Monday, October 25, 2010

segalanya dari Al-Khaliq

p/s :copy paste from IluvIslamDOTcom...

Di sebuah rumah di pinggir kota,

Jam 12.00 tengahari, tiga beranak sedang bersiap-siap untuk makan tengahari dan makanan telah tersedia sejak pagi, ibu dan ayahnya sama-sama memasak makanan.

Kali ini mereka cuba untuk menggunakan semuanya segar dari kebun yang ditanam di laman belakang dan tepi depan rumah mereka.

Ada tomato, ada cili, ada halia, ada kunyit, ada serai, ada daun salad dan sebagainya tapi rumah mereka tidaklah luas mana.

Ada seorang anak kecil, makan bersama ayah dan ibunya.
Sedang ia makan, dia bertanya kepada ibunya.

"Ibu, makanan hari ini sangat sedap, dari mana datangnya makanan ini dan rasa sedap ni ibu?"

Klik di sini untuk muat turun Design Testi 'Pilihan Warna Hidup Anda?'

Fikrah dengan ceria bertanya pada ibunya, rasa sedap pada lidahnya membuatkan pipi gebu Fikrah bertambah tembam.

Ibunya sambil rasa senang dan seronok kerana dipuji cuba mula bercerita.

"Oh, makanan ini kan ibu yang masak tadi, ibu campurkan dengan lada putih dan lada hitam dan beberapa biji hasbatul sauda', ibu juga tidak gunakan sos dan kicap untuk perasa. Kali ini ibu cuba gunakan buah tomato yang ibu tanam dibelakang rumah untuk rasa masam dan cili segar untuk rasa pedas, sedikit halia juga dari kebun kita di belakang rumah tu, mungkin kerana segar dari kebun, itu penyebab kesedapannya wahai anakku Fikrah."

Ayahnya menambah,

"Mungkin kerana Fikrah mula makan makanan itu dengan bismillah, itu yang sedap tu"

Ujar ayahnya sambil mengusap rambut yang terurai di dahi fikrah dengan penuh kasih sayang.

Ibu dan ayahnya tersenyum, anaknya masih tidak puas hati dengan jawapan ibu dan ayahnya, dibenak hatinya, ibu dan ayah tersenyum seperti mereka ada merahsiakan jawapan sebenar.

"Bagaimana dengan nasi ni ibu"? kita tak tanam padi kan?

Ibu dan ayahnya terkejut, kenapa hari ini fikrah betul-betul mahu tahu persoalan ini?

Ibunya menjawab,

"Ya, Fikrah, kita tidak menanam padi, padi ini datangnya dari sawah. Rumah kita tak muat untuk menanam padi. Jadi ada pesawah yang bekerja untuk menanam padi, pesawah itulah yang menuai padi dan pesawah itu akan menghantar padi yang dituai ke kilang untuk diproses menjadi beras"

Ayahnya menyampuk dengan nada berjenaka.

"Ya.. kilang beras, pilihan bernas, pilihan bijak" suami isteri itu tertawa kecil oleh lawak si suami.

Sedangkan Fikrah benar-benar rasa masih belum terjawab. Dia mengetip bibir seolah-olah geram.

Ayahnya terperasan keadaan itu lalu meneruskan cerita.

"Dari kilang, beras itu dibungkus dan dihantar ke kedai-kedai, dari kedailah kita membeli beras, dan kemudian beras itu ibu fikrah basuh, dan ibu fikrah memasaknya untuk kita sekeluarga dengan rice cooker yang ayah belikan tu"

Dengan lemah lembut ayah fikrah bercerita agar dapat mententeramkan fikrah.

Fikrah bertanya lagi. Kali ini bertubi-tubi seolah-olah tidak puas hati benar

"Dari mana datangnya padi?" dari benih padi jawab ibunya
"Dari mana datangnya benih padi?" dari penuaian benih padi di tanam di atas tanah jawab ayahnya.

"Dari mana datangnya tanah"?

Ayah dan ibu Fikrah terdiam dan terdetik di hati mereka. Terharu, sayu, pilu, keinsafan, dan bangga pada Fikrah, mungkin berkat namanya Fikrah, dia benar-benar ingin tahu erti "Fikrah"

"Fikrah tahu semua yang ibu dan ayah cakap sejak awal tadi adalah selok belok.
kenapa ibu dan ayah tidak menjawab dengan terus terang?"

Fikrah seolah-olah merajuk, tapi fikrah tertunduk takut-takut kalau sikapnya itu buat ibunya kecil hati. Fikrah tak mahu berdosa pada ibu.

Keadaan terdiam sebentar. Seolah-olah ada malaikat yang lalu datang membawa ilham kepada ibu dan ayah fikrah untuk menjawab persoalan anaknya yang bersifat Fikrah itu.

Ibu Fikrah berkata,

"Anakku, ibu minta maaf, ibu mengelirukan Fikrah, ketahuilah anakku, memang benar. Segalanya dari Allah S.W.T"

Makanan yang kita makan itu dari Allah S.W.T. Rasa sedap makanan itu juga dari Allah S.W.T. Tanaman yang ayah fikrah usahakan di kebun rumah kita juga tumbuh dengan izin Allah.s.w.t.

Ayah Fikrah menitiskan air mata menyambung kata-kata ibu fikrah.

"Benar Fikrah, segala-galanya dari Allah S.W.T. Dialah Al-Khaliq. Mari kita berdoa agar rezeki yang diberikan ini berkat, halal, dan semoga dengan rezeki yang baik darinya ini kita sekeluarga terhindar dari api neraka."

Mereka bertiga menadah tangan semula dan berdoa kepadaNya.

Tangisan keinsafan dan air mata yang keluar dari mata kami bertiga ini juga dariMu Ya Allah.

Segalanya dari Al-Khaliq.

Friday, October 22, 2010

amanah itu paling berat

bismillahirrahmanirrahim...
dengan lafaz mulia dan rasa rendah hati, saya menerima amanah itu. Amanah yang sehingga kini tiada lagi rekod kematian tetapi ke'tension'an yang tahap agak kritikal..saya hanya merujuk kepada pengalaman SR(student representative tahun lepas. Semoga Allah memudahkan segala urusan..tolong hambaMu ini ya Allah.

Imam Ghazali pernah bertanya kepada anak-anak muridnya..apakah perkara dalam dunia ini yang paling berat? jawapannya tentu sekali bukan gajah..mahupun bukit-bukau tetapi AMANAH itulah yang paling BERAT..kerana setiap pertanggungjawaban itu akan disoal oleh Allah.. bagaimanakah kiranya kalau saya dicampak ke dalam neraka kerana memandang enteng tentang masalah dalam batch saya? Masalah yang pada pandangan saya, semakin parah dan merebak serta menular dengan pantas seperti malignant cell yang sedang kian digalakkan pertumbuhannya..sensitiviti terhadap kemungkaran itu semakin tipis dan biah solehah itu kian menyusut dari hari ke hari. Nauzubillah.. justeru itu, saya optimis pada jawatan yang sudah diamanahkan kawan-kawan untuk membina kembali biah solehah itu..tidak saya salahkan kepada sesiapa malahan saya marah pada diri sendiri kerana takut untuk menegur dan tidak berani untuk menerima respon daripada sahabat-sahabat..sedangkan mereka dahagakan kasih sayang dan bimbingan dari sahabat untuk menyedarkan mereka...kebetulan saya teringat salah satu program PSMB baru-baru ini.
namanya Biar Betul-Betul. dimana peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan..
1)golongan kuat study. 2) golongan yang kuat berpersatuan
. 3) golongan yang kuat main games @gamers. 4) golongan yang kuat bertalaqqi ilmu agama.
salah satu hujah gamers untuk orang yang kuat bertalaqqi ini..mereka berkata lebih kurang begini bunyinya.. Orang yang kuat talaqqi ni bagus memang bagus tetapi, bila nak nasihat orang yang gamers yang lagho ni..jangan penting diri sendiri je.(.kami pun nak syurga jugak.).ayat belakang tu saya tambah~ haha..gelak saya mendengar ayat itu..tetapi jauh di sudut hati mengiyakan dan mengagumi gamers itu..yang kelakar..wakil gamers itu berkopiah.. =).. Alhamdulillah, adik-adik ini timbul kesedaran untuk tidak mementingkan diri sendiri dalam mendekatkan diri kepada Allah..sesungguhnya mereka juga sangat memerlukan golongan orang yang lebih faham agama untuk membimbing mereka..
dan sekarang ini, AMAR MAKRUF lagi senang dilakukan dan NAHI MUNGKAR sebenarnya lagi penting dan susah untuk dilaksanakan..insyaAllah, denagn menjadikan Nabi Muhammad sebagai idola, segala mehnah dan tribulasi dapat dihadapi dengan mudah..tidak berundur walau selangkah..takkan henti walau sejenak.

insyaAllah segala urusan itu akan dipermudahkan oleh Allah kerana Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar. Bukankah Allah telah berfirman dalam surah Al-Insyirah bahawa setiap kesusahan itu ada kemudahan..Malahan Allah telah menyebut ayat yang sama sebanyak 2 kali dalam surah yang sama..bermakna Allah benar2 ingin menyatakan perkara itu kepada kita.

dengan kuasa yang telah diamanahkan oleh kawan2 ini, insyaAllah saya akan gunakan sebaik-baiknya berlandaskan Al-Quran dan Sunnah..Ameen~~

semalam memberitahu ummi akan amanah ini. Ummi berpesan supaya seimbangkan kerja , ilmu perubatan dan ilmu agama.. insyaAllah dengan berkat doa ummi ayah jua..semoga anak ini berjaya. kami bercerita panjang, dan sempat juga saya menceritakan kepada ummi, kenapa lately susah sungguh nak bangun subuh..adakah kerana subuh sekarang ini terasa seperti awal, pukul 4.35 pagi? atau sebenarnya nafsu tidurku yang terlebih atau tidur lewat semalam gara-gara study yang terlalu kuat? kononnya.. (alasan) biarlah saya sendiri yang menilai diri sendiri dan bermuhasabah untuk membina sahsiah yang lebih baik.. Ummi terkejut bila mana saya berkata, sangat jarang bangun tahajjud.. Bulan ini hanya sekali saya pernah buat..Ummi pun memberi nasihat..ummi berkata..
syaitan dah ikat akak ni supaya malas bangun, sebelum tidur tu baca x ayat kursi? saya membalas: erk! kadang-kadang je ummi, kalau teringat surat yang ada pesanan ummi tu, akak baca la..tapi kalau letih sangat tu, letak kepala aje dah lentok tidur..
Astaghfirullah,ampuni dosa hambaMu ini ya Allah..
respon ummi : anakku...bacalah ayat kursi dan 3 Qul sebelum tidur dan hembus pada tangan dan sapu ke seluruh tubuh..Moga syaitan x dapat mengikat kita dengan talinya. Malahan Malaikat pula yang menjaga disamping kita dan mengejutkan kita untuk beribadah pada Allah..
Alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana terus membimbingku dan menjadikan ummi sebagai perantara untuk menasihatiku tatkala diri ini lalai dariMu..

Moga terus utuh dan thabat dalam medan dakwah..jangan rasa inferior untuk berhadapan dengan kawan-kawan yang semuanya adalah saudara kita.. Pohon kekuatan dari Allah dan sokongan dari kawan-kawan. Ameen~~

Wallahua'lam...esok, kuliah dah start kembali dengan modul baru..SEMANGAT BARU dengan penampilan yang baru..

tiada apa untuk dibanggakan dengan jawatan kalau itu menjadi tiket untuk ke neraka kerana lalai dengan amanah..Nauzubillah..

Wednesday, October 20, 2010

kembalikan kesucian hatimu(*-*)

BUZZ!!
langsung saya terus tersentak mendengar laptop di buzz..ohh..kawan lama..
nama beliau NAJAH SOLIHAH MOHD HAMDAN...hari ni, dia memberi sedikit pesanan..terima kasih kerana tidak lekang menasihati sahabat2 yang kadang2 kalah dalam berjuang melawan nafsu..beginilah serba sedikit coretan beliau..moga dapatmengambil inputnya..

Bismillahirrahmanirrahim...
Moga hari ini lebih baik dari hari- hari semalam. Hari ini terasa sungguh bahagia setelah
dapat berbual, biarpun sekadar chatting di alam maya dengan sahabat yang amat dirindui jauh di mesir sana, Aisyah Fakriyah. Teringat pula zaman sekolah. Tanpa sedar, masa berlalu dengan pantas sekali tanpa menunggu kita sedikitpun. Benarlah seperti syair ada mengatakan:

Sungguh, waktu itu terus berlalu, terlalu laju,
tanpa menanti kita sedetik pun,
namun, mengapa kita masih tega berdosa,
benar sekali seperti kata Imam Syafi'e:
"Perdaran masa adalah suatu yang aneh, tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya"

Balligh 'anni walau aayah. sekadar berkongsi ilmu sewaktu majlis talaqi kitab Bidayatul
Hidayah yang diadakan pada setiap minggu d uia tentang CARA UNTUK MENJAGA DIRI
DARI MAKSIAT. Semoga Allah sentiasa merahmati guru kami, Ustaz Muhadir bin Haji Joll yang telah banyak membimbing kami mencari jalan permulaan hidayah.

Menurut Imam Ghazali r.a: 3 perkara untuk menjaga diri dari maksiat iaitu
  1. mujahadatun nafs
  2. sadduz zaroi' (tutup pintu jalan kejahatan)
  3. zikrullah yang berterusan

MUJAHADAH NAFSU
Fitrah manusia itu sering melakukan kesilapan. Namun bagi yang beriman, mereka akan sentiasa mujahadah diri (bersungguh-sungguh) daripada terus melakukan kemungkaran padaNYA. Mereka akan segera kembali bertaubat dan menjadikan setiap detik dan setiap
turun naik nafasnya mempunyai nilai ibadah. Tapi, ini adalah sesuatu yang agak sukar
jika iman kita masih lemah dan ilmu pengetahuan kita masih sedikit, apatah lagi jika
perbuatan itu sudah terbiasa kita lakukan, sama ada ketika bersendirian mahupun di
tengah orang ramai. Jadi, Islam menganjurkan umatnya untuk menempuh
3 peringkat dalam usaha melawan nafsu ini.

1. Takhalli (Mengosongkan atau membuangkan)
2. Tahalli (Mengisi atau menghiasi)
3. Tajalli (Terasa kebesaran dan kehebatan Allah)
............................

  • TAKHALLI (mengosongkan atau membuang)
Di peringkat ini, kita mesti melawan dan membuang terus semua kehendak-
kehendak nafsu yang rendah dan dilarang Allah. Selagi kita tidak mahu membenci, memusuhi dan membuangnya jauh-jauh daripada diri kita, maka nafsu itu akan sentiasa menguasai diri kita. Apabila nafsu dibiarkan menguasai hati, iman tiada tempatnya, lantas manusia itu akan diperhambakan oleh nafsunya sendiri. Oleh itu usaha melawan hawa
nafsu janganlah dianggap ringan. Ia adalah satu jihad yang besar sebagaimana sabda Rasulullah SAW pada sahabat-sahabatnya ketika pulang dari satu medan peperangan:
Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih
besar. Sahabat bertanya: Peperangan apakah itu? Baginda berkata: "Peperangan
melawan hawa nafsu".(Riwayat Al Baihaqi). Kerana apa? Sesungguhnya, nafsu itu ada
di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita.
Sifat-sifat ini melekat pada hati sepertilah daki melekat di badan. Kalau kita malas
menggosok, maka akan bertambah menebal dan kuatlah ia bertapak dalam hati kita. Sebaliknya jika kita membersihkannya dengan ibadah yang istiqomah, didikan yang berterusan daripada guru yang mursyid, dankemahuan yang bersungguh-
sungguh untuk bertaubat, maka akan bersihlah hati dan sucilah jiwa dari kotoran mazmumah ini. Jadi, ayuh sama-sama kita praktikkan langkah pertama ini dahulu. Jika
kita suka menonton cerita atau filem yang melemahkan iman, buanglah tabiat buruk ini
dengan kesedaran bahawa melayani syahwat mata pada yang haram akan
menghancurkan kemanisan iman. Jika kita suka berdusta dalam berbicara, buanglah
sifat munafik ini kerana Allah telah berfirman dalam Al-'Imran ayat 61: "Serta kita
meminta supaya laknat ALLAH ditimpakan pada orang-orang yang berdusta". Dan jika
kita kita suka mengumpat, kikislah tabiat ini kerana ia seolah-olah memakan daging
saudara kita sendiri.. Dan lagi, jika kita suka berpakaian mendedahkan aurat
( pakaian nipis, ketat dan tidak menutup aurat), buanglah pakaian tersebut, dan
gantikanlah dengan pakaian yang lebih sopan dan memenuhi syari'at islam. Ingatlah
bahawa Rasulullah pernah bersabda: "golongan yang termasuk penghuni neraka
ialah kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang (iaitu pakaian nipis, ketat dan
tidak menutup aurat)."

  • TAHALLI (menghiasi dengan sifat mahmudah)
Sesudah kita mujahadah yakni mengosongkan hati daripada sifat terkeji atau mazmumah, segera pula kita menghiasi hati dengan sifat-sifat mahmudah. Di antara sifat-sifat mahmudah yang patut menghiasi hati kita ialah jujur, ikhlas, tawadhuk, amanah,taubat, bersangka baik, takutkan Allah, pemaaf,pemurah, syukur, zuhud, tolak ansur, redha, sabar,rajin, berani, lapang dada, lemah lembut, berkasih sayang sesama mukmin, selalu
ingat mati dan tawakal dalam apa jua tindakan kita. Untuk menghiasi hati dengan sifat mahmudah, kita perlu sekali mujahadah (yakni bersungguh-sungguh). Man jadda wajada.
Jika kita mahukan result yang cemerlang dalam exam, kita pasti berusaha sehabis daya
hingga sanggup tidur pukul 3 pagi semata-mata untuk study. Tapi bagaimana pula agaknya kesungguhan kita dalam bertaubat?? Memang tidak dapat dinafikan peringkat mujahadah
ini, kita masih terasa berat dan susah untuk istiqomah melakukannya. Tapi insya Allah,
jika kita bersungguh-sungguh dan ikhlas, lama kelamaan ia akan sebati dengan
hati, dan akan terasalah lazatnya ibadah itu. Contohnya, peringkat takhalli tadi, kita
telah berjaya mujahadah untuk membenci dan membuang tabiat buruk menonton cerita
yang melalaikan, jadi dalam peringkat ini, mungkin kita boleh mengisi masa kita dengan menonton cerita yang bermanfaat seperti imam muda, KCB special ramadhan, upin ipin,
dll yg tidak melaghokan (sekadar cadangan..=), ataupun kita boleh melayari blog ilmiah di internet dan juga kita boleh mengisi masa terluang dengan membaca buku/novel yang
ilmiah. Selain itu, contoh lainnya ialah jika kita mahu mengisi hati dengan sifat pemurah, maka kita mujahadah dengan mengeluarkan harta atau barang kita ,terutama barang
yang kita suka dan sayang untuk diberikan kepada orang lain atau sahabat sekeliling kita..Mulanya tentu terasa berat dan payah, tetapi janganlah menyerah. Kita lawan!!!
Ingatkan hati bagaimana orang-orang muqarrobin berebut-rebut untuk mendapat pahala sedekah, ingat bagaimana hebatnya sifat pemurah orang Ansar dahulu pada orang
Muhajirin sewaktu di Madinah. Jadikan sirah nabi dan kisah para sahabat sebagai
motivasi kita untuk memupuk dan menghiasi sifat mahmudah dalam diri kita ini
sesuai dengan peringkat tahalli ini

  • TAJALLI (terasa kehebatan dan keagungan Allah)
Hasil daripada mujahadah dalam takhalli dan tahalli tadi, kita akan memperolehi tajalli
iaitu sejenis perasaan lapang, tenang dan bahagia hasil daripada ibadah yang istiqomah.
Pada waktu ini, hati seakan- akan celik, hidup dan sentiasa terasa akan kehebatan Allah sebagaimana firman Allah dalam surah Al-'Imran ayat 190-191: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda
kebesaran Allah bagi orang yang berakal iaitu orang yang mengingati Allah sambil berdiri,
dudk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit
dan bumi, sambil berkata: Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini
sia-sia. Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka".. Harapan dan
pergantungan mereka hanya pada Allah Rabbul Jalil. Apa jua masalah hidup, dihadapi
dengan tenang dan yakin pasti ada hikmah di sebalik sesuatu perkara yang mereka
alami. Tika ini, mereka akan dapat merasai kemanisan iman sewaktu beribadah.


SADDUZ ZAROI'
Setelah mujahadah nafsu dengan membenci, membuang sifat mazmumah dan menggantikannya dengan sifat mahmudah, kita mestilah menutup segala pintu
jalan kejahatan. Contohnya, jika kita suka melihat perempuan atau lelaki ajnabi,
tunduklah pandangan sewaktu berjalan. Jika kita suka melayari internet yang
membahayakan iman kita, berhentilah sekejap daripada menggunakan internet. Jika
hati kita sentiasa lalai dengan memikirkan si buah hati tersayang yang belum halal
statusnya, kurangkan mesej, fb atau contact supaya hati kita terjaga daripada
mengingati makhluk, sebaliknya isilah hati dengan mengingati KHALIQ. Jika kita ini suka mengumpat dan berdusta, kurangkanlah bercakap. Jauhilah orang yang pasti apabila
bersama dengannya, kita akan mengumpat.



ZIKRULLAH
Kita juga hendaklah melazimi diri kita dengan zikrullah yang berterusan. Zikir ini terbahagi pada 2 iaitu zikir am dan zikir khas. Zikir am ini adalah seperti berkata
dengan perkara baik, berbincang tentang sesuatu yang bermanfaat seperti usrah, saling berpesan dan menasihati ke arah kebaikan. Manakala zikir khusus ini adalah wirid seperti tasbih, tahmid,istighfar, tahlil, selawat, ma'thurat, hizb, dll. Ulama' ada mengatakan
bahawa makanan rohani yang seimbang ialah tiga iaitu 1)istighfar...2)selawat...3)tahlil (LAILAHAILLALLAH)...

Ilmu ini saya dapat sewaktu mengikuti majlis pengajian talaqqi dengan Syeikh Fahmi
Zamzam (guru pada ustaz kami, Ustaz Muhadir) di masjid al-Falah,USJ9. Kata beliau,
zikir ini dapat menguatkan jiwa. Jika solat dan puasa, orang yang berhadas besar
tidak dapat lakukannya, tapi berbeza dengan zikir. Inilah kehebatan zikir... Biarlah kita
ada amalan zikir yang dapat kita istiqomah lakukannya setiap hari, walaupun sedikit.
Contohnya, bacalah Ma'thurat tiap hari dan paling kurang 5 m/s al-quran setiap hari
Setiap kali selepas solat fardhu, baca 1 m/s al-quran. Insya Allah, hati kan tenang, jiwa
kan bahagia, hidup kan dirahmati sentiasa.

....................................................................

Bagi sahabat- sahabat yang sedang bercuti sekarang, manfaatkan cuti ini ini
dengan syariatNYA. Jangan kita gunakan nikmat yang telah ALLAH pinjamkan ini
untuk melakukan kemungkaran padaNYA. Pesan buat diri sendiri terutamanya, dan
juga sahabat- sahabat yang dikasihi:

BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT,
bagaimana mungkin aku bisa ketawa,
tika dosaku lebih banyak dari pahala,
bagaimana mungkin aku terleka,
pada ajal yang kan tiba bila-bila masa,
pada azab kubur yang sungguh menyeksa,
pada azab yang tersedia di neraka,
pada hari pembalasan yang pasti tiba,
SEDANG DIRI INI BELUM SEDIA.

segala yang baik daripada ALLAH TA"ALA dan segala kekurangan dan kesilapan dari diri
sendiri. allahummaghfirli......

wallaua'lam...

Saturday, October 16, 2010

mata sungguh liar

Alhamdulillah..hari ni Allah memilihku untuk menerima kaffarah dosa dengan memberiku kesakitan yang agak berat bagiku tetapi tidaklah seberat saudara2ku di negara Islam yang sedang berperang sekarang ni..bila sakit, terus ingat Allah..sebut2 nama Allah..betapa sakit itu mendekatkan diri pada Allah..masa sihat..kadang2 selawat pada Nabi pun lupa..terima kasih ummi kerana selalu mengingatkan anakanda untuk terus berselawat..binnabil huda~~

in progress untuk sembuh ni, saya mengambil sedikit kesempatan masa membelek halaman Iluv IslamDOTcom...searching for ketenangan dengan membaca artikel2 menarik yang boleh mengislahkan diri...ada org pesan..kita kena seimbangkan akal dan badan...so, bila otak dah penat memerah neuron2nya untuk mengingati data2 parasit, microb dan pharmacology, saya rehatkanlah dengan membaca ilmiah am pula...surat cinta Allah pun kena la selak setiap hari (Al-Quran)...

inilah artikelnya..jom sama2 menginsafi diri...sahabat2ku..


Babak 1

Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.

Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..

Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?

Babak 2

Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB).

Sop: Eh, ada gadis mcam dalam KCB la...

Meon: Mana? Mana? Mana?

Sop: Tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..

Meon: Ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?

Babak 3

Sop dan Meon menyambung kembara cuti musim bunga mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.

Sop: Astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !

Meon: Eh ye ke? Yang mana satu? Yang skirt oren tu ke?

Sop: Tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..

Meon: Ha ah la..betul lah cakap kau...

Ada apa dengan mata?

Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.

''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''

Allah berfirman :

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [Surah Al-Mulk :12]

Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gambar-gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya. Kita bila lagi?

Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.

Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.


 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com