Friday, December 23, 2011

keluhan utk org yg sedang berputus asa. ini penawarnya..

keluhan seorang daie

Letih.

Letih memikirkan segala masalah di depan mata.

Namun,

adakah wajar untuk aku letih?

Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat.

Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha para Imam.

Layakkah aku untuk berasa letih?

Kecewa.

Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.

Namun,

adakah layak untuk aku kecewa?

Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan.

siapalah aku untuk kecewa?

Sibuk.

Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.

Namun,

layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?

Jika aku sibuk,

bagaimana dengan Imam Syafie',

Imam Ghazali dan Imam Nawawi?

Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.

Pedih.

Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.

Namun,

apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa.

Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.

Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?

Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah,

hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya,

namun,

adakah baginda berputus asa?

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh?

Mengapa perlu kita mengeluh?

Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri,

kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah.

Kontrak seumur hidup.

Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.

Jadi,

mengapakah kita mengeluh?

Tiada alasan untukku berputus asa.

Hanya ada SATU jalan untukku.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga,

(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh.

(Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran;

dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah?

Oleh itu,

bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu,

dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

(At-Taubah:111)

kredit to :: IMAN

2 kata orang:

Nurul said...

assalamualaikum ukhti..mohon copy paste untuk dishare pd yg lain(post in blog) boleh? jazakillah

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com