Bismillah.. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi MAha Penyayang
lambat-lambat ana tarikan jari jemari di atas papan kekunci laptop ini. Sekadar meng'update' blog sempena tahun baru. Sebelum peperiksaan mula menyesakkan dada ana, ana curi peluang ini untuk menulis serba-sedikit. Ana akui kelemahan ana, ana kurang bakat dalam bercakap. sama dengan abang sulung. Kalau dalam meeting tu, memang jarang sangat cakap. Suara mahal? bukanlah. Idea tu ada je tapi sebab ana x reti nak cakap macam mana dan ana rasa inferior kalau meeting dengan senior2 ni. Memang salute habis la kalau meeting dengan senior2. Kalau dengan batch sendiri, boleh la jugak ana cakap2 biar la keluar bahasa ganu kesayangan ana tu pun. Asalkan mesej yang ana nak sampaikan tu dapat.
Baiklah, ana tiba-tiba suka untuk berkongsi satu lagi pengalaman hidup ana waktu ana kecik-kecik dulu. Ana pun x begitu pasti darjah berapa tapi ana begitu pasti waktu itu ana dalam lingkungan sekolah rendah punya umur.
Abah : minggu depan, pejabat abah nak buat hari Keluarga kat Awana Kijal. Kita nak pergi x?
Anak2 : Nak3..(ana paling bersemangat) sebab nak mandi kolam. Jom la abah, dah la tempat mahal tu. Rugi kalau x pergi. (pejabat tangungg kos)-free of charge
Abah : ntah, abah ikut ummi je. Kalau ummi larat, kita pergi.
dalam hati ku bermonolog : akan ana pujuk ummi sampai berjaya. x sabar nak mandi kolam nih dengan kawan2.. (alah, kolam je pun aisyah. air terjun belakang rumah x nak pulak pergi)
Akhirnya, memang kami jadi pergi. Alhamdulillah..dan kami pun meneruskan perjalanan.
Sampai disana, kami menunggu abah mendaftar bilik mana. Kami dapat 2 bilik sebab keluarga besar. dan sudah semestinya ana paling gembira sebab ana dapt bilik 2 orang je dengan ummi.. nasib la askar lain kena kongsi ramai2. (bertuah plak rasanya, kadang2)
time lunch, ana ke kolam. sekdar ronda-ronda lagaknya. memerhatikan kalau-kalau ada antara adik2 ana yang mandi kat situ, boleh report kat abah ummi. jadi reporter la plak. Alhamdulillah, xde. (bagus2, puji ana dalam hati)
Waa..nampak menarik la air terjun ni, Ada gelongsor air. Ada pelampung Explorace yang kena seberang kolam pakai tali, ada cendawan pusing. Menariknya. Nak jumpa abah jugak. Kali ni, ana nekad nak mandi. dirangsang pula, kawan2 sebaya memanggil menunjukkan kemahiran renang masing2. (perempuan)
termengah-mengah ana mencari kelibat abah dan ummi yang sudah hilang tanpa meninggalkan jejak sedikit pun. Puas mencari, akhirnya jumpa la.
Ana : abah, akak nak main celup2 kaki boleh x bah. seronok tengok orang main kolam
abah: erm, pergi la,. JAngan main kat bahagian dalam. Nanti abah pergi.
ana : orait!! (yes, green light)
ana pergi sambil berlalu meninggalkan mereka.
(minta izin dulu, kang kena marah x pasal2 x pergi hari keluarga tahun depan sebab kenakalan)
Sampai di kolam, ana mula mencelupkan kaki perlahan2. seingat ana, waktu tu darjah 3. sejuknya air, makin teruja plak. pandang ke depan. Ya Allah, adik ana dah main dengan kawan2 dia. mana aci. (jiwa kanak-kanak)
Ana pun dah terlupa dengan janji manis ana untuk celup kaki je. habis satu badan basah. Ana pun main dengan galaknya dengan kawan2. habis satu-satu permainan ana cuba (al-maklumlah hotel mahal)..
Tiba-tiba, dua insan berpimpingan tangan berjalan menuju ke kolam dan mengambil seat di tepi kolam. Lagak seperti pemerhati. kepala di pusing kiri dan kanan, Akhirnya pusingan berhenti kepada ana. huhu. Ana senyum saje sebagai permulaan untuk melapor kesalahan ana pada ummi abah. Mereka membalas senyuman. Alhamdulillah, lega ana. boleh teruskan mandi. Action speak louder than word, bak kata orang . Maknanya abah ummi bagi can la. Jangan sia-sia kan
Telinga ana mula bengang kerana ana mandi memakai tudung. kawan2 ana semua buang tudung. Jadi, slowly ana menuju ke tempat ummi abah duduk. Ana meminta pada mereka;
Ana : abah ummi, akak nak buka tudung boleh x? air masuk dalam telinga ni. Bengang dah. habis berat kepala akak sebab air meresap dalam anak kepala.
abah : x payah la akak.
ana : boleh la abah. kali ni jerr..(ana memujuk kembali dirasuk pula oleh syaitan disebelah ana)
abah berpaling pada ummi, menyerahkan pada ummi pula.
ummi : kalau akak nak mandi lagi, pakai tudung!! Kalau nak buang juga tudung tu, x payah mandi lagi. Masuk bilik!!
ana : ye larh.. (kembali masuk ke kolam, dengan muka hampa kerana pujukan tidak berjaya)
bila besar ana, ana pun terjumpa la ayat Allah ni, surah Al-Israa ayat 23-24
Dan Tuhanmu telah memerintahan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat-baik kepada ibu bapak. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai ke berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucaplah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkan dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih-sayang dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.
Ana makin belajar dengan Tuhan, adab-adab dengan mak ayah. Tuhan seolah-oleh berbicara dengan ana. Dalam kelembutan ummi abah terhadap anak2, mereka tetap bertegas dengan hukum Tuhan. tidak ingin dibiarkan anaknya terbiasa dengan perkara yang Allah larang.
Syukur
Ana teringat satu sesi dalam LDK BOOM ( blooming out of mediocrity) di EGypt ni.
aktiviti tu, suruh kita lukis elemen atas dunia ni yang melambangkan diri kita. Ada yang lukis H2O molecule, tong sampah, gitar, manggis, beruang, bintang, bulan, rama-rama, kasut, rumah dan last sekali ana yang buat pembentangan.
berikut adalah imbas balik kejadian itu
Bismillah. first sekali, saya nak minta maaf pada kawan2, saya mengaku awal-awal yang saya x ada bakat dalam melukis. so, maaf la kalau lukisan saya hodoh. dapat teka x?
(orang nampak macam pokok pulak, sebab daun semalu ana lukis tegak sedangkan yang betul punya tumbuh menjalar atas tanah. See, ana memang x pandai lukis.)
ni namanya, daun semalu. saya bukan nak cakap ni adalah diri saya. tapi ramai wanita kena belajar menjadi pokok daun semalu. pokok daun semalu lengkap dengan 4 perkara, akar, daun, duri dan bunga.
akar= kalau ummi suruh saya cabut masa kecik2 dulu, (sbb adik2 nak main bola, senang) saya guna spanar abah. baru ok sket. sebab dia punya akar memang kuat la. boleh try lepas ni. nak cakap kat sini, kita perlu ada asas yang kuat dalam diri iaitu agama. Beriman pada Allah dan Rasulnya. sampaikan mati pun dalam keadaan beriman. kena banyak-banyak doa la pada Allah.
duri= duri dia tajam betul. nampak je macam halus, menyorok di sebalik daun-daun. tapi sekali pegang, memang lempar jauh la pokok tu, terus berlari ambil minyak gamat. nak bagitau, perempuan ni kena ada ketegasan. dari semua hal, kerana perempuan ni fitnah terbesar dunia. kena jaga dari tutur kata, jangan lemah-lembut suara sesuai dengan firman Allah :
dalam surah Al-Ahzab ayat 32; wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah-lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.
perempuan, semua benda kena jaga, pakaiannya, akhlaknya, suaranya supaya tidak menjadi fitnah kepada golongan Adam.
Lepas pulang dari 1 perang, Rasulullah bersabda : selepas ini ada jihad yang lebih besar lagi. Sahabat2 bertanya tentang jihad yang lebih besar dari jihad tadi. Jawab baginda : Jihad melawan hawa nafsu.
daun= daun pokok semalu ni, kalau perhatikan. asal maghrib atau malam dia akan kuncup sendiri. ataupun bilamana ada haiwan hinggap atau tangan yang menyentuh, pasti akan kuncup. Bukanlah bermakna ia tunduk tetapi sebagai protective mechanism. menyelamatkan diri. Wanita ni, janganlah keluar malam. x elok sangat. kalau ada kerja yang x boleh dielakkan xpe la. DAn satu lagi pesanan, bergaul dengan ajnabi ada batasannya, ada ketikanya, ketika mana kita ada urusan dengan mereka, diharuskan. Kalau xde urusan, kita elakkan bergaul sebab nak menjaga hati dan juga iman. Kalau iman senipis kulit bawang macam ana sendiri, ana mengelak untuk bergaul tanpa urusan.
dan kawan2 yang kat Mesir ni, gunalah khidmat musyrif. insyaAllah selamat dari gangguan Arab disamping berdoa banyak2 pada Tuhan. Jangan sudah terhantuk baru tengadah. atau NAsi sudah menjadi bubur. Musyrif pun satu. Dah kaum Hawa ni lemah, minta tolong jadi musyrif. Jadilah gentleman sket. Banyak pahala yang menanti. InsyaAllah.
last sekali, bunga= kaler ungu. nampak kecik je. tapi menarik sebab kaler ungu adalah kaler kegemaran saya. disebalik ketegasan tersembunyi seuatu yang indah juga. Itulah maksud yang boleh saya olah dari sepohon pokok semalu. Idea diambil dari karangan Tautan Hati karangan Fatima Syarha.
Psycho exam tunda, betul2 psycho. Doakan exam ana yep. MOga doa itu berbalik pada kawan2 semua. Dan doa yang mustajab adalah doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain tanpa sahabat itu mengetahui.
Ameen~ Wallahua'lam
1 kata orang:
hehe.. sy baca dan... sy suka!!hehe.. :)
doa yg mustajab adalah doa seorang sahabat kpd sahabatnya yg lain tnpa sahabat itu mengetahui..sy suka ayat itu..:D
aisyah... chaiyok2:D
ayah sy pesan.. dO our best:)
ya allah.. keep us close to u until the end of time..ceyy..hehe;D
Post a Comment