bismillah..
alhamdulillah, dah habis exam!! tak sanggup untuk mengucapkan kalimat merdeka dari mulut sendiri..entah macam berpeluh satu badan jawab soalan tadi. x tahu la apa jadi..hanya mengharapkan pertolongan Allah sahaja waktu tu. mengikut segala gerak hati dan bermonolog dengan diri sendiri sambil recall balik segala apa yang telah dibaca sebelum exam.. x keluar2 jugak isinya..Astaghfirullah..dosa apakah yang telah ana lakukan? sehingga Allah menguji ana di saat genting begini. sehinggakan masa yang diperuntukkan langsung x sempat walaupun nak tembak jawapan. tembak tanpa melihat soalan.
bila terfikir balik, jadikah untuk ana pulang ke malaysia tahun ini? bayangan adik2 sering bermain-main di minda, wajah ummi abah, apatah lagi.. si abang??? x rindu pun..huhu. semua orang memberi semangat untuk jawab soalan hari ini..
jam 7 pagi mesir..ku layangkan mesej buat ummi abah..
salam umi abah. kul 4 petang mesia nnt, akak ada exam. Doakan, moga Allah permudahkan. Tolong bagi nasihat..semangat!!
kemudian abah membalas : Abah dah solat hajat dan doa utk kakak n kak banyak baca fatihah n selawat. kak asma' belajar di england, minggu lepas g. Abah doa moga jaya..
terima kasih abah ummi, sering support akak di setiap masa, tempat dan keadaan. meskipun akak bukanlah anak yang baik bagi ummi abah, akak cuba untuk membentuk diri akak yang baru disini. menjelma diri menjadi aisyah fakriyah yang boleh ummi abah banggakan di akhirat sana nanti. doakan azam akak!
kemudian, kami buat perjumpaan batch di asrama MARA. untuk pelantikan SU dan paling penting ketua batch..Alhamdulillah, calon yang menang adalah SR ana. kena la cari SR baru. kadang-kadang terfikir, kesian betul siapa yang kena kerja dengan perempuan garang macam ana. dah la suka mengarah macam2.. atau ana jek yang fikir macam tu?? boleh komen kat kotak komen nnt ye..wahai pembaca blog ana..
dan SU baru, nurul insyirah, kawan rapat masa IKIP dulu. Alhamdulillah..kami bersama lagi..
Semoga Allah membalas segala kebaikan kawan-kawan saya, yang sudi datang sesi tadi dan jugak yang telah memberikan sokongan yang baik sepanjang saya pegang jawatan ini.. jazakumullahu khairan kathira.
sebenarnya nak tulis post pasal lain, tapi melencong ke lain plak.. lain kali la..
minta maaf tiada apa2 manfaat pun post ni. tapi ana suka untuk berkongsi ayat ni..
Allah berfirman : Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang diusahakannya, Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya)
An-najm; ayat 39-40
wallahua'lam..doakan ana!! :)
0 kata orang:
Post a Comment