Wednesday, December 15, 2010

::SOAL HATI::

intro penulis: Alhamdulillah, sahabat lama meninggalkan offline mesej ttg satu lagi
penulisan terbarunya. saya amat bersyukur dikurniakan sahabat yang seperti membaca kekosongan hati
penulis yang alpa dan lalai dengan keseronokan dunia.dikau hadir tepat pada waktunya.
teruslah pimpin diriku ini..jadilah diriku tempias dari akhlakmu yang anggun.
terima kasih sahabat..

kepada pembaca blog saya, kali ni saya postkan special untuk anda, satu kalam nasihat tentang hati
moga ada manfaatnya :)


Bismillahirrahmanirrahim.....
Semoga sahabat-sahabat dan diri ini sentiasa di bawah lindunganNYA. Demi meraikan harapan seorang sahabat yang dikasihi agar berkongsi sedikit pandangan tentang soal hati ini, saya cuba berkongsi setakat ilmu yang ada, dikutip dari ustaz ustazah di imtiaz dulu, talaqqi ustaz muhadir & syeikh fahmi zamzam, talks di uia dan buku-buku org hebat seperti ustaz hasrizal, ustaz zahazan dll. Semoga Allah mengurniakan rahmat pada mereka yang banyak mengajar kita erti kehidupan.
..............................

"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik"

Sesungguhnya, terdapat 3 peringkat cinta di dalam Islam sebagaimana dalam surah at-Taubah, ayat 24.

1) CINTA AGUNG: Cintakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalanNya.
2) CINTA PERTENGAHAN: cinta pada ibu bapa, anak-anak, suami isteri, saudara mara dan kaum kerabat.
3) CINTA RENDAH: cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta pada Allah , Rasulullah dan cintakan jihad di jalanNYA.

Mana satukah pilihan cinta kita??? cinta pertama atau kedua atau ketiga??

Syeikh Yusri: "Sekiranya kamu diberi pilihan oleh Allah untuk membuat pilihan sendiri. Katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku memilih apa yang Engkau pilihkan untukku, supaya aku bersama dengan apa yang Engkau cintai dan Engkau redhai". Begitu besarnya pengharapan dan tawakkal mereka pada Allah. Kita pula bagaimana?? Teringat kata-kata Ustazah Fatimah Syarha sewaktu beliau datang ke UIA: "orang yang mabuk bercouple ni tidak percaya akan qada' qadar Allah". Benarkah?? Jadi, jawapannya ada pada kata-kata Datuk Hasan Din Al Hafiz dalam al kuliyyah: "Bila mana seorang bayi dilahirkan, telah tercatat di Luh Mahfuz Allah, siapakah jodoh dan ajal mautnya. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa agar dikurniakan yang terbaik dan diri kita sendiri dahulu perlu menjadi baik. Dalam bulan Islam sendiri ada waktu mustajab doa yang dapat mengubah takdir hidup kita, contohnya waktu lailatul qadar, malam nisfu sya'ban dan waktu2 mustajab doa yang lain. Percayalah pada qada' qadar Allah. Dia yang telah menciptakan kita dan Dia LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK BUAT KITA". Jadi, kiranya x perlulah untuk kita mencari cinta kerana semuanya telah Allah tetapkan?? Cinta akan datang sendiri? Boleh percaya ke??? Nanti jadi bujang terlajak pula?? Bagaimana ni?? (O_o).

Saya tak puas hati bila tidak dapat mencari jawapan bagi soalan killer di atas. Lalu, saya bertanyakan seorang ustaz tentang soalan tadi. "Adakah kita tidak perlu mencari cinta??" Lalu, dengan berhikmah, ustaz tu menjawab: "Ramai yang sibuk mencari cinta untuk baitul muslim, tapi tahap pertama iaitu fardul muslimpun masih belum sempurna lagi. Kalau tapak tak kukuh, bagaimana agaknya binaan itu akan teguh?? Saya terdiam sambil merenung jauh kata- kata ustaz tersebut. Jika solat pun sering sahaja kita lengahkan, solat subuh selalu lewat, rasa malas nak buat sesuatu kerja, sikap ammarah pun belum mampu kita kawal, bagaimana agaknya kita nak fikir tentang tahap kedua matlamat umum tarbiyyah (baitul muslim) itu?".. Waktu sekarang, fokus utk belajar dan tambah ilmu dulu.Hal yang patut fikir kemudian, fikirlah kemudian. JIKA KITA NAK PAKSA ANAK AYAM MENETAS SEBELUM TIBA WAKTU SEBENARNYA UNTUK MENETAS, IA TAKKAN MENJADI ANAK AYAM YANG NORMAL. Pentingkan yang terpenting dahulu, ikut kesesuaian masa. Islam tidak mengajar umatnya sikap gopoh dan terburu- buru

Lalu ustaz tu bertanya lagi, kenapa nti tanya soalan begini? dah bersedia untuk tahap kedua k? Masya Allah, sungguh malu dengan ustaz waktu itu. Jawabku dengan jujur, "bukanlah ustaz. saya hanya mencari jawapan yang boleh saya jadikan sebagai panduan, sebab sebelum ni ada seorang sahabat datang bertanya, cinta tu kan fitrah, jadi semua orang pasti akan rasa minat pada golongan yang berlainan jantina dengan kita. Kalau x, pasti ia bukan manusia normal. Jadi, saya tidak tahu apakah jawapan terbaik untuk melegakan dan meyakinkan hati saya dan sahabat itu". Ustaz itu hanya tersenyum sambil bibirnya terus laju menuturkan mutiara hikmah:"Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah. Contohnya, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sebagaimana firman Allah dalam surah al Isra' ayat 32: Jangan kamu dekati zina'."Ulama' menafsirkan ayat wala taqrobuzzina ini akan terjadi melalui dengan 7 cara:

1) nazoro (memandang) - Oleh sebab itu, Allah menyarankan agar lelaki dan perempuan beriman agar menjaga pandangan kerana demikian itu lebih suci bagi mereka (An Nur: ayat 30-31)
2) ibtasama (senyum) - senyum itu ibadah, tapi hati-hati kerana ia dapat menjadi fitnah jika disalah gunakan
3) salaam (mengutuskan salam)
4) kalam (bercakap) -
5) irsaalun (mengutuskan surat/ message/ chat)
6) liqo' (dating tanpa mahram bersama)
7) fa waqo'a (maka zina akan berlaku kerana apabila sepasang lelaki dan perempuan berdua-duaan, syaitan akan menjadi orang ketiga).

Jadi,bagi pasangan yang belum halal statusnya, anda berada di tahap mana? Rasanya sudah ramai yang berada di tahap keenam. DATING.. Fikir-fikirkanlah, cuma tinggal beberapa tahap sahaja lagi untuk anda sampai ke tahap kemuncak yang mana ia adalah dosa besar di sisi Islam. Ingat, syaitan itu licik. Nabi Adam pun boleh terpengaruh dengan pujuk rayu iblis agar memakan buah larangan Allah di syurga, bagaimana agaknya kita???

Sedarlah sahabat,
Islam itu agama syumul.
Islam bukanlah mengharamkan cinta, tapi ia memuliakan cinta.
Islam tidak mengongkong umatnya, tapi ia menjaga umatnya,
agar kita semua terselamat daripada cinta dusta,
namun,
malang sekali nasib umat Islam kini,
batasan pergaulan tidak dijaga,
pasangan dating tidak malu menayangkan dosa,
kes zina pula makin berleluasa,

Tapi ingat !!!
sunnatullah telah menetapkan,
mungkar dibalas dengan azab,
masih ingatkah kisah kaum Nabi terdahlu?
apakah kita mahu seperti mereka?
diseksa keras di dunia,
dikeji Allah dalam kalamNYA,
di akhirat pula diazab di neraka.
Ya Allah, dahsyatnya azabMU

Jadi ayuhlah sahabat,
kita bangkit dari kejahilan diri,
usah malu untuk berubah,
usah bertangguh untuk bertaubat,
semuanya berada di tangan kita,
syurga atau neraka, mana satu pilihan kita???


Jadi, andai sekarang kita sudah bergelumang dengan cinta lelaki, mujahadahlah. Jangan sesekali kita mengotorkan kesucian fitrah ini dengan maksiat hati yang dapat mengeraskan hati kita daripada melihat kebenaran, sebagaimana kata Imam Ghazali: 3 perkara yg dapat mengelapkan hati ialah:

1) banyak berdebat dengan orang jahil.
2)banyak bergaul dengan ajnabi.
3) banyak bergaul dengan orang mati iaitu orang yg tidak mengikuti majlis ilmu selama 40 hari. Imam Ghazali dengan sinis berkata, sila sembahyangkan jenazah pada orang yang mengasingkan diri dari majlis ilmu selama 40 hari kerana sesengguhnya, tiada guna lagi hidupnya kerana hatinya (raja segala anggota) telah mati. Sungguh tajam kata2 imam hebat ini.

Maka,apabila hatimu keras, bukalah Al Quran, bacalah dan tadabburlah maknanya, namun jika hatimu masih keras juga, dirikanlah solat. Sesungguhnya, solat itu zikir penyucian jiwa. Namun, jika masih keras jua,bangunlah waktu dinihari. Berwudhu' dan berdoalah, pintalah pada TuhanMu agar dikurniakan hati yang lain.

Sempena Ma'al Hijrah 1432H ini, ayuhlah kita mulakan langkah baru menuju husnul khatimah. Tinggalkan segala kemungkaran, ingatlah pada Allah sentiasa. IHFAZILLAH YAHFAZKA, IHFAZILLAH TAJIDHU TIJAAHAK. (jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah, nescaya Allah sentiasa di sisimu). Bagaimana cara menjaga Allah?? Jagalah diri kita dari melakukan kemaksiatan padaNYA. Bila diri terasa ingin membuat dosa, segeralah istighfar,
baca a'uzubillah, ayat kursi, 3 qul, ambil wudhu', dan dekatkan diri dengan teman yang baik. MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS.

IHFAZILLAH YAHFAZKA, IHFAZILLAH TAJIDHU TIJAAHAK


"SESUNGGHNYA, WANITA MUKMINAT LEBIH CANTIK DARIPADA BIDADARI SYURGA"
MUSLIMAT POWER !!!!!!!

1 kata orang:

Anonymous said...

assalamualakum ya habibati. slm ma'al hijrah 1432H. hijrah ke arah peribadi muslim yang lebih baik.. from me: najah solihah

Post a Comment

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com