Allahu Akbar3x...
Alhamdulillah..Syukur pada Allah setingi-tingginya kerana roh masih lagi dikembalikan kepada jasad saya yang penuh bergelumang dengan dosa.. Syawal ini sepatutnya saya sudah bersih daripada dosa sseperti bayi yang baru lahir tapi diri ini tidak begitu pasti dengan amalan di Bulan Ramadhan.. kadang-kadang saya terfikir..tulisan tangan seseorang itu mampu mentarbiyah si penulis itu sendiri..namun Al-Quran, tiada tolok bandingnya memberi panduan dalam hidup mukmin. tapi berapa kerat dari kita semua yang membaca semua tafsir dalam Al-Quran yang hanya 604 muka surat.. padahal novel2 yang beratus-ratus muka surat ditambah pula ada 2 jilid..mampu kita habiskan paling cepat satu hari je..Astaghfirullahalazim...
Sama2 kita beristighfar..
alhamdulillah..hari ni berjaya kembali ke iskandariah setelah lama beraya di kaherah.. seronok3x..kawan2 boleh la plak cuba tahun depan..
malam raya, ada mama arab yang baik hati bagi duit raya kat hayyu asyir..sepuluh genih sorang..rezeki3x..alhamdulillah..
BARANGSIAPA BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN LALU DIIRINGINYA DENGAN PUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL, BERERTI IA TELAH BERPUASA PENUH SETAHUN. (H.R. muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa'i dan Ibnu Najah)
kita janganlah bersemangat seperti kereta api..di permulaan slow..dan di pertengahan perjalanan laju kemudian di stesen terakhir slow kembali.. Malah kita perlulah sentiasa pada rate yang sama seperti bulan puasa..tak kiralah bersedekah ke, solat sunat, ataupun mengaji Al-Quran..
Semoga kita berjumpa lagi dengan ramadhan tahun depan..Ameen~~
SALAM EID MUBARAK 1431 HIJRAH..mAAF ZAHIR BATIN
p/s: siap sedia sambut adik2 baru dan kawan2 yang dah nk balik sini semula...dah bersedia belum? gunalah kesempatan yang ada bersama dengan keluarga..saya sukakan pertemuan tetapi takutkan perpisahan
Wallahua'lam
0 kata orang:
Post a Comment