Sunday, July 4, 2010

memori itu semakin jauh



Salam..update terbaru seusai exam akhir modul 6. Lewat petang begini, sering mengingatkan saya sewaktu dirumah dulu. Sering keseorangan menemani ummi di rumah..habis “tentera” ummi abah akan turun padang bermain BOLA SEPAK. Terlupa pulak akan sorang budak yang cute ni. Nasib baik masih ada adik bongsu yang kecik ni. Meskipun kecik tapi bijak. Nampak gaya seperti abangnya yang sulung. Sudah pandai menghafal surah2 muqaddam. Qalqalah memang nyata berbunyi di corong telefon dan itulah permintaanku sentiasa setiap kali menelefon family. Sehingga budak comel itu sering mengelak untuk bercakap denganku. Katanya busy. Entah apa yang dia busy. Sibuk bermain masak2 barangkali dengan kuali kesayangan ummi. FARID. Itulah nama budak kecik itu. Yang bermaksud unggul. Sama seperti nama kelasku semasa sekolah rendah. 6 unggul. Memang betul bak kata pepatah, anak bagaikan kain putih..ibu bapalah yang mencorakkannya.

Semalam pecutan momentum paling laju untuk mengkhatamkan soalan modul 6&7. Jarum jam menunjukkan 11.45 malam. Tetiba, telefon bordering. Kawan lama yang men-tag diriku di dalam blognya. Jauh di Jordan. Bertanya khabar. Teringat zaman kelas dulu, kita duduk sebelah2. Belakang dihujung sana. Meskipun dirimu kecik, setia di belakang kerana KIPAS. Pernah sekali cikgu sejarah sound..kenapa 2 orang tu duk kat belakang. Panas, cikgu! Banyak dosa ke, yang panas sangat? Api neraka panas lagi. Allah..terdiam. cikgu ni nada gurau2 jer. Hehe. Mungkin benar apa yang cikgu kata. Let’s us think that we had done a lot of sins. Moga Allah mengangkat darjat kita. Ameen~..

Nota untuk izzah, saya minta maaf sebab baru sekarang saya bercerita apa yang dulu saya janjikan. PLKN. Kenangan paling pahit dalam hidup saya tapi itu banyak mengajar diri saya tentang kehidupan. Terpinggir di ceruk hutan selama 3 bulan amatlah tension bagi saya. Namun peluang itu saya gunakan sebaik mungkin. Tapi sehingga sekarang saya akan bangkang PLKN itu. Di sana, saya mengenali pelbagai kawan, dari pelbagai bangsa, agama dan latar belakang. Saya rapat dengan seorang kawan cina, namanya mei ling. Dia sering bertanya pasal agama. Agama Buddha biasanya solat hari jumaat petang, kristian pagi ahad. Dia bertanya saya pasal nabi Muhammad. Dan saya bertanya apa yang dia tahu. Saya yakin saki baki subjek sejarah tentang islam masih terlekat dalam ingatannya. Masakan tidak, part yang paling senang dan mudah untuk skor markah(bagi saya). Orang lain mungkin advance lagi. Sedikit sebanyak saya berterima kasih pada SEJARAH meskipun saya lemah dalam subjek ni. Sering mengharapkan markah kesian cikgu setiap kali exam. atas nama dakwat pen yang telah banyak saya gunakan unuk menulis esei yang langsung tiada point kadang2 tu. (senyum). Terima kasih cikgu sejarah. Saya hanya menambah apa yang saya tahu untuk menjawab pertanyaan mei ling. Ilmu pun masih sedikit. Satu petang tu…

Saya bertanya kepada mei ling. Kenapa awak x pergi solat sekali dengan kawan2? Tuhan awak x marah ke kalau awak x solat. Dia pun menjawab..entahlah. saya rasa x sedap, sebab kawan2 yang pergi solat tu sebenarnya nak jumpa mak ayah mereka kat tempat solat..sebab itulah diorang pergi. Oohh..habis tu kenapa awak x pergi..best la awak boleh jumpa mak ayah setiap minggu. Entahlah. Saya rasa x sedap hati. Aisyah, cuba awak bayangkan kalau awak pergi solat tu sebab ada tujuan lain, macam mana? Macam tulah yang saya rasa. Terdetik di hatiku, bagusnya dia ni..tapi sayang kerana Allah tidak memilihnya di antara hambaNya untuk mendapat hidayah. Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kerana Allah masih memberi nikmat iman dan islam kepada kita sehingga saat ini. Kadang2, kita x pernah menyedari nikmat ini yang mampu menyelamatkan diri kita dari panasnya api neraka Allah. Moga Allah membuka hatinya satu hari nanti.

Sebulan sekali, ummi abahku akan melawatku. gembira dengan kunjungan mereka yang sanggup datang dari jauh. Pernah tayar kereta abah pecah semasa dalam perjalanan kerana terlanggar kulit cengkerang kura2 di tengah jalan. Nasib baik tayar spare abah ada di belakang. Turun membaiki di tengah jalan yang jarang dilalui kereta. Begitulah abah. Yang begitu setia dengan kereta antiknya itu. Hehe. Jangan marah, abah. Nantikan aisyah belikan abah kereta baru. Hidup kat sana, seriously, macam penjara. Tiada kedai makan. Hanya menu di dewan makan jadi santapan. (wajib syukur).. itupun kena beratur panjang. Pernah sekali saya menghantar family ke kereta setelah masa melawat sudah tamat. Menghantar sehingga kereta itu hilang dari pandangan dan saya berjalan masuk ke kawasan berpagar itu. Pengawal memanggil: lain kali, jangan lebih dari kawasan ni. Sungguh kejam bagi pandangan saya. Begitu sekali undang2 dunia. Sehinggakan saya ingin menghantar mereka di luar kawasan kem sudah diberi amaran. Sedih menyelubungi. Rasa ingin menyeludup masuk dalam kereta abah. Namun,Saya tetap rasa bertuah sebab diberi peluang oleh ustaz askar disana, untuk menjadi naqibah di sana dengan beberapa kawan seperjuangan lain. Sekurang2nya saya rasa ada gunanya berada di kem ni. Belajar bagaimana solat khauf, baca surah al-fatihah, menghafal kaifiyyah solat jenazah dll. Setiap kali saya rasa sedih ayat ini menenangkan saya…

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al-baqarah:216)

p/s: berbaik sangkalah dengan Allah. Kita merancang dan Allah pun merancang. Dan sebaik2 perancangan adalah Allah jua. Farid, akak dah x duduk PLKN lagi. Akak kat mesir sekarang.. bahagia dengan hidup kat sini. Moga mutiara berharga mampu akak bawa balik untuk masyarakat kelak. Doakan akak ummi, abah.

1 kata orang:

bawahbumi said...

testing

Post a Comment

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com