Sunday, November 28, 2010

berkata Imam Ghazali>>

Berkata Imam Al-Ghazali:"Jika
engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima
segala musibah, bertenang dalam menanggung kepahitan, sifat sabar
terbentang dalam dadamu, lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal, rahsiamu
disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja, namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum, perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal, pangkatmu dipendam,setiap hari
menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut,
siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai, malammu rindu pada Tuhan,sepi
dari pandangan, Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat
yang padanya sulit sekali mencari jalan..."

terima kasih ya Allah

bismillah..

hari ni, saya masih lagi diberi peluang untuk hidup, saat ini masih berpeluang untuk menggunakan nikmat jari-jari untuk menulis bait-bait blog, mampu bercakap dengan lidah yang masih petah bergerak, mampu lagi untuk menunaikan solat 5 waktu sehari semalam dengan smooth. Alhamdulillah. namun apakah tanda2 kesyukuran yang ku balas pada Allah. dengan tahajudnya jarang sekali.. sedekahnya kurang..maksiat mata, dan hati masih lagi terus ku lakukan meskipun ku tau bahawa Allah sentiasa mengira setiap amal perbuatanku. sehingga diri ini tidak layak untuk meminta itu ini malah apa lagi untukku meminta syurga (jannah) yang dijanjikan Allah untuk hamba-hambaNya yang soleh dan tempat para nabi di akhirat kelak. adakah Nabi akan mengaku aku sebagai umat baginda? Jika tidak, dengan siapa lagi kita meminta syafaat?

muhasabahku di pagi hari. jam menunjukkan jam 1.03 pagi. saya terpanggil untuk bercerita dan memberi sedikit pengalaman diri untuk berkongsi. Sesungguhnya orang yang berguna adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.

apa yang kita rasa apabila orang menegur kita? berlapang dada? melenting? tidak endah dgn teguran? atau merasakan orang itu tidak layak untuk menegur kita?

hidup ini adalah sebuah proses pembelajaran. kita banyak belajar daripada orang lain. Bukankah Allah juga telah menyebut..bahawa Allah telah menjadikan hamba-hambaNya berlainan supaya kita boleh sama saling mengenali ( refer buku teks PSI form 5)..saya lupa ayat mana dalam Al-Quran..

Apabila kita siap menegur orang lain, kita juga perlu mempersiapkan diri untuk menerima teguran daripada orang lain kerana kita perlu sedar bahawa setiap insan itu tidak mungin perfect. kekurangan tetap ada walaupun bila kita lihat seseorang itu, kebaikan telah mendominasi dirinya. sebenarnya bukan orang itu yang nak menegur tetapi Allah telah jentikkan hatinya untuk menegur kita. itu tandanya Allah masih sayang kepada kita. besyukurlah kerana Allah masih sudi melihat dan memelihara kita. cuba bayangkan sekali Allah palingkan wajahNya daripada kita, apa lagi tujuan kita untuk hidup? kita perlu ingat sentiasa dan tajdid niat kerana Allah dalam setiap amalan kita.

saya sekarang bukanlah saya yang dulu. saya sekarang lebih matang dan banyak belajar daripada kehidupan. kalau dulu, bila time mengaji, agak payah. asyik bergaduh dgn abang, siapa pergi mengaji dulu dengan abah. dan seperti biasa, si adik mestilah kalah dengan abangnya.
bila saya baca salah, abah menegur bacaan tajwidku. namun, saya tidak endah dgn teguran itu sehingga abah mengulangnya untuk kali kedua. saya masih lagi ego untuk ditegur dan meneruskan bacaan.

prangg!! (macam kaca pecah la plak)
macam mana bunyi kena tampar ye?... paaang!!

satu tamparan hinggap di pipiku.
saya terkedu. dan butir-butir jernih itu mula berebut untuk keluar dari lacrimal gland.

"abah dah tegur banyak kali. kenapa x ikut? "

saya diam seribu bahasa. sepi menyelubungi suasana. saya betulkan bacaan dan meneruskan mengaji sambil teresak-esak. Abah menyuruh saya berhenti setakat itu sahaja. Mau mengadu pada ummi, tidak mungkin. sebab saya tau saya yang bersalah. ummi tidak akan menyebelahi anak daranya ini. itu amat pasti.

sehingga sekarang, saya amat bersyukur..kerana tamparan itu, saya menjadi seperti ini.
kerana kelas kuarantin mengaji bersama nenek di kampung sepanjang bulan puasa masa kecik bersama abang jugak..saya menjadi seperti ini. sehari 3 kali mengaji..satu kali paling sekejap..stgh jam..
perlu saya titipkan rasa bersyukur pada Tuhan..sbb ada juga orang yang masih x pandai menyebut kalimah2 Al-Quran meskipun usia kami sama.

hari ini, selesai sahaja solat zohor di universiti..seorang student arab perempuan mendekatiku.. beliau berkata..sebaik-baiknya kita solat selepas azan habis. (speaking)
Syukran2..balasku dengan lapang hati.

terima kasih Tuhan, kerana dengan teguran2Mu melalui hambaMu. aku lebih yakin Engkau sangat menyayangiku. tetapi aku sangat pasti dan pasti sangat2 bahawa cintaku padaMu masih belum cukup..bantulah hambaMu ini untuk membina cinta yang sejati untukMu dan pertemukanlah aku dengan insan yang dapat membantuku untuk meraih cintaMu.. itulah pintaku..

p/s : buat abang yang sedang menghadapi exam..buat yang terbaik..adik di sini sentiasa mendoakanmu dan keluarga kita. terima kasih atas sokongan yang dihulurkan meskipun melalui alam maya sahaja. bertawakkallah sesudah berusaha dan terimalah seadanya segala takdir Allah..

wallahua'lam..penulis meminta maaf atas sgl kkrgn..
1.33 pagi, 29 November 2010.

Tuesday, November 23, 2010

TAHNIAH!!

kehangatan JPC sangat dirasai sekarang tambahan pula, calon fasa 1 sudah menunjukkan individu2 yang hebat dan berwibawa..Semoga Allah memberi kekuatan dan pertolongan kepada kalian.. Tahniah secara peribadi saya ucapkan kepada semua calon2 AJKT ikhwah mahupun akhawat.
percayailah bukan pencadang mahupun penyokong yang mengkehendaki anda tetapi Allah lah yang telah membuka pintu hati anda untuk berbakti kepada masyarakat..Beruntunglah kerana kalian adalah golongan yang terpilih. Usah risau mahupun khuatir kerana insyaAllah..Allah bersama-sama kita.

"ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN DENGAN KEMAMPUANNYA"

Sekadar berkongsi kata-kata dari kakak seniorku..
~~hiduplah dengan jiwa syabab@pemuda/i, bak kata orang, sesenduk garam, tetap sesenduk garam, yang membezakan kemasinannya ialah sama ada dilarutkan dalam segelas air@sebuah telaga..maka kuasa pemuda/i ibarat telaga yang tak terkesan dengan hanya sesenduk garam~~

sekadar meng'update' blog sebab masa sangat mencemburui dan mengejar saya..
P/S: mana2 calon yang menang nanti dan memegang portfolio akademik..andalah boss saya..hehe

kadang-kadang kita perlu membuat keputusan dalam masa yang singkat kerana keadaan memaksa kita untuk berbuat demikian..mungkin belum saatnya lagi kerana ada perkara yang lebih 'aula' untuk saya fikirkan..FIKIR & ZIKIR..

semoga berjaya abdul fattah bin latif untuk exam SPM..apa jua keputusanmu..insyaAllah, itulah yang terbaik as long as u be a good son to ummi and abah..sis really grateful about it..

Saturday, November 13, 2010

sukar kucari ganti T_T

bismillahirrahmanirrahim..

seusai program SEMINAR IBADAH PESAKIT 2 menutupkan tirai semalam, saya &beberapa wakil sesostrees bergegas menunaikan solat fardhu asar di rumah berdekatan. kemudian, habis sahaja alunan Al-ma'thurat ditamatkan..azan maghrib pula berkumandang. Kami terus menunaikan solat maghrib pula setelah itu secara berjemaah.. Semoga ada ganjaran buat kami kerana solat di awal waktu dan solat berjemaah..bukankah solat berjemaah dihadiahkan ganjaran 27 kali ganda pahala..atau pendapat lain, 25 kali..

kami meneruskan perjalanan menaiki tram..

apabila sampai, saya meredakan kembali sympathetic dan oxygen debt, kemudian akibat mata yang terlalu mengantuk, saya bercadang untuk tidur awal dan bangun tengah malam.
tiba2, sejam kemudian...

"kak aisyah..bangun2, nak buat meeting ni"
"haa?? meeting ape?" dengan mamai & penuh keletihan, saya bangkit dari tempat tidur.. mengikut aje arahan ketua floor ni dengan muka x puas hati..hehe..(bak kata adik integomb tu la)..
walaupun muda setahun dari saya, kena la tetap patuh pada arahan ketua..
memikirkan bahawa dah lama juga kami x berkumpul same2..(selama ni x formal je)..saya gagahkan diri jugak.
sesudah sahaja basuh muka, saya ke bilik meeting(bilik no 2), bilik paling besar..

sebaik sahaja pintu dikuak..SELAMAT HARI JADI...SELAMAT HARI JADI..SELAMAT HARI JADI KAK AISYAH..SELAMAT HARI JADI......

T_T...terharu3..walaupun lewat sehari..terima kasih adik2 sebab...ingat akak..huhu..( nak hujan plak pagi2 buta nih).. lepas tu, bedah2 kek( mntg2 bakal doktor) dan ucapan sepatah 2 kata.. kami pun makan..

Alhamdulillah..itu cerita pertama saya.

cerita kedua..saya nak selitkan ucapan besday 2 sahabat saya di tanah air..
sungguh, jika kalian membaca post kali ini, saya akui, amat sukar untuk saya mencari pengganti kalian.. sehingga kini, saya terus mencari tatapi penyudahnya sama..
dan saya mula sedar...setiap orang itu berlainan..lain padang lain belalang..
mengimpikan sahabat yang sempurna buat kita tanpa sedar adakah kita telah menjadi sahabat yang baik kepada semua orang?? tepu dada, tanyalah iman.

sahabt cermin kepada sahabat yang lain..pilihlah sahabat yang baik..mampu membawa kita ke syurga dan menyedarkan kita setiap kali alpa..

sahabat pertama...

salam aisyah fakriyah bt latif...

smg sentiasa sht dsmping org2 yg t'syg...

firstly....nk ucp "SANAH HELWAH YA UKHTI HABIBI"!!!!!

hehehe...

mntak mf byk2 ye spjg kte b'shbt ni su de wat slh n silp smde yg sdr@ x...

smg smkn mngkt umurmu ni smkn ingt kamu akn kematian yg m'hampirimu...

sori ye x de kek...

hehe...

syukran cz sudi jd shbt...

ukhuwahfillah abadan abada...

sahabat kedua saya pula...

Assalamualaikum. Buat sahabat yg sentiasa dirindui dan diingati. Mohon maaf kerana terlewat ucap selamat hari jadi. Tapi, kukira doa itu lebih bermakna. Line internet di sini terputus sejak 3 hari lalu. Terputus hubungan sekejap dgn dunia luar. Tapi, kukira, DOA ITU TIADA HIJAB. Hanya doa dan tangisan rindu dapat kukirim. Aisyah, memang ayat ni macam jiwang. Tapi beginilah diri sy, waktu diri sedang kesedihan, sy lebih suka menukilkan suara hati melalui kata begini. Sambil menulis, sambil mendengar lagu sebuah pertemuan unic, seiring dengan gugurnya air mata kerinduan. SUNGGUH SAHABAT, AKU SAYANG AKAN DIRIMU

Tiada hadiah dapat kukira… Cuma, lagu sebuah pertemuan tanda ingatan. Setiap kali dengar lagu ini, pasti air mata jatuh berderai. Ssemalam, waktu hri lahir aisyah, sy dengar lagu ni sewaktu menjaga gerai sempena ‘Raudhah Festival’ (RAFEST), air mata jatuh sbb terasa sgt nk online, kongsi cerita dgn aisyah, smpaikan kawan2 ramai tny, aik knp tetibe menangis. Sy hanya menjawab smbil tersenyum, tangisan rindu gila (O_o)

ketika diri mencari sinar,

secebis cahaya menerangi laluan

ada kalanya langkahku tersasar

...........

tersungkur di lembah kegelapan

bagaikan terdengar bisikan rindu

mengalun kalimah menyapa keinsafan

kehadiranmu menyentuh kalbu

................

menyalakan obor pengharapan

tika ku kealpaan

kau bisikkan bicara keinsafan

kau beri kekuatan

tika aku diuji dgn dugaan

saatku kehilangan keyakinan

kau nyalakan harapan

saat ku meragukan keampunan TUHAN

kau katakan rahmatNYA mengatasi segala

.........

terima kasih sahabat..aku memohon agar engkau dahulu yang masuk ke syurga sebelum aku.. Semoga kita dikurniakan syurga jannah..kerana Allah paling kasih kepada 2 orang yang bersahabat kerana Allah, bukan kerana harta, paras rupa ataupun hal duniawi yang lain..

dan kepada pembaca rasmi @ sembunyi2 blog saya..terima kasih jadi sahabat saya..tampunglah kelemahan yang ada pada diriku..uhibbukum fillah..

wallahua'lam.


Friday, November 12, 2010

terima kasih yang mengingatiku::

Alhamdulillah..hari ni..macam2 perkara saya belajar dalam bidang O&G..belajar hukum2 dan masalah2 yang keseluruhannya meliputi bidang dunia wanita..
satu perkara yang saya dapat..adalah menjadi fardhu ain untuk seseorang doktor perempuan muslim menceburi bidang O&G..kerana kalau bukan golongan ini yang membela maruah dan rahsia pesakit puan ni..siapa lagi?? doktor lelaki?? non-muslim?? hish..mana boleh..

jadi..saya menimbangbalik specialist apa yang nak diceburi nanti..hajat2nya nak amik specialist ENT..(atas dorongan keluarga)..tapi, biarlah masa menentukan..insyaAllah...semoga Allah memberi yang terbaik buat hambaNya ini,

makin bertambah usia seseorang..maka makin dekatlah dia dengan kematian..itulah sesuatu yang patut dibimbangkan oleh saya sekarang ni..muhasabah2 balik diri ini..andai kata, jasad ini terpisah dari roh..adakah saya mampu untuk membela diriku daripada panas api neraka?? jikalau amalan solatku pun tidak sempurna..maka amalan apakah lagi yang patut aku sembahkan pada Allah?? dengan hafalan2 kalamullah yang begitu lemah dek kerana jiwa yang terlalu sibuk dengan hal duniawi..

saya nak menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada kawan2 yang mengingati tarikh keramat kelahiran seorang perempuan yang banyak menyusahkan orang lain..

buat ainaa..
awak selalu ingat besday saya..walaupun awak ego untuk menyatakan rasa sayang awak kat saya..tiap2 tahun mesti awak x lupa wish saya..dari jauh awak hantar mesej..fuh!! JORDAN..lupa plak..sempadan aje kita nih..hehe..

buat abang pulak..
esyah wi hint..pandai pulak wat2 x paham..sdeh2..ingatkan x ingat dah..sebab lama gak esyah menanti abang balas YM esyah..rupa2nya..dalam kelamaan itu, abang sedang mendownload lagu birthday versi upin ipin dan buat post istimewa untuk adiknya ini..sungguh..ayat..BAKAL DOKTOR tu.menyedarkan esyah bahawa esyah sedang menuju ke arah matlamat itu..dan esyah sedar untuk belajar bersungguh-sungguh..walaupun simple tapi penuh bermotivasi ayat abang tu..terima kasih..abang so sweet..bila jauh baru sayang..kalau dekat..asyik nak gaduh aje..

buat kawan2 yang wish melalui YM offline atau online..terima kasih saya ucapkan meskipun saya x pasti anda akan membaca atau x blog saya nih..
farah adiba..nasuha..insyirah..kak kinah..kak nafisah..nabilah yunus..wan husna..mahira shahida..kak dila..n kwn2 lain(short memory..kalau lupa..maaf ek)

x terhingga jugak melalui lisan..
kak yani la orang pertama..haha..orang hebat tu..dang lagi sibuk2 ingat besday saya..kak saadah dan x lupa roommet saya..kak nawwar yang telah menghadiahkan hadiah yang bermakna.. :)

kepada kak amirah...kak lin dan ahli beyt erna, sal, iejah, azrin, sehah dan auni...terima kasih saya ucapkan..atas kad ucapan yang unik tu..

kepada fatin atiqah zafrullah dan jugak nur sakinah binti yusof yang sudi buat surprise tengah2 malam beli kek..dan datang asrama..sayang korang semua..walaupun saya terpisah benua dari kawasan korang..tetap datang mengharungi angin malam tanpa musyrip..hehe (lapor jaksi)..
terima kasih banyak2..

last sekali..saya nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada..
kak syamila, insyirah, syira, bel, kak silah, nasya..atas kiriman sms tu..mungkin kalau no mesia boleh guna..dah banyak wish yang datang..(perasan)

TERIMA KASIH BUAT UMMI ABAH KERANA MENGHANTAR SMS ITU..SUNGGUH..HANYA ITU YANG ANAKANDA NANTIKAN..

salam..selamat sambut ulangtahun ke..... jadilah insan yang lebih matang dari usia. moga cemerlang di dunia dan akhirat. sayang dari keluarga dicn..
p/s : anak abah ummi ni baru besday ke19 la..masih muda..jgn la tinggal kosong camtu je ulangtahun ke berapa. terasa macam dah tua sangat..

itu aje la post sempena besday..semoga..segala doa2ku dimakbulkan Allah..doanya kena la rahsia :) insyaAllah termakbul biiznillah..ameen~~


Wednesday, November 10, 2010

cerita ceria (^_^)

telefon berbunyi menandakan peti mesej baru masuk.. mata yang terasa berat terus digosok-gosok sebab teruja nak tau apa kandungan mesej di pagi2 buta ni..

mesej..nnt sblm pergi kelas..tekan loceng rumah walid..terima kasih..

saya dan kak nawwar(roommet) dah berfikir macam2..kenapa ye agak2nya..walid suruh kita cari rumah baru ke?? teka saya..

disebabkan kelas saya jam 11 pagi manakala kak nawwar jam 9 pagi so, kak nawwar la yang pergi dulu rumah walid..dan setelah itu, akak tu kol..

"aisyah. cuba teka kenapa? "
nada macam gembira je akak ni..hehe

ni haa...ummi kasi bekal suruh bawak kat universiti..

ye ker?? Alhamdulillah..

saya cerita ni bukan nak cakap kami istimewa, tapi almaklumlah kami x boleh masak..mestilah banyak benda terbantut..asyik2 makan makanan KSP..

tindakan ummi itu terus mengingatkan saya ummi dan abah di malaysia..saya rasa seperti ada keluarga..cukup lengkap dengan adik2 yang sangat ramai..(sbb duduk asrama).plus sangat baik.. untungnya mereka..

terus saya kol malaysia.. kring3!!!!

hello..assalamualaikum ummi... ummi... rindu sangat rasa..nak balik..
ummi hanya terdiam mendengar suara anaknya meluahkan perasaan..lebih banyak diam dari berkata2 sebab lagi banyak T_T....(hujan2)

giliran ummi pulak memujuk..x lame sangat dah kita jumpa insyaAllah..cerah gelap cerah gelap dah nak balik malaysia..

jadi..saya mula terdetik untuk mengisi rasa rinduku pada keluarga..dengan memilih untuk melepaskan rindu pada Allah..ummi sempat berpesan untuk belajar rajin2..insyaAllah ummi.. abah dah pergi KL atas urusan kerja..x sempat nak borak2..

hari ni, kepala agak pening mungkin kesan daripada hujan tadi..membuatkan fokusku terhadap pembelajaran makin kurang.. plus kelas habis pukul 6 petang(dh malam).. sampai asrama tu, makan dulu sebelum masuk meeting..habis2 je..terus blogging..

sebenarnya saya nak kongsi satu perbualan dengan kawan saya..dia bercerita..

mak dia selalu pesan supaya bersangka baik pada orang..tapi ada batasan jugak la..kalau dah terang-terangan melakukan maksiat..nak bersangka baik macam mana lagi??

saya pun terdiam..sebab kadang2 saya pun selalu berburuk sangka dengan orang... dan kata2 tu telah menyedarkan hati saya yang kotor ini untuk digilap kembali dengan sinar hidayah Allah.

dan satu sahaja pesanan saya..buat kawan2 yang sudi baca blog@bolog saya(bak kata pok wan)

" BERBAIK SANGKALAH DENGAN ALLAH" KERANA TIDAK SAJA2 ALLAH MENRUNKAN UJIAN PADAMU TANPA SEBAB...

i love you Allah..

p/s : rajin2 la melawat rumah walid..nnt boleh la nak merasa mskn seorang ibu.. :)





Thursday, November 4, 2010

BELAJAR DARI PENGALAMAN

salam w.b.t.

alhamdulillah..baru sekarang,, saya diberi kesempatan oleh Allah S.W.T. untuk mengisi ruangan blog saya dengan hak cipta tersendiri..no copy paste..hehe..

Alhamdulillah saya panjatkan pada Allah kerana dengan pertolonganNya jua, saya dan beberapa sahabat2 lain dapat menjalankan tugas sebaik mungkin..walaupun mungkin wujud insan2 yang tidak suka untuk saya memimpin tetapi saya tetap tegar dengan prinsip yang saya clon dari salah seorang SR senior.. amat kagum dengan prinsipnya..meskipun banyak cabaran yang dia terima. .
"BIARLAH ORANG X SUKA AKU..ASALKAN AKU BUAT KERJA AKU DAN JALANKAN AMANAH YANG KORANG BAGI KAT AKU..KAU KATALAH APA KAU NAK KATA".. (SR lelaki)
betul jugak katanya, detik hatiku. tapi sebagat pemimpin dan saya sendiri pun sedang belajar untuk memimpin..perlu jugak ambil kira pandangan anak buah..kalau arahan atas kepala kita seorang sahaja..tapi tiada kerjasama dari orang lain, tetap x jalan..

seperti biasa, seminggu sekali, saya akan kol rumah kat malaysia.. bercakap dengan ummi..kalau dengan abah, jarang sangat..hehe.. masa kol, tiba2 loceng rumah kawan berbunyi..ada kawan datang..
"ummi, sekejap ye..kak nak buka pintu. Ada kawan datang".. "Urm"..balas ummiku yang masih serak kerana Qailullah @ tidur sekejap untuk mengumpul tenaga.

tengah2 bersembang, bertanya khabar..tiba2 ummiku bertanya.." dah tadi cakap kawan datang, xde orang layan ke?
" urm..dah balik ummi.." dia datang jenguk kawan sekejap sebab nak pergi study group sama2"

saya berfikir dan bermonolog dalam hati..ya Allah..meskipun ummi sedang berborak dengan anaknya yang jarang sekali menelefon+anak dara tunggalnya dari jauh tetap memikirkan pasal tetamu sedangkan ummi langsung xtahu siapakah tetamu itu.. begitulah sedikit demi sedikit saya belajar dari ummi.. Adab2 dalam Islam pun salah satunya adalah memuliakan tetamu. terima kasih ummi!!

ummi pun berkongsi salah satu rancangan TV yang ditonton..berkenaan adab memasuki rumah..kita kalau nak masuk rumah orang..baca Bismillah..dan masuk dengan langkah kanan supaya syaitan x ikut sekali masuk rumah itu dengan kita..kalau x, itu la kadang2 kita rasa nak gaduh aje dengan orang..sebab syaitan sentiasa memandu kita ke arah kebatilan..

Wallahua'lam...setakat ni je la dulu..ambe pun mintak diri..kalau ada salah silap dalam berbicara..tlg betulkan..CNS PHARMA menantiiii!!!!!!!!!


Wednesday, November 3, 2010

jatuh cinta kerana syaitan..

Alkisah. Seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang paling 'hot' di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan, cantik, menawan dan yang paling orang suka dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bkn muslim.

Saya malas mau tulis panjang lebar. So, dialog ringkas sajalah(tak juga ringkas nie). Tapi sebelum tu, biar saya bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato' entahlah Dato' apa. Saya pun tak berapa tau. Yang penting mamat ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi kampus pon pakai kereta mewah, dah tu ada drebar pulak. Fuih, sape tengok, melopong je lah.

Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice:(memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice: Tapi..
Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

Seminggu kemudian. Perempuan 'hot' nie di datangi seorang lelaki lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan dia agak islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok pulak tu. Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice: Ha, ada apa erk?
Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice:(agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B: Saya...saya...
Alice: Kenapa? cakaplah..
Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..
Alice: sebab?
Lelaki B: Perlukah bersebab?
Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.
Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari sang gadis itu.

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.

Lelaki C: Assalamu'alaikum.
Alice: Wa'alaikumsalam. Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice: Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.
Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C: (hanya mampu tunduk)
Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice: (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu'alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian.

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu'alaikum.
Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa: Hum.. akhirnya...
Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa: Ya.
Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif: Alice...(terharu..)
Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif: Sebab?
Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...

Akif hanya tersenyum.. :)

just copy paste..mmg x sempat nk blogging..sama2 amik pengajaran cerita di atas
 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com