Tuesday, April 26, 2011

L.O.V.E. for Allah

Bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Pertama sekali, saya mewakili puterinil memohon maaf kepada para pembaca, tidak kira pembaca tetap mahupun pembaca yang hanya tumpang berteduh dan singgah sekejap. Kerana, puterinil hanyalah seorang penulis yang menulis tentang pengalamannya. Untuk menulis tentang ilmu, sangatlah cetek. Tidak layak pun sebenarnya blog ini diwujudkan tetapi atas dasar menulis untuk memuhasabah diri sendiri, puterinil tetap berada di lapangan penulisan untuk terus menulis dan kalau ada faedah yang boleh dikutip, ambillah. apa yang buruk, tinggallah jauh2.

lihat sendiri sekarang ini, jari jemari diam menari di atas papan kekunci kerana otak kehabisan idea untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat dengan para pembaca.

Haa..rasanya Allah dah bagi ilham saya nak cakap pasal apa sekarang ni. Mesti kawan2 nak tau kan? Dengar tajuk aje, mesti mata yang mengantuk terus segar. Pasal C.I.N.T.A. dan bahagia.

Ujian cinta ni sangat besar apatah lagi pada zaman usia seperti puterinil, zaman remaja. Orang kata, zaman remaja la banyak ujian, dimana menang atau kalahnya remaja pada ujian akan membentuk dirinya pada hari tua nanti. Kita ambil kisah sirah dahulu, Sultan Muhammad Al-Fateh; berjaya menawan kota constantinople pada usia 19 tahun dan ada yang mengatakan ada usia 23 tahun. Wallahua'lam. Nak katanya kat sini, pembentukan remaja yang soleh dan solehah amat penting dalam membentuk negara Islam yang benar, bukan Islam pada nama semara-mata tetapi syumul dari semua aspek.

Dalam puisi Husna (watak dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih) ada menyebut pasal cinta...

CINTA ADALAH KEKUATAN YANG MAMPU

MENGUBAH DURI JADI MAWAR

MENGUBAH CUKA JADI ANGGUR

MENGUBAH SEDIH JADI RIANG

MENGUBAH AMARAH JADI RAMAH

MENGUBAH MUSIBAH MENJADI MUHIBBAH

ITULAH CINTA...

SEKALIPUN CINTA TELAH KU URAIKAN

DAN KU JELASKAN PANJANG LEBAR

NAMUN BILA CINTA KU DATANGI

AKU JADI MALU PADA KETERANGANKU SENDIRI

MESKIPUN LIDAHKU TELAH MAMPU MENGURAIKAN

NAMUN, TANPA LIDAH CINTA TERNYATA LEBIH TERANG

SEMENTARA PENA BEGITU TERGESA-GESA MENULISNYA.

Betapa besarnya penangan cinta ni..Dahsyat kan. Cinta kalau kita bagi pada orang yang bukan selayaknya untuk menerima, buruk padahnya. Mungkin boleh menyesal seumur hidup. Tapi, Allah itu Maha Penyayang. Setiap kali hambaNya buat jahat, tinggalkan Dia, lupakan Dia, Allah tetap bagi rezeki untuk kita makan, tetap bagi nikmat mata untuk melihat, nikmat kaki untuk berjalan, nikmat telinga untuk mendengar, nikmat tangan untuk menulis , nikmat hidup untuk kita menolongNya dalam menegakkan agama Islam.

Namun pemikiran umat Islam zaman sekarang telah berjaya dimanipulasi dan dijajah oleh Yahudi dan orang Barat. Mereka membawa agenda cinta haram untuk merosakkan umat Nabi Muhammad S.A.W. Sedih melihat keadaan umat Islam kini yang makin parah dan tersimpang jauh dari landasan hidup yang hakiki. Yahudi membawa 5 agenda terbesar yang semua orang dah sedia maklum 5S.

Abah, akak tak tiru tema pejabat abah tu 5S; senyum, sapa, salam, (2 lagi akak lupa)

5S yahudi adalah sport, screen, sex,smoke dan ........(sila isi tempat kosong sebab puterinil dilupakan Allah apa satu lagi). Tambahan pula, mereka menyambut perayaan Valentine Day yang kononnya menyambut Hari Kekasih Sedunia. Dah jumpa jawapan? Satu lagi S=SONG.

Kalau kita cintakan bunga, bunga akan layu

kalau kita cintakan manusia, manusia akan mati

Kalau kita cintakan harta, harta itu nanti kita akan tinggalkan

Tetapi kalau kita cintakan Allah, cinta Allah itu akan terus mekar sebab Allah itu Maha Kekal.

Dimana lagi cinta kita pada bunga setelah bunga layu? Berertikah cinta kita pada manusia kerana orang yang kita cintai akan meninggalkan kita jua akhirnya. Ini pasti! Dan bermakna lagikah cinta kita pada harta kerana bila kita mati, harta tidak mengikut kita pun. Semua ini tidak kekal, yang Maha Kekal hanyalah Allah S.W.T. sahaja.

I'm searching for His love now. Dalam surah Al-Baqarah, tafsir ayat ada berbunyi:

Dan apabila hamba- hambaKu bertanya kepadamu ( wahai Muhammad) tentang Aku, sesunguhnya Aku dekat. Aku akan perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa padaKu, Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, semoga dia termasuk orang2 yang memperoleh kebenaran. (Al-Baqarah;186)

Hati dan cinta saling berkait rapat. Oleh itu, selalulah berdoa pada Allah untuk menetapkan hati yang sering berbolak-balik ni. Hati lagi mudah berubah berbanding air yang sedang menggelegak. Semoga kita semua mendapat cinta Allah dan mendapat cinta orang yang mencintai Allah. Mahligai itu kemudian akan diredhai Allah dan mendapat keredhaanNya.

p/s : puterinil kena kumpul duit dari sekarang dan belajar bersungguh-sungguh kerana Allah

Wallahua'lam.

0 kata orang:

Post a Comment

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com