyah diam. Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.

“Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”

“Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu selama ni?”

“Habis tu.. Kenapa menangis?”

“Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang..”
“Ya,abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga..”
“Abang..”
“Ya?”
“Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?”
“Safiyyah sayang…”
“Ya bang..”
“Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga. Jangan risau ya..”

“Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan solehah daripada Safiyyah.”

Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh. Subhanallah.. Aku sayang dia keranaMu ya Allah. Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan Kau pisahkan kami. Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau sediakan untukku. Moga di dunia dan juga di syurga.

“Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”

“Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”

“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang-kadang buat abang geram.”

“Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah. Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas berfikir, berana membantah kebatilan. Kan?”

“Ya sayang. Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.”

“Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan. Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”

“Ya, abang faham.”

“Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat bang..”

Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi. Dia sedang menunggu saat kemanisan itu. Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga nanti. Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku. Hatinya menyeru.

“Sabar la. Tak lama lagi..”

****
Di khemah persiapan, Kota Toledo.

Malam itu mereka tekun. Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada Allah. Setiap saat dipenuhi dengan solat-solat sunat, berzikir dan alunan bacaan Al-Quran.

Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas. Tampak air matanya mengalir.
Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap. Bukan airmata sedih yang sedang mengalir. Tetapi armata bahagia, bahagia kerana bakal menemui Rabbnya.

“Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini. Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi yang terbaik.”

Esakan isterinya semakin kuat. Hatinya pedih dalam gembira.

“Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan. Dan kita berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya. Matlamat kita jelas, hidup mulia atau mati syahid. Sekarang di hadapan kita peluang, Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat-bulat pada Allah. Bila kita sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah banyak-banyak. Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat syahid.”

“Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat nak beri Safiyyah apa-apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi isteri abang..”

“Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”

“Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..”

Dahi isterinya dikucup lembut.

“Abang ada satu permintaan.”

“Apa dia bang?”

“Baju tu. Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”

“Ya,InsyaAllah. Abang pun ya.”

“Ya,InsyaAllah.”

Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang baju putih yang tergantung di atas tali. Tertulis perkataan “Peserta Misi Jihad Cinta” di belakang baju putih milik suaminya. Di bahagian hadapan sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Juga pada bajunya.

“Assalamualaikum.. Akh Uwais..”

Terdengar suara memberi salam. Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.

“Waalaikumsalam.”

Uwais membuka pintu khemah.

“Akh, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”

“Baiklah. Terima kasih.”

Uwais menutup kembali pintu itu. Dia pusing menghadap isterinya.

“Sayang, dah tiba masanya.”

“Ya.”

Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh. Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.

“Kita jumpa di syurga ya.”

“InsyaAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula.”

****
Boomm..

Boommmm..
Boommmmm..

Dentuman demi dentuman terdengar. Mereka tekun melaksanakan misi jihad.

Bumm!

Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah. Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka. Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah. Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Kini dia sudah mengotakan janjinya.

Bummm!

Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju. Wanita berjilbab itu ditembak di belakang badannya. Peluru tertimbus dalam. Nur Safiyyah tersenyum.

Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit.

Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji.

Mereka bertemu di syurga.



Surah At-Taubah :
(52) Katakanlah: (Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid) dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu.

Wednesday, August 4, 2010

MARI BELI!!



salam w.b.t.

kegembiraan menanti bulan yang digandakan segala kebaikan seiring dengan debaran menantikan result sem 2 tahun 1..alhamdulillah..hari ni masih lagi diberi kesempatan oleh Allah S.W.T. untuk kita semua bernafas di atas muka bumi Allah. saya pernah merungut secara jujurnya, di bumi Anbiya' ini perihal sikap orang Arab berniaga..kadang2 rasa marah kerana tertipu tapi let's bygone be bygone..pengalaman itu semestinya memberi pengajaran yang berguna..barulah saya menyedari kenapa orang arab dulu amat suka cara Nabi junjungan kita berniaga. Al-Amin. bersyukur dipilih Allah untuk berada di bumi Nabi Musa a.s. kerana diberi peluang untuk berniaga dengan orang arab. tapi, x semua orang arab macam tu..manusia dinilai atas ketaqwaannya kepada Allah, bukan atas bangsanya. tapi siapakah kita untuk menilai?

Kita yang bergelar manusia sering melupakan nikmat yang berterusan sehinggalah ditarik nikmat itu, baru terasa akan kehadirannya. contohnya, apa yang ada atas muka bumi ini yang free? kadang2, laut tu pun hak Allah ..tapi bila nak mandi kena bayar jugak. setelah sesaat, Allah memberi ilham kepadaku bahawa oksigen yang digunakan untuk terus bernafas di atas bumi adalah percuma. FREE!! tapi ramai manakah antara kalangan hamba2Nya yang bersyukur..mari bermuhasabah bersama penulis. jauhkanlah kami dari golongan hambaMu yang tidak bersyukur.

sedar x kita yang Allah juga menawarkan jual beli dengan hamba2Nya??.. setiap saat kita berurusan dengan Allah S.W.T. Allah berfirman yang bermaksud,

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.
(at-Taubah:111)
p/s: post kali ni agak simple krn penulis masih dlm pencarian ilmu disini..faqir ilmu lillah. doakan saya. 7 HARI LAGI RAMADHAN..

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com