Monday, October 4, 2010

AnuGeraH dari Allah..jom bina jati diri

salam w.b.t.

Alhamdulillah, sehingga kini Allah masih memberi kekuatan diri untuk terus menulis dan menggunakan nikmat yang Allah bagi dengan sebaiknya.. segala puji bagi Allah..sesungguhnya begitu berat hambaMu ini memikul amanah dariMu.. tiada guna untuk kita menafikan kelayakan kita untuk memikul tanggungjawab itu kerana Allah Maha Tahu apa yang sesuai dengan hambaNya.

Kesibukan kuliah yang sudah bermula 2 minggu yang lalu, membuatkanku lupa untuk mendail ke malaysia. hanya mesej yang ku kirim.. harap family memahamiku.

alhamdulillah, Allah masih memberi perlindungan untukku berteduh tahun ni. Saya dibenarkan untuk stay tinggal di asrama atas sebab2 tertentu..terima kasih ust ishak.. walaupun saya x akan berapa mahir dalam memasak tapi saya tahu ada beribu hikmah yang tersembunyi.

tahun ni, kebanyakan junior berasal dari sekolah yang beragama dan x kurang hebatnya dari sekolah tahfiz. saya diberi peluang untuk berada di kalangan mereka. saya cuba membantu SR tahun 1 semampu mungkin memandangkan diri ini sendiri masih merangkak mencari pengalaman dari orang yang berpengalaman. ketika saya menghadiri perjumpaan tahun 1 2010 seusai sahaja solat maghrib. SR tahun 1 berucap. Memberi penerangan serba- sedikit tentang jadual kuliah esok yang agak kelam-kabut. moga Allah memudahkan segala urusanku kerana "Allah akan memudahkan urusan orang yang memudahkan urusan orang lain." saya hanya duduk memerhati dari belakang. jemaah yang begitu ramai yang x pernah terpamer oleh batch saya sendiri. setelah sampai sesi soal-jawab...

seseorang bertanya: "pakaian ke kuliah macam mana?"
begitu SR itu menjawab membuatkanku kagum.. "pakaian tidak terikat dengan mana2 peraturan tetapi terikat dengan peraturan Allah S.W.T."

Subhanallah..jawapan yang ringkas dan mantap.
saya sedar satu perkara bahawa kita perlu belajar dari sesiapa pun tidak kira orang yang lebih tua ataupun yang lebih muda kerana ingin membina jati diri perlu memandang kepada orang yang lebih baik dari kita..

wallahua'lam..

0 kata orang:

Post a Comment

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com