Saturday, November 13, 2010

sukar kucari ganti T_T

bismillahirrahmanirrahim..

seusai program SEMINAR IBADAH PESAKIT 2 menutupkan tirai semalam, saya &beberapa wakil sesostrees bergegas menunaikan solat fardhu asar di rumah berdekatan. kemudian, habis sahaja alunan Al-ma'thurat ditamatkan..azan maghrib pula berkumandang. Kami terus menunaikan solat maghrib pula setelah itu secara berjemaah.. Semoga ada ganjaran buat kami kerana solat di awal waktu dan solat berjemaah..bukankah solat berjemaah dihadiahkan ganjaran 27 kali ganda pahala..atau pendapat lain, 25 kali..

kami meneruskan perjalanan menaiki tram..

apabila sampai, saya meredakan kembali sympathetic dan oxygen debt, kemudian akibat mata yang terlalu mengantuk, saya bercadang untuk tidur awal dan bangun tengah malam.
tiba2, sejam kemudian...

"kak aisyah..bangun2, nak buat meeting ni"
"haa?? meeting ape?" dengan mamai & penuh keletihan, saya bangkit dari tempat tidur.. mengikut aje arahan ketua floor ni dengan muka x puas hati..hehe..(bak kata adik integomb tu la)..
walaupun muda setahun dari saya, kena la tetap patuh pada arahan ketua..
memikirkan bahawa dah lama juga kami x berkumpul same2..(selama ni x formal je)..saya gagahkan diri jugak.
sesudah sahaja basuh muka, saya ke bilik meeting(bilik no 2), bilik paling besar..

sebaik sahaja pintu dikuak..SELAMAT HARI JADI...SELAMAT HARI JADI..SELAMAT HARI JADI KAK AISYAH..SELAMAT HARI JADI......

T_T...terharu3..walaupun lewat sehari..terima kasih adik2 sebab...ingat akak..huhu..( nak hujan plak pagi2 buta nih).. lepas tu, bedah2 kek( mntg2 bakal doktor) dan ucapan sepatah 2 kata.. kami pun makan..

Alhamdulillah..itu cerita pertama saya.

cerita kedua..saya nak selitkan ucapan besday 2 sahabat saya di tanah air..
sungguh, jika kalian membaca post kali ini, saya akui, amat sukar untuk saya mencari pengganti kalian.. sehingga kini, saya terus mencari tatapi penyudahnya sama..
dan saya mula sedar...setiap orang itu berlainan..lain padang lain belalang..
mengimpikan sahabat yang sempurna buat kita tanpa sedar adakah kita telah menjadi sahabat yang baik kepada semua orang?? tepu dada, tanyalah iman.

sahabt cermin kepada sahabat yang lain..pilihlah sahabat yang baik..mampu membawa kita ke syurga dan menyedarkan kita setiap kali alpa..

sahabat pertama...

salam aisyah fakriyah bt latif...

smg sentiasa sht dsmping org2 yg t'syg...

firstly....nk ucp "SANAH HELWAH YA UKHTI HABIBI"!!!!!

hehehe...

mntak mf byk2 ye spjg kte b'shbt ni su de wat slh n silp smde yg sdr@ x...

smg smkn mngkt umurmu ni smkn ingt kamu akn kematian yg m'hampirimu...

sori ye x de kek...

hehe...

syukran cz sudi jd shbt...

ukhuwahfillah abadan abada...

sahabat kedua saya pula...

Assalamualaikum. Buat sahabat yg sentiasa dirindui dan diingati. Mohon maaf kerana terlewat ucap selamat hari jadi. Tapi, kukira doa itu lebih bermakna. Line internet di sini terputus sejak 3 hari lalu. Terputus hubungan sekejap dgn dunia luar. Tapi, kukira, DOA ITU TIADA HIJAB. Hanya doa dan tangisan rindu dapat kukirim. Aisyah, memang ayat ni macam jiwang. Tapi beginilah diri sy, waktu diri sedang kesedihan, sy lebih suka menukilkan suara hati melalui kata begini. Sambil menulis, sambil mendengar lagu sebuah pertemuan unic, seiring dengan gugurnya air mata kerinduan. SUNGGUH SAHABAT, AKU SAYANG AKAN DIRIMU

Tiada hadiah dapat kukira… Cuma, lagu sebuah pertemuan tanda ingatan. Setiap kali dengar lagu ini, pasti air mata jatuh berderai. Ssemalam, waktu hri lahir aisyah, sy dengar lagu ni sewaktu menjaga gerai sempena ‘Raudhah Festival’ (RAFEST), air mata jatuh sbb terasa sgt nk online, kongsi cerita dgn aisyah, smpaikan kawan2 ramai tny, aik knp tetibe menangis. Sy hanya menjawab smbil tersenyum, tangisan rindu gila (O_o)

ketika diri mencari sinar,

secebis cahaya menerangi laluan

ada kalanya langkahku tersasar

...........

tersungkur di lembah kegelapan

bagaikan terdengar bisikan rindu

mengalun kalimah menyapa keinsafan

kehadiranmu menyentuh kalbu

................

menyalakan obor pengharapan

tika ku kealpaan

kau bisikkan bicara keinsafan

kau beri kekuatan

tika aku diuji dgn dugaan

saatku kehilangan keyakinan

kau nyalakan harapan

saat ku meragukan keampunan TUHAN

kau katakan rahmatNYA mengatasi segala

.........

terima kasih sahabat..aku memohon agar engkau dahulu yang masuk ke syurga sebelum aku.. Semoga kita dikurniakan syurga jannah..kerana Allah paling kasih kepada 2 orang yang bersahabat kerana Allah, bukan kerana harta, paras rupa ataupun hal duniawi yang lain..

dan kepada pembaca rasmi @ sembunyi2 blog saya..terima kasih jadi sahabat saya..tampunglah kelemahan yang ada pada diriku..uhibbukum fillah..

wallahua'lam.


0 kata orang:

Post a Comment

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com