Friday, December 31, 2010

CeRiTeRa PeNutuP Tirai 2010::


Bismillahirrahminrrahim..dengan lafaz yang mulia, ana menutup tirai 2010. bermakna umur ana makin bertambah 1 tahun lagi namun still 19 kalau ikut bulan lahir. :) Masih mahu perasan muda ke? Astaghfirullah, manusia memang selalu macam tu. tidak sedar masa yang berlalu yang makin menghakis usia remaja, malahan kubur sentiasa berkata "MARI3".. Adakah bila ana terpandang wajah Malaikat Maut, Izrail baru menggelabah menghitung segala kebajikan yang telah dilakukan didunia ini? Itupun kalau amalan ini diterima, bagaimana pula kalau Allah langsung tidak membeli, masih lakukah amalan pahala untuk kita hitung di timbangan akhirat sana?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (Surah at-
Taubah:111)

Sempena ana nak menutup tirai ini, ana simpulkan segala pengalaman ana yang boleh ana kongsi setakat yang termampu. Bukankah orang yang berguna adalah yang memberi manfaat kepada orang lain? Ana cuba untuk menjadi insan bertuah itu.

Bermula tarikh 1 oktober 2009 sehinggalah 1 januari 2011, ana masih lagi belum berjumpa dengan wajah tenang ummi abah dan keluarga. bermakna selama itu
jugalah ana x pulang ke Malaysia. Memang menjadi impian ana untuk datang ke Mesir, sehingga apabila ditemuduga oleh pegawai MARA, ana bertegas dengan pilihan pertama ana iaitu Mesir, bukan Jordan. Dan berdoa bersungguh-sungguh untuk impian ana. Dan akhirnya, Alhamdulillah, dengan izin Allah Taala, ana diterima untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang perubatan. Meskipun kedoktoran bukanlah cita-cita yang ana impikan tetapi ana tetap redha kerana ana tau apa yang tersurat di Lauh Mahfuz adalah yang terbaik buat ana.

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah: 216)

Kini, impian cikgu aisyah dah bertukar Dr. Aisyah. insyaAllah..ana kena usaha lebih untuk menjadikan mimpi itu satu realiti..

kali ini, ana kongsi serba-sedikit dunia sebagai pelajar medik di Mesir ini. tension?? x cukup masa?? x sempat makan?? tidur dengan mayat?? itu adalah bayangan ana sahaja sebelum ana melangkah ke dunia perubatan.. sampai sahaja disini, ia berubah 360 degree.. (mungkin ana hamba allah yang malas) jgn tiru.. kalau nak kira tension tu, mungkin ada musim tertentu saje kot cth exam ke..sebab masa tu nak pulun semua. boleh jadi jugak ada banyak kerja yang kena buat ..kebajikan2 tambahan..seperti terlibat dalam persatuan ataupun menjadi Ajk dalam program-program. tapi, itu bukanlah alasan sebab ana suka bekerja, membuatkan diri menjadi matang dan belajar untuk memimpin.

Kebetulan satu hari ana rasa hati sangat kosong. kenapa?Adakah Rahmat Allah sudah tidak mahu menyapa hati ana lagi? sehingga ana memikirkan perkara yang tidak bermanfaat..dan disepanjang perjalanan ana, ana menaiki tram ke syatbi.
5 minit berlalu, tram itu perlahan-perlahan berhenti di hadapan ana. Ana melangkah kaki untuk melawat sahabat ana yang baru sahaja kematian ayahnya. Ana memandang sekeliling..
"kenapa hari ini, tram macam kosong?" xpe la, boleh jugak ana duduk." getus hati ana

ana mengambil seat berhadapan dengan seorang makcik, kulemparkan sebaris senyuman dan kupalingkan wajahku ke arah tingkap tram yang berhabuk itu. Ana suka memerhati gelagat orang Arab, pasti ada yang menyentuh hati ana memerhati keadaan mereka. Kemudian, ana terpandang makcik tersebut mengeluarkan sesuatu daripada beg tasnya. lalu dihulurkan buatku.

kuHulurkan tangan sebagai tanda menerima pemberiannya, dan ana melihat 99 biji manik berwarna hijau kini berpindah milik di atas tapak tangan ana. Ana terkejut. Ana pun bercakap (dalam bahasa arab dgn makcik tu)

"hadiah??"
ye, nak! ambillah. berzikir, ingat Allah. Sambil makcik tersebut mengeluarkan tasbih miliknya, dan menunjukkan demo kepada ana.

Ana masih terpana dengan hal yang berlaku, dan ana sampai di stesen tram syatbi. Lalu, ana meminta izin untuk turun dan mengucapkan terima
kasih banyak2..syukran awi2

gambar hiasan(tasbih ana dapat kaler hijau)

Sepanjang perjalanan, ana masih berfikir dan memandang ke langit biru sambil hati kecilku mengucapkan "Subhnallah".. Maha Suci Engkau. Engkau masih sayangkan hambaMu ini.Seorang gadis yang berlumuran dosa terus-menerus tanpa sedar.. Masih belum dalam cintaku padaMu untuk membalas segala cinta yang Engkau tunjukkan. Malahan ana mengejar cinta manusia yang palsu dan hanya menanam bibir di tepi mulut. Cuma ana mendoakan padaMu, dikurniakan insan yang mampu membawaku mencapai cintaMu lebih dalam..

aisyah, usah berbohong pada diri sendiri, kamu juga manusia. Rasa cinta dan sayang itu fitrah. Namun, jangan kamu pusingkan ia menjadi fitnah. Besar dosanya. Tiada siapa yang mampu menolak fitrah itu. tiba-tiba ana teringat pengisian SC last ni. sungguh seronok berkumpul satu keluarga sambil memberi peringatan sesama manusia.

Dan dia (tidak pula) termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. (Al-Balad : 17)

dalam SC tu, ana terdiam dan bertafakkur memikirkan kata-kata yang diucapkan oleh kakak SC. lebih kurang macam ni la.. Kita kena selalu jaga hati kita, cuba bayangkan jika kita teringatkan seorang lelaki yang haram bagi kita, maka satu titik hitam telah wujud dalam hati kita. Dan bayangkan kalau sehari, 50 kali, kita asyik memikirkan..maka lama-lama hati kita akan menjadi hitam. Disuluh dengan lampu berkuasa 60000000 Watt tetap tidak akan mampu menerangi kembali hati yang hitam itu. Dan sebab itulah kadang-kadang kita susah nak belajar. Kerana ilmu itu cahaya. dan Cahaya tidak masuk ke dalam hati-hati yang gelap..Ana mengucap panjang..

"Astaghfirullah"..ampuni dosa-dosaku ya Allah.

post kali ini, ana banyak menyentuh berkaitan dengan hati kerana setiap jasad itu ada segumpal daging, jika ia baik, maka baiklah keseluruhannya, jika buruk maka, buruklah keseluruhannya. Dan ketahuilah bahawa ia adalah hati..

Ya Allah yang Maha membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku pada agamaMu..

Dan 3 cara hati kita akan mati..
1) berdebat dengan orang jahil
2) banyak bergaul dengan ajnabi
3)berkawan dengan orang mati

dan orang mati yang dimaksudkan adalah orang yang meninggalkan majlis ilmu sebanyak 40 hari..

Akhir kalam, selamat tahun baru ana ucapkan. Tapi jangan terpengaruh dengan pemikiran barat. Tahun baru Islam adalah 1432 Hijrah.. dan ana menyeru sahabat2 supaya membuat penghijrahan terbesar dalam diri sebelum pintu langit tertutup untuk menerima taubat kita, sebelum matahari terbit di bahagian Barat, sebelum malaikat Izrail mencabut nyawa kita. Masih sempat untuk membaiki diri menjadi mukmin yang bertaqwa, beriman pada Allah dan RasulNya.

dunia hanyalah pinjaman, jangan terpedaya dengannya. Binalah matlamat hidup sesuai dengan status kita sebagai musafir di dunia sementara menuju kampung akhirat yang kekal abadi. insyaAllah, syurga firdausi..

Wallahua'lam..

p/s :segala keburukan diri ana, sila bagitau ana, supaya ana boleh membaiki diri.. insyaAllah ana terima dengan hati terbuka..salam hijrah..


Thursday, December 30, 2010

karangan PeriBadi (^_^)

bismillah..
alhamdulillah, dah habis exam!! tak sanggup untuk mengucapkan kalimat merdeka dari mulut sendiri..entah macam berpeluh satu badan jawab soalan tadi. x tahu la apa jadi..hanya mengharapkan pertolongan Allah sahaja waktu tu. mengikut segala gerak hati dan bermonolog dengan diri sendiri sambil recall balik segala apa yang telah dibaca sebelum exam.. x keluar2 jugak isinya..Astaghfirullah..dosa apakah yang telah ana lakukan? sehingga Allah menguji ana di saat genting begini. sehinggakan masa yang diperuntukkan langsung x sempat walaupun nak tembak jawapan. tembak tanpa melihat soalan.

bila terfikir balik, jadikah untuk ana pulang ke malaysia tahun ini? bayangan adik2 sering bermain-main di minda, wajah ummi abah, apatah lagi.. si abang??? x rindu pun..huhu. semua orang memberi semangat untuk jawab soalan hari ini..

jam 7 pagi mesir..ku layangkan mesej buat ummi abah..
salam umi abah. kul 4 petang mesia nnt, akak ada exam. Doakan, moga Allah permudahkan. Tolong bagi nasihat..semangat!!

kemudian abah membalas : Abah dah solat hajat dan doa utk kakak n kak banyak baca fatihah n selawat. kak asma' belajar di england, minggu lepas g. Abah doa moga jaya..

terima kasih abah ummi, sering support akak di setiap masa, tempat dan keadaan. meskipun akak bukanlah anak yang baik bagi ummi abah, akak cuba untuk membentuk diri akak yang baru disini. menjelma diri menjadi aisyah fakriyah yang boleh ummi abah banggakan di akhirat sana nanti. doakan azam akak!

kemudian, kami buat perjumpaan batch di asrama MARA. untuk pelantikan SU dan paling penting ketua batch..Alhamdulillah, calon yang menang adalah SR ana. kena la cari SR baru. kadang-kadang terfikir, kesian betul siapa yang kena kerja dengan perempuan garang macam ana. dah la suka mengarah macam2.. atau ana jek yang fikir macam tu?? boleh komen kat kotak komen nnt ye..wahai pembaca blog ana..
dan SU baru, nurul insyirah, kawan rapat masa IKIP dulu. Alhamdulillah..kami bersama lagi..

Semoga Allah membalas segala kebaikan kawan-kawan saya, yang sudi datang sesi tadi dan jugak yang telah memberikan sokongan yang baik sepanjang saya pegang jawatan ini.. jazakumullahu khairan kathira.

sebenarnya nak tulis post pasal lain, tapi melencong ke lain plak.. lain kali la..
minta maaf tiada apa2 manfaat pun post ni. tapi ana suka untuk berkongsi ayat ni..

Allah berfirman : Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang diusahakannya, Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya)

An-najm; ayat 39-40

wallahua'lam..doakan ana!! :)

Sunday, December 26, 2010

Surat Seorang IBU::

Tuesday, December 21, 2010

CoReTaN di kala SenJa ^-^

bismillah..dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, hidup semalam telah kutempuhi sebaiknya. namun, bagaimana dengan hari ni? redhakah Allah dengan segala perbuatanku hari ini? pagi, solat subuh, baca buku, pergi kuliah, balik kuliah, kelas mengaji pulak batal lagi hari ini dan seterusnya baca buku lagi. sempena nak exam..just around the corner..

hari ini, semngat ke kuliah over stimulated. first time sampai dewan kuliah, pintu x buka lagi. berdiri la saya kat luar dewan dengan beberapa kawan yang selalu datang awal. tengah borak-borak, tiba-tiba,

laila : aisyah dah tau ke belum?
saya: tau ape?
laila : ayah pah meninggal
saya: Innalillah...bila?
laila : 2 pagi tadi waktu mesir, pah tau.

then, pekerja pun datang membuka pintu dewan lantas mematikan perbualan kaim setakat itu sahaja.

saya kagum dengan pah, tetap datang kuliah meskipun air mata menjadi teman setiap masa. waktu seperti inilah, kawan-kawan perlu bagi support kepada pah. sesungguhnya, disini, saya dapat nilai, betapa besar iman pah sehingga Allah telah menguji dia dengan ujian yang berat. Kehilangan seorang ayah yang mendidik kita sebagai anak selama ini. Dan saya terus percaya, pah mampu menanggung ujian itu pada saat ini, sebab itulah Allah berikan dia ujian ini.

meskipun saya tau pah x baca pun post ni, tapi saya doakan agar pah terus kuat..semoga Allah bersama pah..jangan bersedih..doaku buatmu, moga bertemu kita semua di syurga Allah..

p/s : coretan ringkas. maghrib dah masuk..selamat.

Wednesday, December 15, 2010

::SOAL HATI::

intro penulis: Alhamdulillah, sahabat lama meninggalkan offline mesej ttg satu lagi
penulisan terbarunya. saya amat bersyukur dikurniakan sahabat yang seperti membaca kekosongan hati
penulis yang alpa dan lalai dengan keseronokan dunia.dikau hadir tepat pada waktunya.
teruslah pimpin diriku ini..jadilah diriku tempias dari akhlakmu yang anggun.
terima kasih sahabat..

kepada pembaca blog saya, kali ni saya postkan special untuk anda, satu kalam nasihat tentang hati
moga ada manfaatnya :)


Bismillahirrahmanirrahim.....
Semoga sahabat-sahabat dan diri ini sentiasa di bawah lindunganNYA. Demi meraikan harapan seorang sahabat yang dikasihi agar berkongsi sedikit pandangan tentang soal hati ini, saya cuba berkongsi setakat ilmu yang ada, dikutip dari ustaz ustazah di imtiaz dulu, talaqqi ustaz muhadir & syeikh fahmi zamzam, talks di uia dan buku-buku org hebat seperti ustaz hasrizal, ustaz zahazan dll. Semoga Allah mengurniakan rahmat pada mereka yang banyak mengajar kita erti kehidupan.
..............................

"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik"

Sesungguhnya, terdapat 3 peringkat cinta di dalam Islam sebagaimana dalam surah at-Taubah, ayat 24.

1) CINTA AGUNG: Cintakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalanNya.
2) CINTA PERTENGAHAN: cinta pada ibu bapa, anak-anak, suami isteri, saudara mara dan kaum kerabat.
3) CINTA RENDAH: cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta pada Allah , Rasulullah dan cintakan jihad di jalanNYA.

Mana satukah pilihan cinta kita??? cinta pertama atau kedua atau ketiga??

Syeikh Yusri: "Sekiranya kamu diberi pilihan oleh Allah untuk membuat pilihan sendiri. Katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku memilih apa yang Engkau pilihkan untukku, supaya aku bersama dengan apa yang Engkau cintai dan Engkau redhai". Begitu besarnya pengharapan dan tawakkal mereka pada Allah. Kita pula bagaimana?? Teringat kata-kata Ustazah Fatimah Syarha sewaktu beliau datang ke UIA: "orang yang mabuk bercouple ni tidak percaya akan qada' qadar Allah". Benarkah?? Jadi, jawapannya ada pada kata-kata Datuk Hasan Din Al Hafiz dalam al kuliyyah: "Bila mana seorang bayi dilahirkan, telah tercatat di Luh Mahfuz Allah, siapakah jodoh dan ajal mautnya. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa agar dikurniakan yang terbaik dan diri kita sendiri dahulu perlu menjadi baik. Dalam bulan Islam sendiri ada waktu mustajab doa yang dapat mengubah takdir hidup kita, contohnya waktu lailatul qadar, malam nisfu sya'ban dan waktu2 mustajab doa yang lain. Percayalah pada qada' qadar Allah. Dia yang telah menciptakan kita dan Dia LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK BUAT KITA". Jadi, kiranya x perlulah untuk kita mencari cinta kerana semuanya telah Allah tetapkan?? Cinta akan datang sendiri? Boleh percaya ke??? Nanti jadi bujang terlajak pula?? Bagaimana ni?? (O_o).

Saya tak puas hati bila tidak dapat mencari jawapan bagi soalan killer di atas. Lalu, saya bertanyakan seorang ustaz tentang soalan tadi. "Adakah kita tidak perlu mencari cinta??" Lalu, dengan berhikmah, ustaz tu menjawab: "Ramai yang sibuk mencari cinta untuk baitul muslim, tapi tahap pertama iaitu fardul muslimpun masih belum sempurna lagi. Kalau tapak tak kukuh, bagaimana agaknya binaan itu akan teguh?? Saya terdiam sambil merenung jauh kata- kata ustaz tersebut. Jika solat pun sering sahaja kita lengahkan, solat subuh selalu lewat, rasa malas nak buat sesuatu kerja, sikap ammarah pun belum mampu kita kawal, bagaimana agaknya kita nak fikir tentang tahap kedua matlamat umum tarbiyyah (baitul muslim) itu?".. Waktu sekarang, fokus utk belajar dan tambah ilmu dulu.Hal yang patut fikir kemudian, fikirlah kemudian. JIKA KITA NAK PAKSA ANAK AYAM MENETAS SEBELUM TIBA WAKTU SEBENARNYA UNTUK MENETAS, IA TAKKAN MENJADI ANAK AYAM YANG NORMAL. Pentingkan yang terpenting dahulu, ikut kesesuaian masa. Islam tidak mengajar umatnya sikap gopoh dan terburu- buru

Lalu ustaz tu bertanya lagi, kenapa nti tanya soalan begini? dah bersedia untuk tahap kedua k? Masya Allah, sungguh malu dengan ustaz waktu itu. Jawabku dengan jujur, "bukanlah ustaz. saya hanya mencari jawapan yang boleh saya jadikan sebagai panduan, sebab sebelum ni ada seorang sahabat datang bertanya, cinta tu kan fitrah, jadi semua orang pasti akan rasa minat pada golongan yang berlainan jantina dengan kita. Kalau x, pasti ia bukan manusia normal. Jadi, saya tidak tahu apakah jawapan terbaik untuk melegakan dan meyakinkan hati saya dan sahabat itu". Ustaz itu hanya tersenyum sambil bibirnya terus laju menuturkan mutiara hikmah:"Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah. Contohnya, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sebagaimana firman Allah dalam surah al Isra' ayat 32: Jangan kamu dekati zina'."Ulama' menafsirkan ayat wala taqrobuzzina ini akan terjadi melalui dengan 7 cara:

1) nazoro (memandang) - Oleh sebab itu, Allah menyarankan agar lelaki dan perempuan beriman agar menjaga pandangan kerana demikian itu lebih suci bagi mereka (An Nur: ayat 30-31)
2) ibtasama (senyum) - senyum itu ibadah, tapi hati-hati kerana ia dapat menjadi fitnah jika disalah gunakan
3) salaam (mengutuskan salam)
4) kalam (bercakap) -
5) irsaalun (mengutuskan surat/ message/ chat)
6) liqo' (dating tanpa mahram bersama)
7) fa waqo'a (maka zina akan berlaku kerana apabila sepasang lelaki dan perempuan berdua-duaan, syaitan akan menjadi orang ketiga).

Jadi,bagi pasangan yang belum halal statusnya, anda berada di tahap mana? Rasanya sudah ramai yang berada di tahap keenam. DATING.. Fikir-fikirkanlah, cuma tinggal beberapa tahap sahaja lagi untuk anda sampai ke tahap kemuncak yang mana ia adalah dosa besar di sisi Islam. Ingat, syaitan itu licik. Nabi Adam pun boleh terpengaruh dengan pujuk rayu iblis agar memakan buah larangan Allah di syurga, bagaimana agaknya kita???

Sedarlah sahabat,
Islam itu agama syumul.
Islam bukanlah mengharamkan cinta, tapi ia memuliakan cinta.
Islam tidak mengongkong umatnya, tapi ia menjaga umatnya,
agar kita semua terselamat daripada cinta dusta,
namun,
malang sekali nasib umat Islam kini,
batasan pergaulan tidak dijaga,
pasangan dating tidak malu menayangkan dosa,
kes zina pula makin berleluasa,

Tapi ingat !!!
sunnatullah telah menetapkan,
mungkar dibalas dengan azab,
masih ingatkah kisah kaum Nabi terdahlu?
apakah kita mahu seperti mereka?
diseksa keras di dunia,
dikeji Allah dalam kalamNYA,
di akhirat pula diazab di neraka.
Ya Allah, dahsyatnya azabMU

Jadi ayuhlah sahabat,
kita bangkit dari kejahilan diri,
usah malu untuk berubah,
usah bertangguh untuk bertaubat,
semuanya berada di tangan kita,
syurga atau neraka, mana satu pilihan kita???


Jadi, andai sekarang kita sudah bergelumang dengan cinta lelaki, mujahadahlah. Jangan sesekali kita mengotorkan kesucian fitrah ini dengan maksiat hati yang dapat mengeraskan hati kita daripada melihat kebenaran, sebagaimana kata Imam Ghazali: 3 perkara yg dapat mengelapkan hati ialah:

1) banyak berdebat dengan orang jahil.
2)banyak bergaul dengan ajnabi.
3) banyak bergaul dengan orang mati iaitu orang yg tidak mengikuti majlis ilmu selama 40 hari. Imam Ghazali dengan sinis berkata, sila sembahyangkan jenazah pada orang yang mengasingkan diri dari majlis ilmu selama 40 hari kerana sesengguhnya, tiada guna lagi hidupnya kerana hatinya (raja segala anggota) telah mati. Sungguh tajam kata2 imam hebat ini.

Maka,apabila hatimu keras, bukalah Al Quran, bacalah dan tadabburlah maknanya, namun jika hatimu masih keras juga, dirikanlah solat. Sesungguhnya, solat itu zikir penyucian jiwa. Namun, jika masih keras jua,bangunlah waktu dinihari. Berwudhu' dan berdoalah, pintalah pada TuhanMu agar dikurniakan hati yang lain.

Sempena Ma'al Hijrah 1432H ini, ayuhlah kita mulakan langkah baru menuju husnul khatimah. Tinggalkan segala kemungkaran, ingatlah pada Allah sentiasa. IHFAZILLAH YAHFAZKA, IHFAZILLAH TAJIDHU TIJAAHAK. (jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah, nescaya Allah sentiasa di sisimu). Bagaimana cara menjaga Allah?? Jagalah diri kita dari melakukan kemaksiatan padaNYA. Bila diri terasa ingin membuat dosa, segeralah istighfar,
baca a'uzubillah, ayat kursi, 3 qul, ambil wudhu', dan dekatkan diri dengan teman yang baik. MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS.

IHFAZILLAH YAHFAZKA, IHFAZILLAH TAJIDHU TIJAAHAK


"SESUNGGHNYA, WANITA MUKMINAT LEBIH CANTIK DARIPADA BIDADARI SYURGA"
MUSLIMAT POWER !!!!!!!

Saturday, December 11, 2010

PerHitunGan Diri I MyselF::


Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan kepada saya untuk terus menulis dan menulis berdasarkan ilmu yang sedikit dan rasa yang terpendam di hati.
Awal Muhaaram telah lama memunculkan dirinya, bagaimana pula kita menyambutnya? Adakah sama seperti tahun2 yang lepas. membiarkan ia berlalu tanpa disapa, ditegur bahkan melepaskan ia bagai angin lalu...

penulis bertindak memuhasabah diri semula atas kekurangan diri pada tahun 1431 Hijrah.. Usia makin bertambah. Kubur makin menanti. ..

cuma, sekadar mengajak dan menyeru, jom kita bina azam baru dan perkukuhkan azam itu dengan membawanya ke alam realiti. bukan fantasi..

angin malam yang mencengkam hingga ke tulang sum-sumku..
exam makin dekat, doakan penulis berjaya!! Ameen..

Wallahua'lam

p/s : hajat dihati, byk sangat perkara yang ingin diluahkan namun masa perlu diutamakan kpd perkara yg lebih penting..

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHAARAM~


Thursday, December 9, 2010

love VS used

While a man was polishing his new car,
his 4 yr old son picked up a stone
and scratched lines on the side of the car.

In anger, the man took the child ' s hand
and hit it many times not realizing
he was using a wrench.

At the hospital, the child lost all his fingers
due to multiple fractures.

When the child saw his father.....
with painful eyes he asked, ' Dad when will my fingers grow back? '
The man was so hurt and speechless;
he went back to his car and kicked it a lot of times.

Devastated by his own actions..... .
sitting in front of that car he looked at the scratches;
the child had written ' LOVE YOU DAD ' .
The next day that man committed suicide. . .

Anger and Love have no limits;
choose the latter to have a beautiful, lovely
life & remember this:
Things are to be used and people are to be loved.
The problem in today ' s world is
that people are used while things are loved.

Let ' s try always to keep this thought in mind:
Things are to be used,
People are to be loved.

Watch your thoughts; they become words..
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character;
Watch your character; it becomes your destiny.



selamat menyambut tahun baru maal hijrah, saya ucapkan kepada semua.
belum diberi kesempatan oleh Allah
untuk menulis entri pasal maal hijrah
insyaAllah, coming soon.

ya Allah, lapangkanlah masaku di waktu kesempitan
sibukkanlah aku dengan hal-hal yang berfaedah.
jadikanlah aku hamba yang bermanfaat
kepada orang lain
rahmatilah seluruh ahli keluargaku
(semalam termimpi-mimpi dah)

wallahua'lam
 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com