Tuesday, November 29, 2011

cakap senang, nak apply??

Bila kita kena buat satu pilihan, kita akan pening.
Sampai tahap rasa macam nak hibernate dalam selimut je.
Bukan senang nak berkorban
Bukan senang nak memberi
Tapi takkan selamanya kita kena menerima
sebab itu, ustaz hasrizal @ saifulislam bagitau
ERTI HIDUP PADA MEMBERI

Cakap memang senang,
Hidup ini kita kena berkorban
Kalau nak ukur tahap kita sebagai pelajar ni
sedikit sangat ujian pengorbanan tu.

Kalau nak dibandingkan masa depan
bila dah ada suami, anak2..
pengorbanan lagi besar diperlukan

Orang yang paling berguna kepada orang lain
ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain
Jika kita mampu nak bagi ikut cara itu
Ikutlah kemampuan itu

Hati kecil akan berbisik :
"bestnya tengok orang tu relax je"
"banyaknya awak dah cover study"

Jangan jadikan perkara itu sebagai halangan
tetapi jadikan ia CABARAN
supaya kita tetap terdorong
dalam masa yang sama kita berkorban

Namun pengorbanan itu menuntut keikhlasan yang tinggi
kesabaran dan mujahadah yang besar
Kalau bukan niat kerana Allah
amal apa lagi yang kita nak persembahkan pada Allah?

Pernah saya terbaca 1 kisah, sahabat zaman dahulu
Umar Abdul Aziz(kalau tak silap)
beliau ingin pergi ke masjid
untuk menunaikan solat secara jemaah
Setiap langkah itu, beliau tajdid niat meskipun ingin buat perkara baik
sebab hati ni susah diduga
boleh berubah bila2 sahaja
sebab itu la, HATI-HATI
dengan HATI..banyakkan berdoa

Kalau kita mengejar dunia, dunia akan hina kita
kalau kita kejar akhirat, insyaAllah dunia akan terkejar-kejar pada kita
Jika kita bersandar pada tiang
tiang itu tidak menjanjikan utuh selamanya
Jika kita bersandar pada Allah,
kita akan selamat selama-lamanya

Akhir kalam, doakanlah..
modul 16 ni macam berat pula..kena pulun dari sekarang

2 kata orang:

Anonymous said...

doctor akan sentiasa buat decision utk kepentingan patient...mana bole hibernate dalam selimut plak tiba2 !

cuba habaq mai dalam bnyk2 sbjek medic ni yg mana yg ringan sgt...kalau ada maknanya it's either one of two:

# u'r gifted
# Allah has made things easy for you

someone once said: Happiness is a by-product of an effort to make someone else happy.

::kakak::

humaira said...

HATI-HATI dengan HATI... syukran aisyah atas peringatan...

mari bersandar pada Allah...^^

Post a Comment

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com