Saturday, July 31, 2010
TETAMU YANG DINANTI2 ^_^
Wednesday, July 28, 2010
lupa itu 1 nikmat
Fenomena 1
Org gaji:“minta maaf, tuan. Saya lupa nak masukkan garam tadi. Saya kurang sihat sikit hari ni.”
Bos :“kenapalah kamu ni selalu lupa. Saya bayar gaji kamu untuk bekerja betul2 kat rumah ni. Sia2lah ada orang gaji macam kamu ni.”
Fenomena 2
Mak :“akaaaak!! habis basah baju mak kat ampaian ni. Kamu ni buat apa sampai x sedar hujan turun.”
Anak: minta maaf mak, akak lupa tadi.
Manusia tu asal perkataannya adalah ‘nun’ , ‘sin’, ‘ya’. Maksudnya dlm bahasa arab adalah lupa. Memang manusia tu sering lupa. Bak kata Dr. M jugak. “melayu mudah lupa”… kadang2, pernah tak kita terfikir yang lupa itu jugak 1 nikmat bagi manusia. Cuba bayangkan kalau seorang ibu tidak lupa akan kesakitan yang ditanggungnya ketika melahirkan seorang anak, sudah tentu trauma baginya untuk mendapat anak yang ke2 atau seterusnya. Selain tu, kalau seorang kawan yang tidak lupa akan kesalahan kawannya terhadap dirinya. Lama kelamaan, dia akan memafkan jugak kesalahan kawannya itu kerana lupa apa yang dilakukan terhadapnya. Sesungguhnya sifat pemaaf itu sangat mahmudah dan berjayalah bagi sesiapa yang mempunyai sifat itu dalam dirinya.
Akhir kalam… catatlah kebaikan kawanmu di atas batu di pantai agar kekal di situ. Sebaliknya, tulislah kejahatan kawanmu itu di atas pasir pantai agar ombak pantai dapat menghapusnya.
P/s : floor 7 is the best..jangan lupa bawak kuih raya untuk saya. JANGAN LUPA!! lupa pasal ni tidak nikmat bagi saya..almond london~~
Tuesday, July 27, 2010
begitu kehidupan diciptakan
Salam w.b.t.
Perjalanan hidup ini susah dan penuh ranjau. Demikianlah ia diciptakan. Alhamdulillah hari ni, hidupku kembali normal. Setelah 4 hari berada di kaherah. Berjalan2 keliling cairo bersama kwn2 imtiaz dan bukan imtiaz. Penghijrahanku kali ni sungguh bermakna kerana disini, saya dapat membawa diri di ibu kota mesir. Bermula dari bas, taxi, tramco, metro dan tok tok. Ia serba sedikit member pengalaman kepadaku berada di perantauan. Teriknya matahari cairo sungguh membahang membuatkanku rasa bersyukur ditempatkan di alex. Pernah sekali, saya dan kwn2 berjalan pulang dari Univ. tiba2, ternampak kereta lecturer yang menyusur dari belakang. Berdoa dalam hati, moga diberi tumpang (sbb hari tu panas sgt). Akhirnya, doa kami diperkenan Allah. Kerete diperlahankan dan diberhentikan.
Lecturer: “you want to go to the street there?” We immediately reply : “yes!! “(sir)- mcm spongebob.
“Come on”..kami pun terus masuk. Lecturer bgtau.. “today is very hot, may Allah protect us fom the hotness of Jahannam”.. insyaAllah.
Ya malizi..harga murah..harga gila.. Quotes yang biasa digunakan untuk tarik pelanggan Malaysia. Semalam, ke Hussein. Bersama teman yang bakal pulang, insyaAllah 7 ogos ni sebab tunggu result keluar dulu. Singgah sebentar ke kedai herba untuk beli apricot. Penjual tu offer satu buah prun dan satu apricot masing2 buat kami. “Halal2”..kata penjual tu. Dia suruh kami masuk ke kedai sebab matahari tu..panas. dan kami pun masuk ke kedai. Kawan saya nak beli apricot..harga asal 40 genih sekilo. Tapi harga pelajar 36 genih. Kami pun main tawar2 lagi sampai dapat 30 genih. Tu pun kami rasa sangat mahal lagi. Jadi, kami nak keluar kedai tu, nak tgk2 kedai lain dulu. Penjual tu x bagi. Sebab dia dah bagi rasa makan buah tu tadi(masa mula2). Last sekali, kawan saya pun belilah sekilo. Bagi not 50. Dia x nak kasi pulak balance, suruh jugak beli lagi sekilo. Kali ni, dia suruh saya, sebab saya pun makan jugak. Saya nak buat apa byk2 tu. Dia paksa jugak sampai nak marah2. Sekali kami berdua, tetibe pulak serentak terkuatkan suara.. “la’..”(tidak)..terdiam penjual tu. Kami sendiri pun sebenarnya terdiam tapi cover2 la sebab insiden di luar jangkaan. Setelah dapat baki, kami jalan2 lagi. Setelah di survey,memang harganya 30 genih sekilo. Langsung x boleh kurang. Rupa2nya, kawan saya nak lagi 2 kilo. Kami pun cubalah survey kedai lain tapi, semuanya x bersih sangat. Lalat hinggap. So, decision yang mengenepikan rasa malu..kami pergi balik ke kedai tu. Tapi kali ni, saya x masuk. Duduk je kat luar kedai. Biarlah disimbah sinar mentari. Penjual tu pergi kat luar…
“ya sodiqah, ana aasif”.. terdiam saya. Tapi sangat memuji sifat itu jauh di sudut hati. Lalu, kami berjalan2 lagi. Tapak kakiku panas dek cuaca terik cairo. Kalau pecahkan telur atas jalan, saya sangat pasti, ia akan jadi telur mata kerbau. Tanpa talian hayat lagi. Begitulah saya terfikir, hidup ini sentiasa ada 2. Siang dan malam. Lelaki dan perempuan. Panas dan sejuk. Syurga dan neraka. Dosa dan pahala.
Tepat jam 5 petang, saya pulang ke alex. Bersama dengan senior. Setelah dipesan oleh ummi supaya jangan berseorangan. First time balik naik tramco. Setelah 2 jam perjalanan di highway, tidurku terganggu oleh bau getah. Ya Allah..apa ni? Rupa2nya, tayar belakang sebelah kiri pecah. masyaAllah. Nasib baik ramai lelaki dalam tramco tu, mereka kerjasama tukar tayar.. APA YANG PENTING?? KERJASAMA. 20 minit lepas tu, perjalanan diteruskan kembali dengan senang hati. Sampai kat sempadan alex, tramco kami ditahan polis. Ya Allah..pasport x bawak. Kad kuliyyah pun x bawak. Alhamdulillah, sekali dia x cek pun kami. Siap cakap “sobahal ful” kat kami. Syukur dipanjatkan.. tepat jam 8.30 malam, saya turun tramco di tepi pantai. Menaiki tramco sorang2 setelah berpisah dengan senior. Berjalan tanpa berpaling kiri dan kanan sehinggalah di ‘hon’ oleh arab supaya ke tepi sikit. Sampai sahaja kat selekoh jual coklat, saya berpaling ke asrama. Pokoknya seperti asrama puaka. Hanya tingkat 2, 6 dan 8 je yang bernyala.. sampai di pintu utama, saya bertembung dengan walid. (pengarah MARA). “Balik pun kamu”, kata walid. Saya senyum je. Saya terus ke tingkat 6, teringatkan diri yang belum menunaikan tanggungjawab pada Allah. Salam tak disapa. Terus mengambil wudhuk. Lepas tu, menaiki tangga satu persatu bersumberkan lampu suluh pada handset, ke tingkat 8, kerana budak sabah belum balik lagi khabarnya. Alhamdulillah..pintu terkuak setelah loceng dibunyi beberapa kali. Setelah solat isyak, terus tidur. Keesokan paginya, setelah solat subuh. Saya turun ke tingkat 7. Setelah membuka pintu, terkejut dengan pintu tandas tersandar di ruang tamu, roti arab yang merata-rata, dapur bersepah, puntung rokok, toilet dibaiki rupanya. Kemudian, saya teringat jus buah-buahan yang ditinggalkan kawan saya, disimpan dalam peti sebelum bertolak pulang. Setelah dibuka, hanya tinggal 2 kotak. Setelah digoncang, KOSONG. Mungkin pekerja2 tu keletihan. Halalkan je la.
Hari ni, meeting PSMB. Sebab itulah asbabnya saya pulang ke Alexandria. Esok pulak, meeting KUNTUM II. Akhir bulan ni, mungkin ke kaherah lagi. Tempat pengubat kesedihan.
Wallahua’lam.
p/s : saya inginkan kehidupan yang normal. Sedang melatih diri untuk menjadi insan. Doakan saya.
Friday, July 23, 2010
terakhir sebelum berangkat =_=
Setelah agak lama blog ni bersawang..saya bergerak hati untuk menulis post baru. 2 hari lepas, saya dan kawan2 ke cairo. Bagi memenuhi masa melawat kawan2 dan yang paling penting kami dapat ke bazaar. Memang betul macam iklan astro. MACAM2 ADA.. ada keropok lekor, roti canai, nasi dagang, dll lagi.
Semalam, satu kisah pengajaran berlaku kat kawan saya..boleh kita nilai apa beza orang muslim dan orang mukmin. Begini kisahnya, keluar saja dari farmasi, seorang remaja perempuan bertudung lalu dan terjelopok ke atas lantai. Jadi, 3 sekawan ni tanpa berfikir panjang terus menolong perempuan itu. Tapi yang agak hairan di situ, kawan2 kepada perempuan itu langsung tidak menolong. Perempuan yang jatuh tersebut lantas bangun dan tersenyum. Mungkin tanda “terima kasih”. Balik saja ke rumah, didapati purse kawan saya telah dicuri. Habis melayang duit, IC, dan jugak lesen kereta. Beginilah fenomena kehidupan sekarang. Perlahan2 kembali ke zaman jahiliah. Siapa lagi yang akan mengembalikan zaman kegemilangan Islam?? kalau bukan kita sendiri. Tepuk dada tanya iman. Dan askar Allah bukanlah sembarangan orang.
ORANG MUSLIM TAK SEMESTINYA MUKMIN DAN ORANG MUKMIN ITU SEMESTINYA MUSLIM.
Sekarang, saya dalam perjalanan ke kaherah. Menemani kawan2 last trip ni untuk ke airport cairo. Terbang menuju ke benua Asia, insyaAllah dan semoga perjalanan mereka selamat. Di bawah pengawasan Allah dan kehendakNya jua. Saya menulis blog kali ni lain dari yang lain kerana kali ni saya menulisnya di atas bas yang disewa oleh MARA. Sambil memerhati pohon2 kurma yang ada di sepanjang jalan kiri dan kanan. Mungkin saya x dapat nikmat ni kalau bukan kerana jalinan ukhuwwah dan kasih sayang sahabat2 saya. Peristiwa ini. Sepatutnya, saya perlu keluar dari bas ni. Tapi sahabat2ku ini sanggup berhimpit sesama mereka supaya dapat memberi ruang kepada yang x cukup seat dan memberiku seat khusus di belakang. Terima kasih kawan2..kataku didalam hati. Jauh di dasar hati. Tak terlafaz dek lisan untuk menzahirkan penghargaanku pada kalian. Selamat pulang ke tanah air!!
p/s : mungkin post kali ni agak berserabut, kerana kepalaku pening berada di atas bas yang terhuyung- hayang ni. =_=
Friday, July 16, 2010
ku terima surat cinta itu (^_^)
Warkah buat famili di malaysia..
Bila orang tanya, bila balik?
X balik , insyaAllah.
Haa? Cekalnya awak, tapi xpe. Best duk kat sini. Bulan puasa dia meriah.
Sebenarnya itulah yang saya tunggu..nak merasa saat Ramadhan tiba dan first time beraya tanpa keluarga disisi. Kalau ikutkan hati, berat nak buat keputusan. Mana taknya, bila ummi dapat tahu, saya je pelajar perempuan MARA tahun 1 yang x balik. Ummi ada jugak suruh balik. Tapi insyaAllah. It’s small matter sebab senior2 ramai kat sini. Penalty kepada abang kerana membocorkan perbualan kita kepada ummi. (senyum). Atau menggunakan ummi sebagai perantara untuk aisyah balik tahun ni? insyaAllah tahun depan aisyah balik..doa2kan je la..resultnya ok. Pesan ummi, sibukkan diri supaya x terasa kerinduan pada family. Terima kasih ummi abah, sebab bagi keizinan untuk anaknya ini x balik. Bukan senang untuk ummi abah membuat keputusan itu kan. Syukran2..
insyaAllah..tergetku cuti summer ni untuk berjihad mengutip permata dan mutiara di sebalik pantai Alexandria dan debu2 pasir cairo. Moga dipermudahkan. Kerugian yang amat besar kalau tidak merebut peluang keemasan ni. Dalam usaha untuk menstabilkan belajar medic dan agama. Surat cinta Allah itu, entah bila tamatnya..saya sendiri tidak pasti kalau diri selalu dipandu nafsu malas. SENANG UNTUK MEMILIKI TETAPI SUSAH UNTUK MENJAGA. Apa tu? “Fikir2kanlah kemudian zikir..” sesuai dengan tema blog saya. Dalam satu sesi tazkirah floor saya, saya tertarik satu kisah yang dikongsi oleh salah seorang sahabat saya, dimana pada hari akhirat nanti, terdapat seorang pemuda tampan yang duduk disamping leher kita seusai sahaja 3 langkah orang yang terakhir meninggalkan kita di alam kubur. Maka datang malaikat munkar dan nakir yang telah diberi tugas oleh Allah untuk menyoal si mati. Maka, malaikat menyuruh pemuda tampan itu beralih. Tetapi, pemuda tampan itu enggan dan tetap duduk disamping si mati. Berkatalah pemuda tampan itu, soallah sesuka hatimu, akan aku menjawabnya bagi pihak si mati.
Dapat tak kawan2 teka siapa pemuda tampan itu?? BETUL.. apa yang betul? Ya, pemuda tampan itu adalah Al-Quran. Barangsiapa yang membacanya sentiasa, maka dia akan menjadi hujah bagi kita. Akan tetapi, barangsiapa yang tidak mengendahkannya, maka dia akan menjadi hujah ke atas kita. barangsiapa yang menghafalnya, lagi besar ganjarannya, tetapi barangsiapa yang menghafal tetapi melupakannya, maka dosa besarlah bagi orang itu.
p/s: senang memiliki tetapi susah menjaga. Penulis wajib bermuhasabah atas tulisan tangan sendiri. Wallahua’lam.
Thursday, July 15, 2010
peluru M16 ^^!
Alhamdulillah. Syukur setinggi-tingginya ke atas Allah s.w.t. kerana akhirnya dengan pertolonganNya..saya dapat menamatkan tahun pertama perubatan di iskandariah. Kawan2 ramai yang keluar membeli-belah di saat saya menulis post blog kali ini. Tinggal bersendirian bersama laptop. Saat semua orang sudah mula berjauhan dengan buku dan mananti saat bertolak balik ke Malaysia. Moga tidak, hubungan dengan Allah S.W.T kerana segala-galanya atas ketentuan takdir dari Allah yang telah tercatat kemas dalam kitab Lauh Mahfuz. Teringat soalan akhir exam sem 2..banyak lagi ilmu yang belum betul-betul saya simpan dalam dada. Setiap kali exam, peluru telah bersedia di hujung carbon pensel tekan. Malah, lagi dahsyat dari M16. Beginikah seorang doctor yang akan berhadapan dengan pesakitnya..boleh meneka dan menembak sesuka hati seseorang pesakit. Tersalah diagnose gara2 kurangnya ilmu di dada dan betapa usaha yang sedikit itu, tidak mampu menyelamatkan nyawa orang lain..
Kadang2..kita terlalu obsess untuk menelaah medic sehingga terpesong niat belajar. Belajar kerana ingin Berjaya dalam exam dan bukan lagi kerana Allah. Memang diakui kejayaan fizikal itu penting tapi ingatlah Allah x memandang kejayaan itu, tapi Allah memandang usaha kita.
“kita patut lebih bimbangkan kalau USAHA kita tak diterima Allah daripada kita memikirkan result exam kita”..
Teringat sejarah Nabi Ibrahim yang dibakar hidup2 dalam api. Maka, terdapat seekor burung yang berulang alik membawa air di dalam mulutnya dan cuba memadamkan api itu. Maka apabila ditanya kepada burung itu. “hai burung, adakah dengan penat lelah kamu ini boleh memadamkan api yang marak itu? Maka jawab burung itu.: sekurang2nya dengan usaha aku ini, walaupun tidak mampu memadamkan api itu, tetapi aku berharap Allah memandang akan usaha aku ni. Dan juga, moga aku terlepas dari persoalan Allah di akhirat kelak.
Wallahua’lam.
p/s: penulis cuba menyusun aktiviti hari cuti dengan sebaiknya..
Sunday, July 4, 2010
memori itu semakin jauh
Salam..update terbaru seusai exam akhir modul 6. Lewat petang begini, sering mengingatkan saya sewaktu dirumah dulu. Sering keseorangan menemani ummi di rumah..habis “tentera” ummi abah akan turun padang bermain BOLA SEPAK. Terlupa pulak akan sorang budak yang cute ni. Nasib baik masih ada adik bongsu yang kecik ni. Meskipun kecik tapi bijak. Nampak gaya seperti abangnya yang sulung. Sudah pandai menghafal surah2 muqaddam. Qalqalah memang nyata berbunyi di corong telefon dan itulah permintaanku sentiasa setiap kali menelefon family. Sehingga budak comel itu sering mengelak untuk bercakap denganku. Katanya busy. Entah apa yang dia busy. Sibuk bermain masak2 barangkali dengan kuali kesayangan ummi. FARID. Itulah nama budak kecik itu. Yang bermaksud unggul. Sama seperti nama kelasku semasa sekolah rendah. 6 unggul. Memang betul bak kata pepatah, anak bagaikan kain putih..ibu bapalah yang mencorakkannya.
Semalam pecutan momentum paling laju untuk mengkhatamkan soalan modul 6&7. Jarum jam menunjukkan 11.45 malam. Tetiba, telefon bordering. Kawan lama yang men-tag diriku di dalam blognya. Jauh di Jordan. Bertanya khabar. Teringat zaman kelas dulu, kita duduk sebelah2. Belakang dihujung sana. Meskipun dirimu kecik, setia di belakang kerana KIPAS. Pernah sekali cikgu sejarah sound..kenapa 2 orang tu duk kat belakang. Panas, cikgu! Banyak dosa ke, yang panas sangat? Api neraka panas lagi. Allah..terdiam. cikgu ni nada gurau2 jer. Hehe. Mungkin benar apa yang cikgu kata. Let’s us think that we had done a lot of sins. Moga Allah mengangkat darjat kita. Ameen~..
Nota untuk izzah, saya minta maaf sebab baru sekarang saya bercerita apa yang dulu saya janjikan. PLKN. Kenangan paling pahit dalam hidup saya tapi itu banyak mengajar diri saya tentang kehidupan. Terpinggir di ceruk hutan selama 3 bulan amatlah tension bagi saya. Namun peluang itu saya gunakan sebaik mungkin. Tapi sehingga sekarang saya akan bangkang PLKN itu. Di sana, saya mengenali pelbagai kawan, dari pelbagai bangsa, agama dan latar belakang. Saya rapat dengan seorang kawan cina, namanya mei ling. Dia sering bertanya pasal agama. Agama Buddha biasanya solat hari jumaat petang, kristian pagi ahad. Dia bertanya saya pasal nabi Muhammad. Dan saya bertanya apa yang dia tahu. Saya yakin saki baki subjek sejarah tentang islam masih terlekat dalam ingatannya. Masakan tidak, part yang paling senang dan mudah untuk skor markah(bagi saya). Orang lain mungkin advance lagi. Sedikit sebanyak saya berterima kasih pada SEJARAH meskipun saya lemah dalam subjek ni. Sering mengharapkan markah kesian cikgu setiap kali exam. atas nama dakwat pen yang telah banyak saya gunakan unuk menulis esei yang langsung tiada point kadang2 tu. (senyum). Terima kasih cikgu sejarah. Saya hanya menambah apa yang saya tahu untuk menjawab pertanyaan mei ling. Ilmu pun masih sedikit. Satu petang tu…
Saya bertanya kepada mei ling. Kenapa awak x pergi solat sekali dengan kawan2? Tuhan awak x marah ke kalau awak x solat. Dia pun menjawab..entahlah. saya rasa x sedap, sebab kawan2 yang pergi solat tu sebenarnya nak jumpa mak ayah mereka kat tempat solat..sebab itulah diorang pergi. Oohh..habis tu kenapa awak x pergi..best la awak boleh jumpa mak ayah setiap minggu. Entahlah. Saya rasa x sedap hati. Aisyah, cuba awak bayangkan kalau awak pergi solat tu sebab ada tujuan lain, macam mana? Macam tulah yang saya rasa. Terdetik di hatiku, bagusnya dia ni..tapi sayang kerana Allah tidak memilihnya di antara hambaNya untuk mendapat hidayah. Setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kerana Allah masih memberi nikmat iman dan islam kepada kita sehingga saat ini. Kadang2, kita x pernah menyedari nikmat ini yang mampu menyelamatkan diri kita dari panasnya api neraka Allah. Moga Allah membuka hatinya satu hari nanti.
Sebulan sekali, ummi abahku akan melawatku. gembira dengan kunjungan mereka yang sanggup datang dari jauh. Pernah tayar kereta abah pecah semasa dalam perjalanan kerana terlanggar kulit cengkerang kura2 di tengah jalan. Nasib baik tayar spare abah ada di belakang. Turun membaiki di tengah jalan yang jarang dilalui kereta. Begitulah abah. Yang begitu setia dengan kereta antiknya itu. Hehe. Jangan marah, abah. Nantikan aisyah belikan abah kereta baru. Hidup kat sana, seriously, macam penjara. Tiada kedai makan. Hanya menu di dewan makan jadi santapan. (wajib syukur).. itupun kena beratur panjang. Pernah sekali saya menghantar family ke kereta setelah masa melawat sudah tamat. Menghantar sehingga kereta itu hilang dari pandangan dan saya berjalan masuk ke kawasan berpagar itu. Pengawal memanggil: lain kali, jangan lebih dari kawasan ni. Sungguh kejam bagi pandangan saya. Begitu sekali undang2 dunia. Sehinggakan saya ingin menghantar mereka di luar kawasan kem sudah diberi amaran. Sedih menyelubungi. Rasa ingin menyeludup masuk dalam kereta abah. Namun,Saya tetap rasa bertuah sebab diberi peluang oleh ustaz askar disana, untuk menjadi naqibah di sana dengan beberapa kawan seperjuangan lain. Sekurang2nya saya rasa ada gunanya berada di kem ni. Belajar bagaimana solat khauf, baca surah al-fatihah, menghafal kaifiyyah solat jenazah dll. Setiap kali saya rasa sedih ayat ini menenangkan saya…
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al-baqarah:216)
p/s: berbaik sangkalah dengan Allah. Kita merancang dan Allah pun merancang. Dan sebaik2 perancangan adalah Allah jua. Farid, akak dah x duduk PLKN lagi. Akak kat mesir sekarang.. bahagia dengan hidup kat sini. Moga mutiara berharga mampu akak bawa balik untuk masyarakat kelak. Doakan akak ummi, abah.