Sunday, September 18, 2011

Musafirku kali ini

saya gagahkan juga untuk menulis memandangkan umi dah pesan jangan tidur lepas subuh. Baik isi masa dengan menulis pengalaman yang ada. serba sedikit blh kongsi dgn kawan.

Alhamdulillah, sy selamat sampai ke bumi Mesir. cuti sebulan yang amat bermakna buat saya. pulang yang telah diputuskan secara tiba2 oleh saya. balik lewat dari orang, datang awal dari orang.
disebabkan plan ni dibuat secara mengejut, jadi sy fly sorang2 la pergi dan balik.

Time pergi tu, walid, umi, Nabilah, Hafsah, kak Nawwar dan kak syamila yang hantar saya ke airport El-Borg, Alexandria. Perjalanan ke sana lebih kurang 1 jam juga. Sampai disana, saya terus check in atau dalam melayunya daftar masuk. hehe. (skema).

Duduk la kat dalam ruang menunggu. Tiba2, baru teringat nanti nak buka puasa dengan apa ye? Makanan kat dalam kargo. Tapi, before masuk flight tu, dah masuk waktu berbuka.

Kemudian, pengumuman untuk penumpang pesawat Gulf Air 0073 dibuat. Beratur paling last, Sebab malas nak berdiri lama2..waktu azan maghrib tu, ada budak kecik sorang dan orang tua sorang sdg bahagi2 buah kurma pada semua. saya pun dapat. Alhamdulillah, ada juga rezeki. Dah masuk flight tu, tunggu makanan plak.

then, dah sampai ke Bahrain dalam pukul 12 am. Usai solat isyak dan maghrib jama' ta'khir. duduk kat dalam kalangan orang Melayu. Ramai sgt jumpa org Malaysia kat sana, Maknanya walaupun balik sorang, kat tempat transit pasti jumpa juga dgn org kita. Nak kata, bersepahnya org kita bljr seberang laut.

3 jam kemudian, sy naik flight semula, menuju ke tanah air tercinta. gembira3x.. perjalanan selama 7 jam tu, cukup untuk membuat pinggang ni berasa lenguh. tidur bangun bersilih ganti masih x sampai lagi. huh, lamanya.

tepat jam 3.30 ptg. sy slmt sampai KLIA. Alhamdulillah. pastu, tunggu lagi kat KLIA selama 4 jam sbb nk naik flight ke Kuala Terengganu pula. after maghrib, sy pun naik flight. Ramai sgt jemaah umrah dalam flight tu. sebelah sy pun, sorang makcik yang baru balik umrah. perjalanan 55 minit tu, sempat juga terlelap.

Dah sampai Kuala Terenggganu. Time tunggu beg tu, alamak tayar beg pecah. hurm, kena beli beg baru..diluar, umi abah sdg menunggu. dgn senyuman melebar ke telinga. (hiperbola statement)..

***sambung***

1 kata orang:

siti hanisah said...

saspen je cerita ni..
hehe

Post a Comment

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com