Wednesday, September 29, 2010

ayuh kembali ke sekolah

alhamdulillah..syawal pun makin menutup tirainya..namun puasa enam masih lagi x habis.. kesibukan mengajarku untuk lebih menghargai masa di kala ini...
ditambah pula, sem 3, tahun 2 perubatan iskandariah..saya belajar modul 7 mengenai parasit dan microb.

hari pertama pergi kuliah..dah masuk kelas praktikal..teropong2 parasit guna mikroskop..
gembira dapat melepaskan rindu pada kawan2 yang dah selesai melepaskan perasaan rindu pada mak ayah..beruntungnya mereka dapat berbakti pada kedua2 orang tua.. insyaAllah..tahun depan..saya akan terbang ke Asia secara tepatnya, malaysia..rasa dah x sabar nak jumpa..

terima kasih tak terhingga buat kawan2 yang sudi datang beraya ke rumah saya membawa beraneka juadah kuih raya dari malaysia..seronok!! beruntung dapat kawan2 sebaik mereka.. dan khusus kepada azyyanti omar kerana sudi membawa barang2 kiriman keluarga tercintaku dari malaysia..berupa baju raya, kasut raya dan kad raya..semua raya la..huhu..

perhatianku pada subjek dalam lecture tidak lagi dapat kufokus..terus membuka sampul surat untuk membaca isi kandungan surat itu.(at least dapat mengubat rasa mengantuk)..senyuman terukir di kala selesai membaca surat tercinta dari ummi..insyaAllah..akak akan fikirkan dahulu..tahun ni, mungkin diri belum bersedia..dalam diri yang penuh dosa.

maaf..hanya sekadar sempoi2 sahaja..cuma pesanku buat kawan2..mari sama2 berpuasa 6 hari di bulan syawal..kerana nabi S.A.W. bersabda "sesiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan diiringi 6 hari di bulan syawal, seolah-olah dia berpuasa setahun"..

wallahua'lam.

Friday, September 17, 2010

bila bergelar senior~~

Bila bergelar senior..

Situasi pertama

“kak, nanti nak pergi university naik pe?”…

“biasanya naik taxi”, jawabku

“Alah..x biasalah naik taxi..takut!!”.. jawab mereka pula.

Situasi kedua

Saya: Adik, kenapa tu? Jom la makan…

Adik: Akak , boleh x kalau saya nak tukar bilik?

Saya :Nak tukar bilik?? Mm.. kenapa nak tukar??

Adik: Sebab bilik no 3 tu, macam ramai sangat la , kak..

Saya :Owh..bilik no 2 memang luas sket sebab senang sket kalau nak solat jemaah..meeting ke..

Adik :Owh..macam tu ker..xpe la..

Adik tu pun duduk makan sama dengan kami..(mmg macam tu pun setiap tahun, selalu komen pasal keluasan bilik no 3 dan 2.

Ada sorang adik ni, floor *.., semangat nak tukar bilik, sampai menangis jumpa walid. Pastu, walid suruh buat surat. Last2, adik tu dah boleh adapt duk bilik tu. Saya rasa la mungkin bilik tu, banyak lipas, almaklumlah..skrg summer season.

p/s : kalau ada student alex mara 09/10 yang baca post ni, saya frankly speaking la..asrama ditinggalkan dalam keadaan yang amat teruk sekali.. saya rasa amat terkilan..dalam petit u, macam2 barang basah ada..kek, air, ada floor * (rahsia).. siap ada lauk ayam masak kunyit yang entah berabad lamanya di situ..akhawat ke ikhwah??

Semalam, bawa adik2 pergi tukar duit kat hannoun exchange.. terjadilah satu peristiwa. Malas nak cerita, sebab mesti x faham kalau saya explain..tapi saya cubalah..macam mana ujian pertama untuk adik yang bernama upin dan ipin(bukan nama sebenar..

Upin : akak, saya rasa macam x cukup je duit tu..saya tukar 150 USD..tapi dapat 567 genih je..300 lagi lebih kurang la x dapat..

Saya : mmm..(sambil mengira)..betul la..memang x cukup. Sya pun ke kaunter..ya rais. Musy masbut di fulus..( x cukup duit ni). Pakcik tu pun x percaya..marah2 kami..cakap kami tipu..pakcik tu dah beruban pun..dia keluar dari kaunter dan bilang duit adik2 ni semua sekali lagi. Kebetulan si ipin ni, memang ayah dia dah bagi 300 genih dari Malaysia.. anda dapat teka x apa yang terjadi selepas tu?

Pakcik ni, ambil 300 ipin tu, dan bagitau kami, “kamu semua ni, ni ada 300 lebih..penipu! si ipin tu dah menangis dah..ye la ..mana x sedih..pakcik tu buat macam tu..senang2 je amik duit yang ayah kita kasi..

Marah la kak ros(bukan nama sbnr..senior la) kat pakcik arab tu. Cakap2 sambil ketuk cermin kaunter tu..pakcik tu berkeras cakap kami tipu.. aircond dalam kedai tu dah menyerah nak sejukkan kepanasan kami pada pacik tu..huhu..

Last ending kisah ni..Alhamdulillah..dapat balik semua sekali..tu pun setelah sejam pakcik tu kira akaun kewangan dolar dan L.E untuk hari tu..kami pun makan aiskrim dan ke pantai.

Bersiap untuk meeting fasilitator.

p/s: tahun depan, yang dah balik,JANGAN BALIK!! Jadi ajk PSMB utk tahun depan la..huhu..best!! T_T

Monday, September 13, 2010

RABBANI bukan RAMADHANI


Allahu Akbar3x...
Alhamdulillah..Syukur pada Allah setingi-tingginya kerana roh masih lagi dikembalikan kepada jasad saya yang penuh bergelumang dengan dosa.. Syawal ini sepatutnya saya sudah bersih daripada dosa sseperti bayi yang baru lahir tapi diri ini tidak begitu pasti dengan amalan di Bulan Ramadhan.. kadang-kadang saya terfikir..tulisan tangan seseorang itu mampu mentarbiyah si penulis itu sendiri..namun Al-Quran, tiada tolok bandingnya memberi panduan dalam hidup mukmin. tapi berapa kerat dari kita semua yang membaca semua tafsir dalam Al-Quran yang hanya 604 muka surat.. padahal novel2 yang beratus-ratus muka surat ditambah pula ada 2 jilid..mampu kita habiskan paling cepat satu hari je..Astaghfirullahalazim...
Sama2 kita beristighfar..

alhamdulillah..hari ni berjaya kembali ke iskandariah setelah lama beraya di kaherah.. seronok3x..kawan2 boleh la plak cuba tahun depan..

malam raya, ada mama arab yang baik hati bagi duit raya kat hayyu asyir..sepuluh genih sorang..rezeki3x..alhamdulillah..

BARANGSIAPA BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN LALU DIIRINGINYA DENGAN PUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL, BERERTI IA TELAH BERPUASA PENUH SETAHUN. (H.R. muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa'i dan Ibnu Najah)

kita janganlah bersemangat seperti kereta api..di permulaan slow..dan di pertengahan perjalanan laju kemudian di stesen terakhir slow kembali.. Malah kita perlulah sentiasa pada rate yang sama seperti bulan puasa..tak kiralah bersedekah ke, solat sunat, ataupun mengaji Al-Quran..

Semoga kita berjumpa lagi dengan ramadhan tahun depan..Ameen~~

SALAM EID MUBARAK 1431 HIJRAH..mAAF ZAHIR BATIN

p/s: siap sedia sambut adik2 baru dan kawan2 yang dah nk balik sini semula...dah bersedia belum? gunalah kesempatan yang ada bersama dengan keluarga..saya sukakan pertemuan tetapi takutkan perpisahan

Wallahua'lam

Thursday, September 9, 2010

post raya


berlalulah sudah ramadhan
sebulan berpuasa
tiba syawal kita rayakan
dengan rasa gembira
anak muda di rantauan
semuanya pulang ke desa
ibu dan ayah keriangan
bersyukur x terkira
kuih dan muih beraneka macam~~~

sila sambung lagu diatas..hehe


kalau anak di perantauan x pulang..mak ayah x gumbira ke?? :(
kena tukar lagu nih







alhamdulillah..raya menjelma lagi..tanda kemenangan semua umat islam..
perasaan ini bercampur baur..ade belaka..sedih+gembira+sayu+syukur+beruntung
awal2 saya nk cakap..post kali ni mungkin xde pape sbb saje conteng2 (mira-samaa jgn marah amik title hang sat) sempena raya..maaf saya pohon.awal2 lagi nih

time nak tiba raya ni..ni la yang berlaku
pertama sekali...happy sebab dapat webcam ngan family setelah 9 bulan x tgk muka..kata abg..tarik intenet kut hutan belakang rumah..bab mengarut no 1...ummi tunjuk baju raya..tapi tengok dari alam maya~~x boleh pakai pun..
sape sudi nk tolong bawakkan baju raya saya ?? :)

kedua..semalam adalah kelas terakhir ngan sheikh..sayu menghantar sheikh yang akan pulang ke indon..terima kasih buat sheikh kerana membantu saya mengisi bulan ramdhan dengan bacaan kitab dari sheikh..
ramadhan kat sini best..tapi raya kat mesia adalah terbaik!!
sbb x dpt duit raya.. :)

ketiga..kami buat kuih raya sama2..resipi baru...penat cari resipi kuih yang x pakai oven..sbb oven kat rumah rosak..
waa..sedapnye~~
ni gambar dlm tenet.. kuih kami ada dlm tupperware..
dan di salotape dgn kemas supaya dang sampai hari raya
elakkan org curik2 makan~~

kuih dan muih beraneka macam
makanlah jangan hanya dipandang
ketupat rendang sila nikmati kawan

sila sambung sendiri..cek lupa daa








disini, saya nak amik kesempatan ni untuk meminta maaf kepada kedua orang tua, ummi abah..
adik beradik, guru2..dan juga sahabat2 yang skolah rendah ke..sekolah menengah dan juga yang 1 univ kat mesir ni..
kalau ada terkasar bhs..terguris hati dgn insan lemah ini..maaf2kan je la..
"sesungguhnya memberi maaf itu susah tapi beruntunglah sesiapa yang mudah melakukannya"

wallahua'lam...

SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR BATIN

lupa plak..kepada sesiapa yang ada ciri2 seperti dibawah..sila bgtau saya..nk kasi hadiah sket
1. tak tinggal terawih setiap malam
2. khatam satu Al-Quran walaupun sekali
3. bersedekah lebih dari bulan islam lain
4. rajin bangun malam di sepertiga malam terakhir
5.berzikir sokmo
6. solat jemaah subuh, maghrib dan isyak setiap hari
7. banyak bantu mak ayah di bulan puasa
8. meninggalkan tengok movie di bulam puasa
9. cuba mendidik nafsu menjauhi maksiat
10.yg ada hajat bawakkan kuih raya untuk saya (ni tambahan je)

sesiapa yg ada kriteria at least 3 dari yang disebutkan kat atas..sila respon~~ syukran

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com