Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (Surah at-
Taubah:111)
Sempena ana nak menutup tirai ini, ana simpulkan segala pengalaman ana yang boleh ana kongsi setakat yang termampu. Bukankah orang yang berguna adalah yang memberi manfaat kepada orang lain? Ana cuba untuk menjadi insan bertuah itu.
Bermula tarikh 1 oktober 2009 sehinggalah 1 januari 2011, ana masih lagi belum berjumpa dengan wajah tenang ummi abah dan keluarga. bermakna selama itu
jugalah ana x pulang ke Malaysia. Memang menjadi impian ana untuk datang ke Mesir, sehingga apabila ditemuduga oleh pegawai MARA, ana bertegas dengan pilihan pertama ana iaitu Mesir, bukan Jordan. Dan berdoa bersungguh-sungguh untuk impian ana. Dan akhirnya, Alhamdulillah, dengan izin Allah Taala, ana diterima untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang perubatan. Meskipun kedoktoran bukanlah cita-cita yang ana impikan tetapi ana tetap redha kerana ana tau apa yang tersurat di Lauh Mahfuz adalah yang terbaik buat ana.
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah: 216)
Kini, impian cikgu aisyah dah bertukar Dr. Aisyah. insyaAllah..ana kena usaha lebih untuk menjadikan mimpi itu satu realiti..
kali ini, ana kongsi serba-sedikit dunia sebagai pelajar medik di Mesir ini. tension?? x cukup masa?? x sempat makan?? tidur dengan mayat?? itu adalah bayangan ana sahaja sebelum ana melangkah ke dunia perubatan.. sampai sahaja disini, ia berubah 360 degree.. (mungkin ana hamba allah yang malas) jgn tiru.. kalau nak kira tension tu, mungkin ada musim tertentu saje kot cth exam ke..sebab masa tu nak pulun semua. boleh jadi jugak ada banyak kerja yang kena buat ..kebajikan2 tambahan..seperti terlibat dalam persatuan ataupun menjadi Ajk dalam program-program. tapi, itu bukanlah alasan sebab ana suka bekerja, membuatkan diri menjadi matang dan belajar untuk memimpin.
Kebetulan satu hari ana rasa hati sangat kosong. kenapa?Adakah Rahmat Allah sudah tidak mahu menyapa hati ana lagi? sehingga ana memikirkan perkara yang tidak bermanfaat..dan disepanjang perjalanan ana, ana menaiki tram ke syatbi.
5 minit berlalu, tram itu perlahan-perlahan berhenti di hadapan ana. Ana melangkah kaki untuk melawat sahabat ana yang baru sahaja kematian ayahnya. Ana memandang sekeliling..
"kenapa hari ini, tram macam kosong?" xpe la, boleh jugak ana duduk." getus hati ana
ana mengambil seat berhadapan dengan seorang makcik, kulemparkan sebaris senyuman dan kupalingkan wajahku ke arah tingkap tram yang berhabuk itu. Ana suka memerhati gelagat orang Arab, pasti ada yang menyentuh hati ana memerhati keadaan mereka. Kemudian, ana terpandang makcik tersebut mengeluarkan sesuatu daripada beg tasnya. lalu dihulurkan buatku.
kuHulurkan tangan sebagai tanda menerima pemberiannya, dan ana melihat 99 biji manik berwarna hijau kini berpindah milik di atas tapak tangan ana. Ana terkejut. Ana pun bercakap (dalam bahasa arab dgn makcik tu)
"hadiah??"
ye, nak! ambillah. berzikir, ingat Allah. Sambil makcik tersebut mengeluarkan tasbih miliknya, dan menunjukkan demo kepada ana.
Ana masih terpana dengan hal yang berlaku, dan ana sampai di stesen tram syatbi. Lalu, ana meminta izin untuk turun dan mengucapkan terima
kasih banyak2..syukran awi2
gambar hiasan(tasbih ana dapat kaler hijau)
Sepanjang perjalanan, ana masih berfikir dan memandang ke langit biru sambil hati kecilku mengucapkan "Subhnallah".. Maha Suci Engkau. Engkau masih sayangkan hambaMu ini.Seorang gadis yang berlumuran dosa terus-menerus tanpa sedar.. Masih belum dalam cintaku padaMu untuk membalas segala cinta yang Engkau tunjukkan. Malahan ana mengejar cinta manusia yang palsu dan hanya menanam bibir di tepi mulut. Cuma ana mendoakan padaMu, dikurniakan insan yang mampu membawaku mencapai cintaMu lebih dalam..
aisyah, usah berbohong pada diri sendiri, kamu juga manusia. Rasa cinta dan sayang itu fitrah. Namun, jangan kamu pusingkan ia menjadi fitnah. Besar dosanya. Tiada siapa yang mampu menolak fitrah itu. tiba-tiba ana teringat pengisian SC last ni. sungguh seronok berkumpul satu keluarga sambil memberi peringatan sesama manusia.
Dan dia (tidak pula) termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. (Al-Balad : 17)
dalam SC tu, ana terdiam dan bertafakkur memikirkan kata-kata yang diucapkan oleh kakak SC. lebih kurang macam ni la.. Kita kena selalu jaga hati kita, cuba bayangkan jika kita teringatkan seorang lelaki yang haram bagi kita, maka satu titik hitam telah wujud dalam hati kita. Dan bayangkan kalau sehari, 50 kali, kita asyik memikirkan..maka lama-lama hati kita akan menjadi hitam. Disuluh dengan lampu berkuasa 60000000 Watt tetap tidak akan mampu menerangi kembali hati yang hitam itu. Dan sebab itulah kadang-kadang kita susah nak belajar. Kerana ilmu itu cahaya. dan Cahaya tidak masuk ke dalam hati-hati yang gelap..Ana mengucap panjang..
"Astaghfirullah"..ampuni dosa-dosaku ya Allah.
post kali ini, ana banyak menyentuh berkaitan dengan hati kerana setiap jasad itu ada segumpal daging, jika ia baik, maka baiklah keseluruhannya, jika buruk maka, buruklah keseluruhannya. Dan ketahuilah bahawa ia adalah hati..
Ya Allah yang Maha membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku pada agamaMu..
Dan 3 cara hati kita akan mati..
1) berdebat dengan orang jahil
2) banyak bergaul dengan ajnabi
3)berkawan dengan orang mati
dan orang mati yang dimaksudkan adalah orang yang meninggalkan majlis ilmu sebanyak 40 hari..
Akhir kalam, selamat tahun baru ana ucapkan. Tapi jangan terpengaruh dengan pemikiran barat. Tahun baru Islam adalah 1432 Hijrah.. dan ana menyeru sahabat2 supaya membuat penghijrahan terbesar dalam diri sebelum pintu langit tertutup untuk menerima taubat kita, sebelum matahari terbit di bahagian Barat, sebelum malaikat Izrail mencabut nyawa kita. Masih sempat untuk membaiki diri menjadi mukmin yang bertaqwa, beriman pada Allah dan RasulNya.
dunia hanyalah pinjaman, jangan terpedaya dengannya. Binalah matlamat hidup sesuai dengan status kita sebagai musafir di dunia sementara menuju kampung akhirat yang kekal abadi. insyaAllah, syurga firdausi..
Wallahua'lam..
p/s :segala keburukan diri ana, sila bagitau ana, supaya ana boleh membaiki diri.. insyaAllah ana terima dengan hati terbuka..salam hijrah..
0 kata orang:
Post a Comment