Sunday, January 16, 2011

usah bersedih duhai hati T T

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, ana kembali mengisi ruangan new post dalam blog ana. Sesudah lama menyepi diri, tanpa khabar berita buat pembaca di Malaysia mahupun Mesir. Sekarang ni, fatrah imtihan ataupun musim peperiksaan bagi warga mahasiswa perubatan Alexandria. Final exam is just around the corner. Exam kali ni menyentuh berkenaan central nervous system (CNS) dan juga Infection n Immunity. Mencabar dari sudut ketelitian infonya. Sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara dijumpai dalam dalam badan kita. Begitu agungnya ciptaan Allah. Mengawal segalanya mengikut aturannya. dan hambaNya bukanlah ana seorang, bukannya anda seorang tetapi semua orang disekeliling kita berada di bawah aturannya. baik, dah habis pasal exam.

Itu baru exam dunia. Exam akhirat macam mana? kalau diperhatikan bukan semua orang bersungguh-sungguh untuk menyediakan bekalan akhirat untuk dipersembahkan pada Allah. kalau exam dunia, kita sudah tahu tarikh sebenarnya. So, we will prepare very well but, how about exam akhirat? Mungkin 2 saat selepas kita membaca blog ni. atau esok? atau lusa? we don't know. So, WE HAVE TO PREPARE ALWAYS!! Ana bermuhasabah diri ana sendiri. Dan sewaktu ana usai solat, ana terfikir. Ya Allah. Adakah Engkau akan menerima solatku ini. Terima lah ya Allah. BAgaimana kalau amalan solat kita dilemparkan kembali kepada muka kita. Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihisab adalah SOLAT. jika, solat kita sudah tidak sempurna bagaimana lagi amalan kebajikan kita yang lain. Sama-sama kita renung kembali.


winter break pun menanti jugak. Banyak perkara dirancang.
Pertama, nak naik sinai.
kedua, nak masuk kelas bahasa arab. yang ni dah lama plan tapi belum diizinkan Allah.
Ketiga, kalau dapat peluang nak pergi Seminar perubatan Islam( PWtC) di Kaherah.
Keempat, nak g maarad kutub.
opps, lupa plak perkara yang penting dan terpenting sekali antara segalanya plan yang ana atur. Join MTC Iskandariah. Dalam MTC ni macam2 perkara kita boleh tengok. bagaimana usul dibentangkan dan komen2 ahli-ahli PCI buat AJKT yang memimpin PCI. tahun lepas dah skip. sebab masa tu belum matang lagi. :)

ok la. setakat tu je plan winter break. tak bercadang untuk balik malaysia kerana tidak berbaloi kata abah. dan tak juga berniat untuk menjeleskan orang jodan. ana orang baik tau aina! :P
Duhai hati, usah bersedih! ramai parents kawan2 datang melawat anak masing-masing kat sini. xpe la mereka orang berada.. kita kan ada kawan2 dan juga Allah. Optimis terhadap peraturan Allah. Mungkin ana akan menjadi lebih independent.

doakan peperiksaan yang mendatang. Wallahua'lam. lama x kol ummi abah. smart voip x top4 lagi..ma3lish

3 kata orang:

bawahbumi said...

:) hee,tme kaseh ingatkan.besnye plan cuti...selamatlah yer

.:shap:. said...

cah,
jgn sedeyh2..
sy kn ad
ehe.

aisyah fakriyah said...

ainaa : termakan umpan jugak ya kamu ainaa..hehe. ingat kan dah x sudi singgah blog ni.. :)

hafsah : yup hafsah. tp awak g luar mesir.. :(( nnt kena beli cenderahati ye khas utk saya. hehe

Post a Comment

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com