Thursday, September 8, 2011

duduk2...meh opah nak cite (^^)v

Salam lebaran...

Sambutan raya masih terasa walau di mana kita berada, tidak kira di mesir mahupun di Malaysia..(sah-sah la malaysia punya raya 1 bulan)..:)

Alhamdulillah, dapat juga menyambung penulisan..memaksa jugak diri ini untuk terus menghadap skrin 14 inci ni untuk menulis beberapa cite yg sy suka nak share kat sini...

hari tu, sy pergi solat terawih dgn keluarga saya. ada seorang ustaz ni bercerita..mula-mula saya mengantuk..asyik terlelap je. mungkin effect jetlag masih terasa waktu tu. sehingga la seorang makcik tegur..

"haa..tidur ke?”

Senyum je la kat makcik tu..lepas tu terus segar..

Ustaz tu bercerita pasal kisah sirah dulu-dulu.. Salah satunya pasal Nabi Musa. Masa zaman Nabi Musa..ada seorang pemerintah yang zalim mengaku dia sebagai Tuhan..siapa dia? Itula Firaun..

Nak dijadikan cerita…Firaun ni dapat tau yang akan lahir seorang lelaki yang akan menghancurkan pemerintahan dan kerajaannya. Jadi, dia terasa tergugat dengan hal itu, justeru memerintahkan askarnya untuk pergi ke setiap rumah dan membunuh semua bayi lelaki tang tu juga. Xde delay2..

*tau pun takut*

Sampailah akan berita itu pada telinga ibu Nabi Musa..maka Allah memerintahkan ibu nabi Musa untuk meletakkan anaknya yakni nabi Musa ke dalam sebuah bakul dan menghanyutkannya ke dalam sungai..

Hati ibu mana yang tak sedih..Kalau diikutkan waktu tu, ibu Nabi nak amik semula bayi yang dihanyutkan itu tapi Allah menenangkan hati ibu itu waktu itu.

“ Dan Kami ilhamkan kepada ibunya musa “ susuilah dia (Musa), dan apabila engkau khawatir terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke sungai Nil. Dan Janganlah Engkau takut dan jangan pula bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikannnya kepadamu, dan menjadikannya seorang Rasul” [al-Qasas; 7]

Maka terhanyutlah Nabi Musa mengikut aliran sungai Nil. Pada masa tu, isteri Firaun sedang berada di sungai itu. Bilamana dia nampak bayi tersebut, dia jatuh hati dan ingin menjadikannya sbg anak angkat.

Dia terus menemui Firaun untuk menkhabarkan hasratnya itu….

“ini bayi lelaki, aku harus membunuhnya.” Kata Firaun.

Pujuk isterinya lagi : “Wahai suamiku, izinkan aku menjaga bayi lelaki ini..bayi ini sungguh comel dan ayat2 pujukan lain lagi…

Tak disangka Firaun yang terkenal dengan kejahatan dan kekerasan hatinya itu, dia ‘cair’ juga pada seorang perempuan bergelar isteri.. Subhanallah..itulah kuasa Allah. Dia memelihara Rasul-Rasul. Dan Dia juga yang melembutkan hati Firaun waktu itu. Tuhan berkuasa pada setiap hambaNya.

Maka membesarlah Nabi Musa dalam istana Firaun sendiri. Ya Allah, hebatnya perancanganMu. Firaun sibuk membunuh bayi lelaki lain tetapi tanpa dia sedari bayi yang dijanjikan Allah itu sudah berada dalam istananya..

Apabila Nabi Musa sudah besar, Baginda bangun menentang ayah angkatnya sendiri..Terkejut bukan kepalang Firaun..sehinggalah Firaun dan askarnya mengejar Nabi musa dan pengikutnya. Maka Allah memerintahkan Nabi Musa membelah laut Merah itu dengan tongkatnya dan tenggelamlah Firaun dan askarnya. Tetapi Allah hanyutkan kembali jasad Firaun ke persisiran laut untuk menjadi pengajaran bagi kaum yang mendatang. Umat Nabi Muhammad. Kita la.

Yang duduk kat Mesir tu, mesti lagi terasa kisah ni sebab jasad Firaun ada kat piramid tu…..

Jangan buat sombong dengan Allah na, Allah boleh je nak balas cash..ingat tu..

Ampuni dosa kami, ya Allah………..

Moral :

1. * sekeras-keras hati seseorang itupun, dia akan lembut jua dengan izin Allah. Banyakkan berdoa.

2. *Allah memelihara hambaNya yang beriman

3. *Kita merancang, Allah jua merancang tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah S.W.T.

Sekarang sy ingin share gambar2 semasa kenduri pak sedara bongsu saya…tak beraya manapun. Sibuk dengan persiapan kenduri. Tapi, gembira sangat2 boleh bersama keluarga walaupun tak lama sangat.

DISINI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN KEPADA KELUARGA SAYA, KAWAN-KAWAN DAN PARA PEMBACA BLOG FIKIR&ZIKIR..


0 kata orang:

Post a Comment

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com