Sunday, November 28, 2010

terima kasih ya Allah

bismillah..

hari ni, saya masih lagi diberi peluang untuk hidup, saat ini masih berpeluang untuk menggunakan nikmat jari-jari untuk menulis bait-bait blog, mampu bercakap dengan lidah yang masih petah bergerak, mampu lagi untuk menunaikan solat 5 waktu sehari semalam dengan smooth. Alhamdulillah. namun apakah tanda2 kesyukuran yang ku balas pada Allah. dengan tahajudnya jarang sekali.. sedekahnya kurang..maksiat mata, dan hati masih lagi terus ku lakukan meskipun ku tau bahawa Allah sentiasa mengira setiap amal perbuatanku. sehingga diri ini tidak layak untuk meminta itu ini malah apa lagi untukku meminta syurga (jannah) yang dijanjikan Allah untuk hamba-hambaNya yang soleh dan tempat para nabi di akhirat kelak. adakah Nabi akan mengaku aku sebagai umat baginda? Jika tidak, dengan siapa lagi kita meminta syafaat?

muhasabahku di pagi hari. jam menunjukkan jam 1.03 pagi. saya terpanggil untuk bercerita dan memberi sedikit pengalaman diri untuk berkongsi. Sesungguhnya orang yang berguna adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.

apa yang kita rasa apabila orang menegur kita? berlapang dada? melenting? tidak endah dgn teguran? atau merasakan orang itu tidak layak untuk menegur kita?

hidup ini adalah sebuah proses pembelajaran. kita banyak belajar daripada orang lain. Bukankah Allah juga telah menyebut..bahawa Allah telah menjadikan hamba-hambaNya berlainan supaya kita boleh sama saling mengenali ( refer buku teks PSI form 5)..saya lupa ayat mana dalam Al-Quran..

Apabila kita siap menegur orang lain, kita juga perlu mempersiapkan diri untuk menerima teguran daripada orang lain kerana kita perlu sedar bahawa setiap insan itu tidak mungin perfect. kekurangan tetap ada walaupun bila kita lihat seseorang itu, kebaikan telah mendominasi dirinya. sebenarnya bukan orang itu yang nak menegur tetapi Allah telah jentikkan hatinya untuk menegur kita. itu tandanya Allah masih sayang kepada kita. besyukurlah kerana Allah masih sudi melihat dan memelihara kita. cuba bayangkan sekali Allah palingkan wajahNya daripada kita, apa lagi tujuan kita untuk hidup? kita perlu ingat sentiasa dan tajdid niat kerana Allah dalam setiap amalan kita.

saya sekarang bukanlah saya yang dulu. saya sekarang lebih matang dan banyak belajar daripada kehidupan. kalau dulu, bila time mengaji, agak payah. asyik bergaduh dgn abang, siapa pergi mengaji dulu dengan abah. dan seperti biasa, si adik mestilah kalah dengan abangnya.
bila saya baca salah, abah menegur bacaan tajwidku. namun, saya tidak endah dgn teguran itu sehingga abah mengulangnya untuk kali kedua. saya masih lagi ego untuk ditegur dan meneruskan bacaan.

prangg!! (macam kaca pecah la plak)
macam mana bunyi kena tampar ye?... paaang!!

satu tamparan hinggap di pipiku.
saya terkedu. dan butir-butir jernih itu mula berebut untuk keluar dari lacrimal gland.

"abah dah tegur banyak kali. kenapa x ikut? "

saya diam seribu bahasa. sepi menyelubungi suasana. saya betulkan bacaan dan meneruskan mengaji sambil teresak-esak. Abah menyuruh saya berhenti setakat itu sahaja. Mau mengadu pada ummi, tidak mungkin. sebab saya tau saya yang bersalah. ummi tidak akan menyebelahi anak daranya ini. itu amat pasti.

sehingga sekarang, saya amat bersyukur..kerana tamparan itu, saya menjadi seperti ini.
kerana kelas kuarantin mengaji bersama nenek di kampung sepanjang bulan puasa masa kecik bersama abang jugak..saya menjadi seperti ini. sehari 3 kali mengaji..satu kali paling sekejap..stgh jam..
perlu saya titipkan rasa bersyukur pada Tuhan..sbb ada juga orang yang masih x pandai menyebut kalimah2 Al-Quran meskipun usia kami sama.

hari ini, selesai sahaja solat zohor di universiti..seorang student arab perempuan mendekatiku.. beliau berkata..sebaik-baiknya kita solat selepas azan habis. (speaking)
Syukran2..balasku dengan lapang hati.

terima kasih Tuhan, kerana dengan teguran2Mu melalui hambaMu. aku lebih yakin Engkau sangat menyayangiku. tetapi aku sangat pasti dan pasti sangat2 bahawa cintaku padaMu masih belum cukup..bantulah hambaMu ini untuk membina cinta yang sejati untukMu dan pertemukanlah aku dengan insan yang dapat membantuku untuk meraih cintaMu.. itulah pintaku..

p/s : buat abang yang sedang menghadapi exam..buat yang terbaik..adik di sini sentiasa mendoakanmu dan keluarga kita. terima kasih atas sokongan yang dihulurkan meskipun melalui alam maya sahaja. bertawakkallah sesudah berusaha dan terimalah seadanya segala takdir Allah..

wallahua'lam..penulis meminta maaf atas sgl kkrgn..
1.33 pagi, 29 November 2010.

0 kata orang:

Post a Comment

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com