Rejab kembali menjelma. Tidak perlu pada sambutan semeriah aidilfitri atau semahal persandingan dua mempelai. Tiada istimewanya seperti menyambut kemerdekaan negara yang ke-54 atau sehebat Sukan Komanwel 98 di tanah air kita. Tak perlu sibuk-sibuk sebenarnya untuk berbicara tentang bulan rejab, sepertimana tiada sesiapa yang bersemangat untuk bercerita tentang bulan oktober atau jamadil awal. Tambahan lagi, tiada di dalam ajaran agama kita supaya merancang seribu satu aktiviti sepanjang bulan rejab, meskipun pada bulan syawal, program berhari raya selama satu bulan penuh dirancang cukup sempurna.
Lalu, apa ada pada bulan rejab? Perlukah berbicara tentang bulan rejab? Tepuk dada dan sekadar fikir sndiri. Apa signifikannya? Fakta yang kita mungkin terlupa tentang bulan rejab adalah ia
salah satu bulan yang diiktiraf oleh Allah taala sebagai salah satu daripada empat bulan haram.Jika kita selak kembali catatan sejarah zaman arab jahiliyyah da-hulu, antara aktiviti sepanjang tahun yang terpenting dilakukan oleh masyarakat arab adalah berperang antara kabilah-kabilah yang turun-temurun bermusuhan. Namun, lain ceritanya apabila tiba bulan haram. Mereka akan berhenti berperang sebagai tanda menghormati bulan terse-but. Mereka yang masih membunuh atau melakukan serangan terhadap kabilah lain dianggap melanggar kesucian dan ke-hormatan bulan haram.
Fiman Allah taala:
إن عدة الشهىر عند الله اثنا عشر شهرا فى كتاب الله
يىم خلق السمىت والأرض منها أربعة حرم
‘Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram.‟(At-Taubah : 36)
Maka, adakah pembicaraan tentang bulan rejab kali ini adalah untuk menye-ru masyarakat Islam agar menghentikan permusuhan dan persengketaan sesama sendiri? Ataupun, wujudkah inti sari daripada peristiwa lain dalam bulan rejab yang boleh kita ambil untuk diteladani?
Atau mungkin kita terlupa tentang satu peristiwa besar yang brlaku pada bu-lan yang mulia ini. Ya,
ISRAK MIKRAJ.Oh, terdapat satu lagi fakta yang ramai da-ripada kita sudah tahu. Berlakunya peri-stiwa israk mikraj ini adalah pada tahun kesedihan bagi Rasulullah SAW, apabila baginda SAW kehilangan dua orang insan kesayangan iaitu bapa saudara Abu Talib bin Abdul Mutalib serta teman hidup Saidatina Khadijah binti Khuwailid Radiallahuanha.
Kita sudah tahu kisahnya, maka tidak perlu berbicara tentang isu perjalanan Rasulullah SAW diisrak mikraj-kan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan seterusnya dibawa bertemu Allah taala. Kita juga tahu baha-wa daripada perjalanan tersebutlah rukun solat lima waktu sehari semalam telah disyariatkan ke atas ummat Rasulullah SAW. Dan rasanya tak perlu kita berbicara soal bagaimana dikurangkan jumlah rakaat daripada lima puluh kepada lima. Kita ju-ga pasti tahu peristiwa-peristiwa lain yang berlaku sepanjang israk mikraj yang tidak disebutkan di sini.
Mungkin juga kita sudah tahu akan reaksi kaum kafirin apabila baginda Rasulullah SAW menceritakan perihal per-jalanan baginda. Dalam satu malam! Ya, satu perjalanan yang seharusnya sangat panjang dan lama jika diukur dari sudut kemajuan teknologi pengangkutan serta darjah ketersampaian yang ada pada keti-ka itu. Perjal-anan yang seharusnya memakan masa berbulan-bulan itu Rasulullah SAW lalui dalam tempoh satu malam sahaja!
Mari sama-sama kita fikirkan, apa akan kita lakukan andai kata kita hidup pada zaman Rasulullah SAW, pada zaman itu. Di saat kaum kafirin quraisy mencaci dan memperolok-olokkan kebenaran peristiwa ini, terdapat pula segelintir umat islam yang masih lemah imannya turut sama meragui akan kebenaran kisah itu.
Jika kita ada pada waktu itu, yakinkah kita untuk berkata kepada masyarakat kuffar: “Ya, aku percaya dan yakin apa yang diceritakan oleh baginda Rasulullah SAW adalah benar!” ? Benar-benar mampukah kita?
Anda pasti tahu bahawa berdasar-kan teknologi yang ada di negara kita pada masa ini, kapal kargo yang berulang-alik dari pelabuhan Timur ke Semenanjung mengambil masa lebih satu minggu untuk sampai! Maka, mampukah untuk anda percaya dakwaan ini? Sangat sukar untuk percaya, bukan?
Lalu, bagaimana untuk masyarakat yang hidup pada zaman Rasulullah SAW ter-sebut percaya akan kisah israk mikraj? Secara logiknya, pasti tiada yang mahu mempercayai peristiwa ini.
AS-SIDDIQ ITU
Namun, pasti anda juga tahu bahawa terdapat seorang manusia agung yang membenarkan kata-kata Rasulullah SAW tersebut tanpa sekelumit rasa ragu, tanpa secebis was-was. Ketika diberitakan bahawa Rasulullah SAW berulang-alik ke Masjidil Aqsa dalam tempoh satu malam sebelumnya, beliau tidak menunjukkan sedikitpun riak terkejut mahupun wajah tidak percaya. Tanpa perlu berfikir panjang, beliau berkata: “Jika begitu kata Rasulullah SAW, maka baginda adalah benar dan aku mem-percayainya”.
Benar, beliau adalah Saidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu. Beliaulah insan yang telah membuktikan keyakinannya pada kerasulan nabi SAW, apabila tak bertangguh membenarkan nabi walaupun dengan perkara semustahil ini. Beliau adalah orang yang membuktikan keimanannya pada Allah taala, beriman dan meyakini bahawa Allah mampu melakukan sebarang perkara walaupun yang melangkaui batas logika manusia biasa. Ini sekadar salah satu contoh hebat yang ditunjukkan beliau se-bagai sahabat yang digelar As-Siddiq. Mem-benarkan keyakinan dengan menter-jemahkannya dalam kehidupan.
Kesimpulannya, berbicara tentang bulan rejab adalah berbicara soal "kebenaran".
Menjadi benar dan membenarkan.Maka, ini adalah satu cabaran agar kita membuktikan, atau dengan kata lain membenarkan keyakinan dan keimanan kita kepada Allah taala. Apakah yang mampu kita lakukan untuk membuktikan dakwaan bahawa kita beriman? Tak perlu dipertonton kepada sesiapa, ia adalah satu hubungan langsung antara seorang hamba dengan Rabbnya. Bagaimana? Mampukah anda untuk membuktikan keyakinan anda?
*******
>copy pasted. moga bermanfaat.
>hari ini 27 Rejab
0 kata orang:
Post a Comment