Sunday, November 27, 2011

Updated! ^^)v

Sudah lama tidak mencoret disini. Facebook pun tidak terupdate statusnya apatah lagi blog ni. Saya sudah lama ingin berbicara tentang 1 isu penting. Namun, masih menunggu waktu yang sesuai untuk diluahkan dalam penulisan. Dalam lisan, mungkin! Tapi belum bersua lagi.

Alhamdulillah, exam dah pun tamat hari tu. Endocrine module. Shock! Sebab semua soalan PBL (problem based learning). Setakat satu dua kes boleh la tahan kira. Ini tidak, semua soalan.

Ya Rabbi! Masa tu, soalan pertama dah blur. Bila baca kes ni,

“A patient come to the clinic complaining polyuria, very thirst and weight loss. Her blood glucose >200. (diabetes insipidus ke diabetes mellitus??)

hati bermonolog : ok2, dah sedar, sekarang memang ini profession aku sekarang. Nak taknak kena juga jawab dengan ilmu yang ada.

Selawat banyak2 and go through next soalan. Semua blur sebab diagnose pun tak boleh jawab (soalan pertama) apatah lagi nak jawab cause of diagnose? What are the hormone related? Which cell secrete it? What are the possible drug to treat it? What its side effect?

Mata terus melirik pada kertas jawapan. Ditoleh pula pada kertas jawapan. Kosong. Masih belum ada abjad pilihan A,B,C,D,E dihitamkan.

Kes kedua dan seterusnya sangat mengelirukan dan menipu daya. Oh, ini betul2 ujian. Direct question but must be integrated thinking.

Masa yang diberi cukup2 untuk membulatkan jawapan terakhir itupun setelah memasang peluru M16. Hoho. Berbekalkan tawakkal pada Allah, kertas jawapan diserahkan. Terima kasih univ! kerana soalan itu betul2 menyedarkan saya who I am in the future..

Dan saya mengaku saya tak suka PBL. Sebab saya lemah sangat. So, I must do paradigm shift by I myself not others to improve my study.

Cakap pasal lemah ni, immunity sy ni lemah juga sebenarnya. Selalu batuk, demam, nak masuk winter lagi la. Tak tahan. Alhamdulillah di mesir. I can’t imagine if I’m studying at Negara yang bersalji.. Memang Allah tahu kemampuan hambaNya. Doakan saya sembuh..Dijauhkan penyakit yang tak diingini.

Hari ni, masuk modul baru, bercerita tentang genitourinary system. First impression saya..modul ni macam menarik! Memang menarik pun kalau Allah cipta, kan? Modul ni berat sebab lecture 3 jam dan banyak istilah baru yang tak pernah dengar lagi sebelum ni. Dan juga, taknak dah kesilapan zaman lampau macam modul CNS berlaku lagi. I must rearrange my study plan to achieve higher score and goal in this module. InsyaAllah.. belajar 2 bulan, mesti lagho kejap ni. Kena sibukkan diri dgn perkara manfaat.

Oh, lupa pula nak ucap SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433 H. Semoga penghijrahan kita tahun ini memberi makna yang besar untuk kita. Hijrah memerlukan mujahadah. Dan mujahadah memerlukan kesabaran. Dan sesungguhnya Allah suka pada orang-orang yang sabar..

Wallahua’lam. Salam sayang dari penulis

8 kata orang:

ainaa syahirah said...

m16?who!yeah your profession,wake up wake up ^^
esok pon ena ade exam oral patho,komfem differential diagnose,ala-ala nak diagnose px.
mohon tembakkan satu doa dr jaoh :)

salam sayangmu kusambut wahaha.
sori,hari tu ym sekejap je.selamat berjuang ! <3

nabilah_yunus said...

kak aisyah. wahh...mcm susah je. takpe takpe. inshaAllah kheir.

Rabbuna yuawwik.salam ma'al hijrah ^_^

humaira said...

salam maal hijrah 1433h buat aisyah juga...^^

jom berusaha menjadi doktor muslimah cemerlang untuk masa hadapan....^^

zana~

najah solihah bt mohd hamdan said...

sy pun nk exam. bagus jgk, 6t kne study la dibetes mellitus n insipidus ni. mane tw, uia ni tiru soalan mesir :)..

aisyah fakriyah said...

nasya...rabbuna yunaggah..boleh la sy scaling gg ngan nasya je after ni. free of charge..braces pun..so, study rajin2..serve the best service to others..

aisyah fakriyah said...

nabilah, adik integomb. haha..
rindu nak buli..
itu la style soalan tahun 3..
so, ready from now.
prepare urself.
u can do it, insyaAllah

aisyah fakriyah said...

zana, Salam maal hijrah juga..
(^^) sama2 perbaiki tahun baru kita..
ameen..
mungkin ini hijrah terakhir kita. sebelum meninggalkan dunia fana..

aisyah fakriyah said...

najah, oh tidak..soalan malaysia mesti lagi mencabar kot!
keep it up, dear! really miss u and want to hug u now.
lama tu, baru Allah bg ilham..her blood glucose >200 so, hyperglycemia..
diabetes insipidus=tasteless urine
diabetes mellitus= sweety urine
maksud sebenar istilah dlm Latin..
najah, kenapa susah nak cari kawan mcm awak? kenapa awak tolak medik mesir dulu? last2, Allah minta awak jadi doktor juga.
kawan ramai, tapi sahabat takde.
najah faham tak?
love u <3 n miss u!

Post a Comment

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com