Wednesday, September 21, 2011

Musafir 2

16 september akhirnya tiba jua. Berat kaki ini melangkah ke lapangan terbang Kuala Terengganu, Seberang Takir. itulah titik perpisahan buat diri dan keluarga. Akhirnya terbang ke KLIA. Disambut oleh 2 pak sedare dan menginap dirumahnya 1 malam.

Abangku pada mulanya tak dapat menghantarku ke airport tapi sebelum subuh dia telah memecut motornya dan menuju ke rumah pak sedare. Pagi tu, 3 jejaka tersebut telah menghantarku ke airport. 17 september, jam 0820.

Lepas check in, merayau-rayau kat situ. tepat 0945, masuk boarding gate. Maka, terbanglah burung gergasi membelah angkasaraya, meninggalkan orang yang kusayangi dan juga tanah tempat tumpah darahku.

Inilah mujahadah perjalanan seorang pengembara ilmu. Jauh terbang ke bumi Anbiya demi mengutip pengalaman dan pengetahuan di sana.

Transit di bahrain selama 3 jam dan mula terbang ke Iskandariah.

On the way ke Alex, hanya diri ini orang Malaysia. Kuat untuk mengembara seorang diri. First time. Stewardess tu sapa. tanya macam2..

Time nak turun tu, dia minta tolong. kirim barang kat mak dia sebab dia kena fly ke bahrain semula. masa tu, serba salah tapi mulut cepat je jawab yes..ok!

Lepas tu, masa landing. kepala dah tak keruan sangat, Fikir macam2. Kalau ada dadah ke dalam tu. Zaman skrg bukan blh expect. Berdebar sgt time nak turun tu. Alhamdulillah selamat jua keluar dari gate exit.

Kak Nawwar dan Hafsah sambut saya kat sane.

Sebenarnya sedih tu tak hilang lagi. Sebab tu tulis post ni. Tahun depan nak balik paling awal, datang paling lewat. Tengok la. Hurm..

Itulah kisahnya..

Sunday, September 18, 2011

Musafirku kali ini

saya gagahkan juga untuk menulis memandangkan umi dah pesan jangan tidur lepas subuh. Baik isi masa dengan menulis pengalaman yang ada. serba sedikit blh kongsi dgn kawan.

Alhamdulillah, sy selamat sampai ke bumi Mesir. cuti sebulan yang amat bermakna buat saya. pulang yang telah diputuskan secara tiba2 oleh saya. balik lewat dari orang, datang awal dari orang.
disebabkan plan ni dibuat secara mengejut, jadi sy fly sorang2 la pergi dan balik.

Time pergi tu, walid, umi, Nabilah, Hafsah, kak Nawwar dan kak syamila yang hantar saya ke airport El-Borg, Alexandria. Perjalanan ke sana lebih kurang 1 jam juga. Sampai disana, saya terus check in atau dalam melayunya daftar masuk. hehe. (skema).

Duduk la kat dalam ruang menunggu. Tiba2, baru teringat nanti nak buka puasa dengan apa ye? Makanan kat dalam kargo. Tapi, before masuk flight tu, dah masuk waktu berbuka.

Kemudian, pengumuman untuk penumpang pesawat Gulf Air 0073 dibuat. Beratur paling last, Sebab malas nak berdiri lama2..waktu azan maghrib tu, ada budak kecik sorang dan orang tua sorang sdg bahagi2 buah kurma pada semua. saya pun dapat. Alhamdulillah, ada juga rezeki. Dah masuk flight tu, tunggu makanan plak.

then, dah sampai ke Bahrain dalam pukul 12 am. Usai solat isyak dan maghrib jama' ta'khir. duduk kat dalam kalangan orang Melayu. Ramai sgt jumpa org Malaysia kat sana, Maknanya walaupun balik sorang, kat tempat transit pasti jumpa juga dgn org kita. Nak kata, bersepahnya org kita bljr seberang laut.

3 jam kemudian, sy naik flight semula, menuju ke tanah air tercinta. gembira3x.. perjalanan selama 7 jam tu, cukup untuk membuat pinggang ni berasa lenguh. tidur bangun bersilih ganti masih x sampai lagi. huh, lamanya.

tepat jam 3.30 ptg. sy slmt sampai KLIA. Alhamdulillah. pastu, tunggu lagi kat KLIA selama 4 jam sbb nk naik flight ke Kuala Terengganu pula. after maghrib, sy pun naik flight. Ramai sgt jemaah umrah dalam flight tu. sebelah sy pun, sorang makcik yang baru balik umrah. perjalanan 55 minit tu, sempat juga terlelap.

Dah sampai Kuala Terenggganu. Time tunggu beg tu, alamak tayar beg pecah. hurm, kena beli beg baru..diluar, umi abah sdg menunggu. dgn senyuman melebar ke telinga. (hiperbola statement)..

***sambung***

Thursday, September 8, 2011

duduk2...meh opah nak cite (^^)v

Salam lebaran...

Sambutan raya masih terasa walau di mana kita berada, tidak kira di mesir mahupun di Malaysia..(sah-sah la malaysia punya raya 1 bulan)..:)

Alhamdulillah, dapat juga menyambung penulisan..memaksa jugak diri ini untuk terus menghadap skrin 14 inci ni untuk menulis beberapa cite yg sy suka nak share kat sini...

hari tu, sy pergi solat terawih dgn keluarga saya. ada seorang ustaz ni bercerita..mula-mula saya mengantuk..asyik terlelap je. mungkin effect jetlag masih terasa waktu tu. sehingga la seorang makcik tegur..

"haa..tidur ke?”

Senyum je la kat makcik tu..lepas tu terus segar..

Ustaz tu bercerita pasal kisah sirah dulu-dulu.. Salah satunya pasal Nabi Musa. Masa zaman Nabi Musa..ada seorang pemerintah yang zalim mengaku dia sebagai Tuhan..siapa dia? Itula Firaun..

Nak dijadikan cerita…Firaun ni dapat tau yang akan lahir seorang lelaki yang akan menghancurkan pemerintahan dan kerajaannya. Jadi, dia terasa tergugat dengan hal itu, justeru memerintahkan askarnya untuk pergi ke setiap rumah dan membunuh semua bayi lelaki tang tu juga. Xde delay2..

*tau pun takut*

Sampailah akan berita itu pada telinga ibu Nabi Musa..maka Allah memerintahkan ibu nabi Musa untuk meletakkan anaknya yakni nabi Musa ke dalam sebuah bakul dan menghanyutkannya ke dalam sungai..

Hati ibu mana yang tak sedih..Kalau diikutkan waktu tu, ibu Nabi nak amik semula bayi yang dihanyutkan itu tapi Allah menenangkan hati ibu itu waktu itu.

“ Dan Kami ilhamkan kepada ibunya musa “ susuilah dia (Musa), dan apabila engkau khawatir terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke sungai Nil. Dan Janganlah Engkau takut dan jangan pula bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikannnya kepadamu, dan menjadikannya seorang Rasul” [al-Qasas; 7]

Maka terhanyutlah Nabi Musa mengikut aliran sungai Nil. Pada masa tu, isteri Firaun sedang berada di sungai itu. Bilamana dia nampak bayi tersebut, dia jatuh hati dan ingin menjadikannya sbg anak angkat.

Dia terus menemui Firaun untuk menkhabarkan hasratnya itu….

“ini bayi lelaki, aku harus membunuhnya.” Kata Firaun.

Pujuk isterinya lagi : “Wahai suamiku, izinkan aku menjaga bayi lelaki ini..bayi ini sungguh comel dan ayat2 pujukan lain lagi…

Tak disangka Firaun yang terkenal dengan kejahatan dan kekerasan hatinya itu, dia ‘cair’ juga pada seorang perempuan bergelar isteri.. Subhanallah..itulah kuasa Allah. Dia memelihara Rasul-Rasul. Dan Dia juga yang melembutkan hati Firaun waktu itu. Tuhan berkuasa pada setiap hambaNya.

Maka membesarlah Nabi Musa dalam istana Firaun sendiri. Ya Allah, hebatnya perancanganMu. Firaun sibuk membunuh bayi lelaki lain tetapi tanpa dia sedari bayi yang dijanjikan Allah itu sudah berada dalam istananya..

Apabila Nabi Musa sudah besar, Baginda bangun menentang ayah angkatnya sendiri..Terkejut bukan kepalang Firaun..sehinggalah Firaun dan askarnya mengejar Nabi musa dan pengikutnya. Maka Allah memerintahkan Nabi Musa membelah laut Merah itu dengan tongkatnya dan tenggelamlah Firaun dan askarnya. Tetapi Allah hanyutkan kembali jasad Firaun ke persisiran laut untuk menjadi pengajaran bagi kaum yang mendatang. Umat Nabi Muhammad. Kita la.

Yang duduk kat Mesir tu, mesti lagi terasa kisah ni sebab jasad Firaun ada kat piramid tu…..

Jangan buat sombong dengan Allah na, Allah boleh je nak balas cash..ingat tu..

Ampuni dosa kami, ya Allah………..

Moral :

1. * sekeras-keras hati seseorang itupun, dia akan lembut jua dengan izin Allah. Banyakkan berdoa.

2. *Allah memelihara hambaNya yang beriman

3. *Kita merancang, Allah jua merancang tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah S.W.T.

Sekarang sy ingin share gambar2 semasa kenduri pak sedara bongsu saya…tak beraya manapun. Sibuk dengan persiapan kenduri. Tapi, gembira sangat2 boleh bersama keluarga walaupun tak lama sangat.

DISINI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN KEPADA KELUARGA SAYA, KAWAN-KAWAN DAN PARA PEMBACA BLOG FIKIR&ZIKIR..


 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com