Monday, November 14, 2011

sanah helwa~

Terima kasih umi abah melahirakan seorang putri
ke dunia ini.
mengenalkan erti hidup
dalam dunia penuh tipudaya
tidak kalian tinggalkan aku terkontang-kanting
terima kasih
menyuap makan memberi minum
terima kasih
menyekolahkan aku sehingga besar
hingga aku menjadi orang yang berilmu
terima kasih
menegur aku ketika salah
memberi sokongan ketika lemah
terima kasih
Ya Tuhan, murahkan rezeki kami
berkatilah umur kami
rahmati hidup kami
terimalah amal ibadah kami
tempatkan kami dalam syurga firdausi
terima kasih umi abah,
sayang semua :)

terima kasih jua buat sahabatku NAJAH SOLIHAH
atas titipan warkah dan ucapan
tidak ku lupa lagu itu
dibuat halwa telinga
tiap kali merindu
memori persahabatan tetap tersemat
meskipun terpisah 2 benua.
syukran hadiah i-phone
moga kekal hubungan kita ke Jannah Firdausi

Buat kawan2 yang mengucapkan
sanah helwa, happy besday or HB only
selamat hari jadi
tak kira di wall fb
mahupun mesej handfon
terima kasih saya ucapkan
tidak lupa juga yang mendoakan saya di belakang
moga moga makbul doa itu
amin. (doa baik2 sahaja)
moga disandarkan semula kepada
kalian yang mendoakanku

abang..
tahun ni tak tulis ke kat blog
ecah tertunggu-tunggu abang nak coret apa
tahun ni..
moga berjaya di pentas graduasi
tahun ni taknak tanya dah hadiah ape
sebab abang mesti jawab
solat hajat dan sujud syukur la
umur 20.


Ainaa Syahirah..
sibukkah anda??
semoga menjadi dentist yang berjaya
takpe la tahun ni tak tulis dalam blog pun
siapalah saya untuk berteduh
dibawah blog nasya
hanya melukut di tepi gantang
:)

terima kasih housemate
gembira tak terhingga hadiah tu
macam mana tau nak hadiah tu?
dinilai dari material
terima kasih
namun jazakumullah
atas sokongan ahli beyt selama ni
susah senang bersama
sabar melayan cerita
memberi peringatan sesama kita
terima kasih kerana memahami

kak nawwar tahun ni tak wish.
mungkin sibuk menjadi warden
sehingga terlupa ex-roommet
tak mengapa
kerana ku tau
akak mendoakan saya dari jauh
Link

Azam kali ni tersemat rapi
menyumbangkan umur muda
ke arah lebih baik
bermanfaat
supaya berat timbangan kanan
amin ya Rabb
permudahkanlah..






أول كلمة منى أود أن أهنئك أحلى تهنئة على مرور أيام ســعيدة وحياة مرضية
قد مضى يوم بعد يوم وسن بعد سن حتى بلغت سن الرشــد.
عشــرين ســنة وارجو الله أن يهديك الصحة والحياة الناجحة فى الدنيا ولآخرة
والســـلام
والد

(walid wish ikut emel)



besday fb

5 kata orang:

najah solihah bt mohd hamdan said...

:) hadiah i phone? hihi

Anonymous said...

paragraph 2nd last tu..hehehehe

::kakak::

aisyah fakriyah said...

to ::kakak::

sy tau kakak tak lupa birthday sy :)
terima kasih kakak..surat itu lagi mahal harganya. insyaAllah, moga Allah beri yang terbaik.

aisyah fakriyah said...

najah,
terima kasih ye..
i phone tu canggih...

ainaa syahirah said...

laluuu jap,tumpang gelak jee xP

Post a Comment

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com