Friday, September 17, 2010

bila bergelar senior~~

Bila bergelar senior..

Situasi pertama

“kak, nanti nak pergi university naik pe?”…

“biasanya naik taxi”, jawabku

“Alah..x biasalah naik taxi..takut!!”.. jawab mereka pula.

Situasi kedua

Saya: Adik, kenapa tu? Jom la makan…

Adik: Akak , boleh x kalau saya nak tukar bilik?

Saya :Nak tukar bilik?? Mm.. kenapa nak tukar??

Adik: Sebab bilik no 3 tu, macam ramai sangat la , kak..

Saya :Owh..bilik no 2 memang luas sket sebab senang sket kalau nak solat jemaah..meeting ke..

Adik :Owh..macam tu ker..xpe la..

Adik tu pun duduk makan sama dengan kami..(mmg macam tu pun setiap tahun, selalu komen pasal keluasan bilik no 3 dan 2.

Ada sorang adik ni, floor *.., semangat nak tukar bilik, sampai menangis jumpa walid. Pastu, walid suruh buat surat. Last2, adik tu dah boleh adapt duk bilik tu. Saya rasa la mungkin bilik tu, banyak lipas, almaklumlah..skrg summer season.

p/s : kalau ada student alex mara 09/10 yang baca post ni, saya frankly speaking la..asrama ditinggalkan dalam keadaan yang amat teruk sekali.. saya rasa amat terkilan..dalam petit u, macam2 barang basah ada..kek, air, ada floor * (rahsia).. siap ada lauk ayam masak kunyit yang entah berabad lamanya di situ..akhawat ke ikhwah??

Semalam, bawa adik2 pergi tukar duit kat hannoun exchange.. terjadilah satu peristiwa. Malas nak cerita, sebab mesti x faham kalau saya explain..tapi saya cubalah..macam mana ujian pertama untuk adik yang bernama upin dan ipin(bukan nama sebenar..

Upin : akak, saya rasa macam x cukup je duit tu..saya tukar 150 USD..tapi dapat 567 genih je..300 lagi lebih kurang la x dapat..

Saya : mmm..(sambil mengira)..betul la..memang x cukup. Sya pun ke kaunter..ya rais. Musy masbut di fulus..( x cukup duit ni). Pakcik tu pun x percaya..marah2 kami..cakap kami tipu..pakcik tu dah beruban pun..dia keluar dari kaunter dan bilang duit adik2 ni semua sekali lagi. Kebetulan si ipin ni, memang ayah dia dah bagi 300 genih dari Malaysia.. anda dapat teka x apa yang terjadi selepas tu?

Pakcik ni, ambil 300 ipin tu, dan bagitau kami, “kamu semua ni, ni ada 300 lebih..penipu! si ipin tu dah menangis dah..ye la ..mana x sedih..pakcik tu buat macam tu..senang2 je amik duit yang ayah kita kasi..

Marah la kak ros(bukan nama sbnr..senior la) kat pakcik arab tu. Cakap2 sambil ketuk cermin kaunter tu..pakcik tu berkeras cakap kami tipu.. aircond dalam kedai tu dah menyerah nak sejukkan kepanasan kami pada pacik tu..huhu..

Last ending kisah ni..Alhamdulillah..dapat balik semua sekali..tu pun setelah sejam pakcik tu kira akaun kewangan dolar dan L.E untuk hari tu..kami pun makan aiskrim dan ke pantai.

Bersiap untuk meeting fasilitator.

p/s: tahun depan, yang dah balik,JANGAN BALIK!! Jadi ajk PSMB utk tahun depan la..huhu..best!! T_T

1 kata orang:

Anonymous said...

kdg2 mmg susah nk ikhlas...
mmg ssh nk memberi tanpa mengharapkan balasan...
kdg2 ssh nk memberi khidmat kerana kita mahu,
bukan kerana kita terpaksa kan?

Muhasabah diri adik.
Erti hidup pada memberi.
Allah nak bagi pahala lebih.
Depa yg balek msia tu ada pancaroba lain pula, kita je yg tak tahu.

lagipon, arab mesir mmg camtu.
Mmg kena byk sabar, tu je modal kte.

-Akak senior Alex :)-

Post a Comment

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com