mungkin ada hikmahnya saya tak tukar ringtone fon, ada hikmahnya saya transfer gambar ke dalam laptop.
alkisahnya..
semoga menjadi pengajaran supaya tak lalai lagi
pada pagi yang hening, saya menaiki sebuah tramco menuju ke asrama MARA kerana ada urusan kerja yang perlu dibuat. tiba-tiba..
law kana baynana..al-habib.........ringtone kedengaran. dgn pantasnya butang menerima di tekan.
dah habis berborak tu, saya pun keluar dari tramco sbb dah sampai kat syari3 syuhada.. (sy dapat naik tramco free sebab pakcik tu, takde duit kecil)..
berjalan dengan gembiranya. tak sampai 30 saat, baru perasa jaket terasa ringan semacam je. terus buka beg..
oh tidaaaaaakkkkkkkkk...
handset dimana??
terus berpatah ke tempat kejadian tadi, diintai beg hijau yang membaluti handset pink tu. takde :(
hati dah macam tak percaya sangat masa tu. tak mungkin kot jatuh. beg digeledah lagi.. jawapan masih sama.
saya kena pantas fikir apa nak buat. saya pun ambil langkah untuk pergi jumpa walid. Memang before datang tadi, hajatnya nak jumpa walid. dah call pun
assalamualaikum walid, tolong saya walid..handset saya hilang.. walid terus call handset saya. berbunyi di pihak sana namun tidak berjawab.
saya masih tak berputus asa. terus call dan call. mutiara jernih itu tak mampu diseka lagi.
akhirnya, allu??
saya terus pass pada walid. walid bercakap dan kami pun berjanji nak jumpa kat pusat tramco mansyiah..
azan maghrib sudah pun berkumandang tatkala kami sampai kat sane.. pakcik tu bagitau jumpa kat depan pejabat imegresen plak..
sy balik ke asrama dulu untuk menunaikan solat maghrib dan meminta adik anis untuk teman sy after tu.
akhirnya alhamdulillah. saya berjumpa kembali dengan handset saya tu. syukur sangat2.
apa yang saya dapat daripada kejadian yang Allah izinkan terjadi pada saya ni...
1. terima kasih Allah kerana memakbulkan doa hambaMu ini.
2. terima kasih Allah kerana adanya pegawai yang sangat baik. semoga Allah sahaja mampu membalas jasa baik walid.
3. bukan semua orang arab macam yang diuar-uarkan. tapi peristiwa pertama handset hilang masa tahun 1 masih terkenang lagi :(
4. mungkin masa saya tak berkat. kenapa macam tu? sebab saya berkira dengan Tuhan untuk meluangkan masa pada diri sendiri lebih daripada masa untuk masyarakat. sehingga Allah sibukkan saya dengan kejadian mencari handset..Allahu Rabbi. teguran yang sangat cash..
**kalau hilang lagi, buka i-phone menjadi gantian, bukan samsung galaxy menjadi pengganti sony ericson, tetapi nokia yang paling cikai sebab serik dengan kejadian di mesir.
**lainlah kalau ada orang nak bagi i-phone sempena 12 november ni pada saya. mustahilnya :)
#mode esok ber'sc' dengan adik2 ##
0 kata orang:
Post a Comment