Tuesday, April 5, 2011

HiduP ibArat RoDa..

Bismillahirrahmanirrahim...

Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: "Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka."

Sengaja ku ambil kitab Allah untuk mentadabbur satu ayat lalu ku membeleknya dan terjumpa sepotong ayat dari surah Az-Zumar ayat 8 yang bermaksud sepertimana firman Allah Taala di atas.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! Sesungguhnya segala pujian hanyalah milikMu ya Allah. Hamba ini terasa kerdil bila menghitung segala nikmat yang Engkau berikan.

Laju-laju ku taip patah perkataan yang ingin disampaikan supaya dapat menjimatkan masa meskipun ku tahu kelajuanku menaip tidak secepat jantung bekerja mengepam darah ke seluruh badan. Allahu Akbar!

Hari ini, hidupku suram. Tidak ceria dan secerah pawana. Asyik berfikir tentang kehidupan. Lama ku memerhatikan cursor menari2 di hadapan mataku menunggu perkataan yang akan keluar. Aku sendiri tidak tahu macam mana ingin menyusun ayat yang sesuai.

Hidup ibarat roda. Sekejap di atas sekejap di bawah. Everyone has up and down. Dan itulah yang sedang melandaku di kala ini.

"Abah, bunga mende hok dalam dunia ni kaler hitang?", tekaku pada abah dalam loghat pantai timurku. Abah tidak mampu menjawabnya.1-0. Menang.Jawapannya bunga tayar..

Tayar kereta selalu bergeser di atas jalan raya dan hanya berhenti berputar bila dah sampai ke destinasi. Tapi, kemudian pasti akan berpusing semula. Hidup manusia pun macam tu juga. Sering berputar dan berhenti seketika kerana kita singgah pada destinasi umur yang makin meningkat. Kemudian, hidup itu akan berakhir. Tidak siapa mampu menjamin bila kematiannya. BOleh jadi esok, lusa dsb. Memang Allah menjadikan kematian satu teka-teki supaya manusia sentiasa bersedia dengan amalan masing-masing.Macam tayar juga, meskipun baru tukar semalam, tiba2 meletup ketika otw ke pejabat kerana terpijak cangkerang kura-kura. Kita tidak boleh marahkan tayar tapi marahlah pada diri sendiri kerana mungkin ada kesilapan yang telah kita lakukan pada Allah sehingga Allah memberi pengajaran kepada kita. Sayangnya Allah pada kita.

Alhamdulillah, Allah memberi peringatan lagi kepada hambaNya yang hina ini. Malam ini, saya diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk turun berjemaah solat isyak. Kami terkejut kerana ramai pelajar dari agensi luar yang datang ke asrama malam ni. BIla diselidik(macam penyiasat pula), rupa-rupanya malam ni ada tahlil untuk arwah ibu adik tahun 1 mansurah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

Setiap kali saya berdiri untuk menunaikan solat, saya berazam ya Allah, kalau benar ini adalah solatku yang terakhir, hadirkanlah rasa khusyuk dalam hatiku ya Allah. Sudah lama benar aku tidak merasai kenikmatan beribadah yang khusyuk, solat yang dimana hanya mengingatkan Pencipta kita sahaja. Selalu sahaja saya mendengar kalau ingin solat dengan khusyuk..caranya adalah kita kena faham setiap maksud yang kita lafazkan dalam solat dan juga membayangkan yang solat kita itu adalah solat terakhir sebelum kita meninggalkan dunia yang menipu daya ini.

Bila mentadabbur ayat Al-Quran di atas, terasa sebijik di atas kepala seolah-olah Tuhan sedang berbicara denganku dan menegurku. Allah nak tegur kenapa manusia ini hanya teringatkan Dia sewaktu susah sahaja tapi bila Allah bantu untuk hilangkan kesusahan atau bencana itu, manusia seolah-olah tidak pernah berdoa pada Allah akan kesusahan itu sewaktu tika dahulu.Ya Rabbi, alangkah lekanya aku! Dan aku suka dalam keadaanku sekarang ni, kerana dengan nikmat kesedihan yang Allah berikan ini, aku dapat koreksi dan muhasabah diri atas segala yang telah ku lakukan. Mengadu pada alam maya tidak mendatangkan apa-apa. Manusia tidak mampu menolong kalau bukan kerana izin Allah jua. Jadi, bangunlah engkau wahai diri, bertemulah Allah Maha Pencipta yang rindu untuk mendengar segala luahan hati seorang hamba.

Andai ku tahu, kapan tiba ajalku...

Ku akan memohon, Tuhan panjangkanlah umurku..

YA Allah, berikanlah aku pengakhiran yang baik..hidup dalam mulia dan mati dalam syahid.

Wallahua'lam..jika berani menegur orang kena terbuka juga kalau ditegur. tegur la saya kalau saya ada buat silap..

p/s: puterinil berdebar menunggu keputusan yang akan diumumkan nanti.

Aisyah Fakriyah LAtif,

2nd year student of Alexandria University,

Egypt.

1 kata orang:

Unknown said...

cara khusyuk dlm solat:
1) hudhur al qolbu
2) tafahhum
3) ta'dzim (rasa keagungan Allah)
4) al haibah (gerun t'hdp keagungan Allah)
5) ar raja' (harapan pd Allah agar diterima 'amal kita)
6) al hayaa' (malu t'hdp Allah)

siiru 'ala barakatillah sahabatku..

Post a Comment

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com