Saturday, July 31, 2010

TETAMU YANG DINANTI2 ^_^

salam w.b.t.

UPIN dan IPIN pembuka wadah..assalamualaikum pembuka bicara..
sementara menunggu buffer program realiti "imam muda" episod 9, saya mengisi masa ini dengan menulis blog. alhamdulillah, saya sangat memuji program sedemikian cuma satu saje yang kurang memuaskan hati saya, nak komen pun x boleh..jadi komen dalam blog je la. saya x puas hati kenapa ada peserta dibuang?? mungkin saya perlu menghantar surat layang kepada Astro Oasis..:) banyak perkara yang saya belajar dari program tu walau saya bukanlah peserta.
jadi, kawan2..jom tengok "imam muda"..tinggalkan AF..bukan aisyah fakriyah tapi Akademi Fantasia..
straight to the point untuk post blog kali ni. saya doakan moga iman kita semua terus meningkat sempena meyambut tetamu yang kita nantikan..
disini, dapat saya lihat bagaimana suasana orang arab menyambut ramadhan.. sangat berbeza dengan malaysia..
kalau di malaysia..sudah tentu dalam bulan ramadhan, pelbagai promosi raya sedangkan hanya baru beberapa hari berpuasa..selain tu, banyak drama2 dalam bulan ramadhan yang kadang2 boleh mengurangkan pahala puasa kita. semua itu nafsu. sebagaimana yang kita tahu, ramadhan adalah bulan umat, satu bulan yang perlu kita didik nafsu kita untuk diaplikasikan dalam bulan2 islam yang lain. kerana masa ini, syaitan yakni musuh ketat kita, telah dirantai oleh Allah.
berbeza kalau di Mesir, saya boleh melihat mereka menyambut ramadhan dengan meriah..tali diikat diantara bangunan2 dan dipasang lampu yang khas untuk ramdhan sahaja.. kurma2 pula memang laku dijual.
kalau Malaysia...time raya je mesti banyak bunga api, mercun dan lampu pelita..malah kalau dah malam2 terakhir Ramadhan, hanya tinggal tiang menjadi makmum di surau. manusia sudah berkurangan kerana sudah pulang ke desa untuk menyambut syawal. padahal, sepuluh malam terakhir yang patut kita rebut untuk beribadah bersungguh-sungguh pada Allah. ada khilaf pendapat antara ulamak..dimana malam yang lebih baik dari seribu bulan ada pada sepuluh malam terakhir. jadi itulah silap masyarakat melayu kita.
kalau kat mesir pulak..suasana mereka lain. mereka akan bersedihan jika ramadhan makin meninggalkan mereka..syawal pula tidak disambut semeriah malaysia.
cerita dari senior2..mereka sangat bermurah hati pada bulan ramadhan, menyediakan makanan berbuka di masjid2..(bolehlah lepas ni saya rajin ke masjid)..xpe pelbagaikan niat..banyak pahala..dan yang menarik, kadang2 tambang teksi pun boleh kurang.. (nnt nk try la)..
jadi saya menyeru diri saya dan pembaca2 blog saya..moga kita merebut peluang Ramadhan ini untuk top-up balik segala kekurangan dan dosa kita pada Allah S.W.T. semoga Allah masih memilih kita untuk sampai bulan Ramdhan tahun ini..insyaAllah..ameen..

SELAMAT RAMADHAN KAREEM!!

2 kata orang:

bawahbumi said...

selamat ye!
baik baik di sane.

Dr Din said...

pasal program imam muda 2.. nk kongsi skit.. memang die buang peserta.. tapi dorg still blaja dekat akademi imam muda.. cuma xmasuk dalam tv jek... sbb cam rugi kalo dorg xteruskan.. cam2 la serba skit.. jd xyah la anta surat layang ye.. :) slamat menyambut ramadan....

Post a Comment

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com