Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan namaMu yang MAha PEngampun lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, ampunkan dosaku..
Semakin hari, aku kian sedih melihat biah di sekelilingku.
Tidak lagi aku nafikan dalam hati, aku sangat rindukan suasana sekolah dulu.
Lagi spesifik, aku sangat rindukan suasana belajar 
di KOSTAQ BESUT. (kolej sains dan teknologi Al-Quran). 
Aku berdaftardi kolej itu pada tanggal 29 februari 2004(tahun lompat)
Masih lagi aku ingat tangisan kawan2 ketika umi abah dengan secara mengejut
datang ke sekolah menegah agama durian guling
untuk membawa aku pulang
disitulah titik perpisahan kami
setelah aku membuat keputusan masa itu juga
untuk pergi ke KOSTAQ selepas UPSR
kerana itulah doaku setiap kali after solat
sehingga aku tampal I LOVE KOSTAQ di dinding kamarku
setelah TERENGGANU beralih kuasa pemerintahan
dari PAS kepada UMNO.
KOSTAQ dimansuhkah dan kami diminta 
berpindah ke DUNGUN..
sedih T_T 
tapi gembira sebab makin dekat dengan umi abah
masa tu masih form 1
maka, bertukarlah nama sekolah 
dari KOSTAQ kepada SEKOLAH MENEGAH SAINS AGAMA YAYASAN TERENGGANU.
kemudian ditukar lagi dan kekal sehingga sekarang
IMTIAZ DUNGUN
disitu, saya dididik..
dan HATI saya alhamdulillah..
diberi hidayah Allah untuk mula memakai tudung labuh 
meskipun sekolah rendah hanya bertudung bawal
tapi aku bertekad untuk membuat perubahan
Disana juga, aku wajib menghafal Al-Quran.
Masih lagi mekar ketika aku ingin menghafal 
surah Al-Baqarah ayat 1-5
aku mengambil selama 1 minggu 
hanya untuk menghafal sebanyak itu 
Lama-kelamaan, aku mula pandai teknik-teknik menghafal Al-Quran 
dikongsi dari senior dan juga kawan2 yang lagi hebat
Disini juga la turning point untuk hidupku
yang aku sendiri tidak yakin untuk membentuk bagaimana aku masa hadapan.
p/s: habis part menggunakan kata ganti diri 'aku'
*********************************************************************
Itu hanyalah 1 part ringkasan daripada sedikit selok-belok hidupku.
Cumanya, saya nak kongsi 
kita tak mampu nak ubah orang kalau kita tak bagi 
kefahaman kenapa dia perlu berubah
saya berubah untuk pakai tudung labuh 
kerana saya faham Allah suruh kita labuhkan tudung sehingga lebih paras dada
namun, ada perkara kita boleh bagi kefahaman 
setelah kita suruh dia buat.
contohnya, apabila anak sudah sampai usia 7 tahun
kita suruh dia solat walaupun masa itu dia 
masih blur-blur kenapa perlu buat semua ini
peringkat kefahaman yang matang masih belum sampai
Slow2, kita didik anak kita.
Sama juga dengan hal sekarang 
di sekitar Iskandariah 
kes maksiat kian meningkat.
ada orang dia faham kenapa perlu pakai tudung
tapi sebab keluarga dah memang macam tu
dia hanya mengambil contoh yang paling dekat dengan dirinya
Jadi, kita tak boleh menghukum sesuka hati 
mengata sesedap lidah
sedangkan dia perlukan seseorang yang faham 
untuk bagitau dia
Couple itu juga "HARAM"..
Tapi, ramai orang tak tau kenapa HARAM..
kita susah nak terima tiba2 orang kata HARAM
sebab manusia ini memang bersifat banyak tanya
Walaupun sudah berstatus tunang, batas-batas masih perlu dijaga.
so, siapa yang bercouple cuba tanya 
kenapa awak kata HARAM.
kita pula cubalah gunakan mata hati 
menerima dan memikirkan
kemudian carilah orang yang lebih berilmu.
untuk kita terus mencari 
jawapan kepada persoalan kita.
Orang Melayu di Iskandariah alhamdulillah 
semuanya Islam.
Tapi, kerana mereka berlainan background
mereka menampakkan diri yang sebenarnya
Jadi, bawalah mereka, pimpinlah mereka.
kerana sejahat-jahat manusia itu, 
masih lagi tersimpan rasa kasih dan sayang.
cuma guna uslub yang betul.
Wallahua'lam

2 kata orang:
i was there, just to hear your speech...
sitting in the center far behind just to make sure i am easily seen...
maaf x dpt nak tlg bnyk, hnya hadir sbgai tanda moral support...
teruskn kaki melangkah dgn yakin, biar yg memandunya hanya Allah semata2...
::kakak::
i think i know who is the kakak over there!
cah, kuat!ehe.
Post a Comment