Thursday, June 30, 2011

U can't never run from it forever

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Rabb Izzati atas segala nikmat dan kurniaanNya yang tidak terhingga dan tidak terhitung. Sombongnya kita sebagai hambaNya untuk menafikan, apatah lagi tidak mensyukuri segala pemberian dariNya.

Hari ini, saat ini, saat jari2 laju menaip bait2 patah perkataan, Allah gerakkan hati untuk menulis artikel sendiri setelah lama men'copy' 'paste' dari artikel lain.

"Aku terima nikahnya dengan mas kahwin.......................", lafaz seorang lelaki yang ingin menikahi perempuan yang dijodohkan Allah untuknya.

Sedarkah kita dengan lafaz tersebut, maka berubahlah status lelaki dan perempuan yang asalnya haram ke atas masing2 berubah menjadi halal hanya kerana SATU LAFAZ.

Banyak perkara dalam dunia ni, apabila sudah melafaznya, terus berubah hukummya. Contoh yang jelas seperti di atas. Yang lain, seperti lafaz cerai dan jugak lafaz zihar.

Sebenarnya, saya hanya ingin menyentuh tentang satu perkara dalam dunia ni, apabila kamu terlibat dengannya, u can't never run from it till u die. let's guess what is it?
itulah HAMMALATUL QURAN..
Mudah ke nak hafal Quran? soalan yang sering saya tanya pada kawan saya..

lalu, kawan saya menjawab : Menghafal Quran itu mudah tetapi untuk menjaganya sangat susah jika tidak disertakan disiplin dan konsisten yang tinggi untuk menghafalnya.

Al-Quran yang dihafal ibarat tali yang menghambat unta, jika kemas kamu mengikat unta tersebut, maka unta itu tidak lari. Tetapi jika kamu lalai sehingga tidak sedar tali tersebut makin hari makin longgar, maka unta tersebut akan lari dan susah pula untuk mengikatnya balik.
Apabila kamu sudah bergelar hammalatul Quran, usah bermimpi lagi untuk melucutkan gelaran itu. Andai lucut sekalipun, amanah tersebut akan terus mengejari dan bergalas di atas bahu. Usah menyesali perkara yang membawa kebaikan pada dirimu. InsyaAllah, akan dipermudahkan jika niat kita ikhlas.

Al-Quran boleh menjadi hujjah kepada kita atau hujjah ke atas kita. Al-Quran datang pada hari Kiamat untuk memberi syafaat kepada orang yang membacanya. Malah, Allah memberi ganjaran lebih bagi sesiapa yang membaca serta menghafalnya. Dan ganjaran paling tinggi apabila kita membaca, menghafal dan beramal dengan FirmanNya.

Astaghfirullah, Ampunilah dosa-dosaku. Akulah yang paling berdosa kerana lalai dengan tanggungjawabku yang paling berat itu. Jadikanlah aku hambaMu yang soleh, ya Allah.

Persiapkan diri sebaiknya untuk melawat haramain bulan depan. Alangkah hinanya diri ini untuk menyahut panggilanMu ya Allah. Semoga rancanganku berjalan lancar dan dipermudahkan Allah atas segalanya.

"turning point of my life"

Tuesday, June 28, 2011

ReJab Kembali lagi..maka sampaikan aku dalam RamaDhaN

Rejab kembali menjelma. Tidak perlu pada sambutan semeriah aidilfitri atau semahal persandingan dua mempelai. Tiada istimewanya seperti menyambut kemerdekaan negara yang ke-54 atau sehebat Sukan Komanwel 98 di tanah air kita. Tak perlu sibuk-sibuk sebenarnya untuk berbicara tentang bulan rejab, sepertimana tiada sesiapa yang bersemangat untuk bercerita tentang bulan oktober atau jamadil awal. Tambahan lagi, tiada di dalam ajaran agama kita supaya merancang seribu satu aktiviti sepanjang bulan rejab, meskipun pada bulan syawal, program berhari raya selama satu bulan penuh dirancang cukup sempurna.

Lalu, apa ada pada bulan rejab? Perlukah berbicara tentang bulan rejab? Tepuk dada dan sekadar fikir sndiri. Apa signifikannya? Fakta yang kita mungkin terlupa tentang bulan rejab adalah ia
salah satu bulan yang diiktiraf oleh Allah taala sebagai salah satu daripada empat bulan haram.
Jika kita selak kembali catatan sejarah zaman arab jahiliyyah da-hulu, antara aktiviti sepanjang tahun yang terpenting dilakukan oleh masyarakat arab adalah berperang antara kabilah-kabilah yang turun-temurun bermusuhan. Namun, lain ceritanya apabila tiba bulan haram. Mereka akan berhenti berperang sebagai tanda menghormati bulan terse-but. Mereka yang masih membunuh atau melakukan serangan terhadap kabilah lain dianggap melanggar kesucian dan ke-hormatan bulan haram.

Fiman Allah taala:

إن عدة الشهىر عند الله اثنا عشر شهرا فى كتاب الله
يىم خلق السمىت والأرض منها أربعة حرم
‘Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram.‟(At-Taubah : 36)


Maka, adakah pembicaraan tentang bulan rejab kali ini adalah untuk menye-ru masyarakat Islam agar menghentikan permusuhan dan persengketaan sesama sendiri? Ataupun, wujudkah inti sari daripada peristiwa lain dalam bulan rejab yang boleh kita ambil untuk diteladani?

Atau mungkin kita terlupa tentang satu peristiwa besar yang brlaku pada bu-lan yang mulia ini. Ya,
ISRAK MIKRAJ.
Oh, terdapat satu lagi fakta yang ramai da-ripada kita sudah tahu. Berlakunya peri-stiwa israk mikraj ini adalah pada tahun kesedihan bagi Rasulullah SAW, apabila baginda SAW kehilangan dua orang insan kesayangan iaitu bapa saudara Abu Talib bin Abdul Mutalib serta teman hidup Saidatina Khadijah binti Khuwailid Radiallahuanha.

Kita sudah tahu kisahnya, maka tidak perlu berbicara tentang isu perjalanan Rasulullah SAW diisrak mikraj-kan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan seterusnya dibawa bertemu Allah taala. Kita juga tahu baha-wa daripada perjalanan tersebutlah rukun solat lima waktu sehari semalam telah disyariatkan ke atas ummat Rasulullah SAW. Dan rasanya tak perlu kita berbicara soal bagaimana dikurangkan jumlah rakaat daripada lima puluh kepada lima. Kita ju-ga pasti tahu peristiwa-peristiwa lain yang berlaku sepanjang israk mikraj yang tidak disebutkan di sini.

Mungkin juga kita sudah tahu akan reaksi kaum kafirin apabila baginda Rasulullah SAW menceritakan perihal per-jalanan baginda. Dalam satu malam! Ya, satu perjalanan yang seharusnya sangat panjang dan lama jika diukur dari sudut kemajuan teknologi pengangkutan serta darjah ketersampaian yang ada pada keti-ka itu. Perjal-anan yang seharusnya memakan masa berbulan-bulan itu Rasulullah SAW lalui dalam tempoh satu malam sahaja!
Mari sama-sama kita fikirkan, apa akan kita lakukan andai kata kita hidup pada zaman Rasulullah SAW, pada zaman itu. Di saat kaum kafirin quraisy mencaci dan memperolok-olokkan kebenaran peristiwa ini, terdapat pula segelintir umat islam yang masih lemah imannya turut sama meragui akan kebenaran kisah itu.

Jika kita ada pada waktu itu, yakinkah kita untuk berkata kepada masyarakat kuffar: “Ya, aku percaya dan yakin apa yang diceritakan oleh baginda Rasulullah SAW adalah benar!” ? Benar-benar mampukah kita?

Anda pasti tahu bahawa berdasar-kan teknologi yang ada di negara kita pada masa ini, kapal kargo yang berulang-alik dari pelabuhan Timur ke Semenanjung mengambil masa lebih satu minggu untuk sampai! Maka, mampukah untuk anda percaya dakwaan ini? Sangat sukar untuk percaya, bukan?

Lalu, bagaimana untuk masyarakat yang hidup pada zaman Rasulullah SAW ter-sebut percaya akan kisah israk mikraj? Secara logiknya, pasti tiada yang mahu mempercayai peristiwa ini.

AS-SIDDIQ ITU
Namun, pasti anda juga tahu bahawa terdapat seorang manusia agung yang membenarkan kata-kata Rasulullah SAW tersebut tanpa sekelumit rasa ragu, tanpa secebis was-was. Ketika diberitakan bahawa Rasulullah SAW berulang-alik ke Masjidil Aqsa dalam tempoh satu malam sebelumnya, beliau tidak menunjukkan sedikitpun riak terkejut mahupun wajah tidak percaya. Tanpa perlu berfikir panjang, beliau berkata: “Jika begitu kata Rasulullah SAW, maka baginda adalah benar dan aku mem-percayainya”.

Benar, beliau adalah Saidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu. Beliaulah insan yang telah membuktikan keyakinannya pada kerasulan nabi SAW, apabila tak bertangguh membenarkan nabi walaupun dengan perkara semustahil ini. Beliau adalah orang yang membuktikan keimanannya pada Allah taala, beriman dan meyakini bahawa Allah mampu melakukan sebarang perkara walaupun yang melangkaui batas logika manusia biasa. Ini sekadar salah satu contoh hebat yang ditunjukkan beliau se-bagai sahabat yang digelar As-Siddiq. Mem-benarkan keyakinan dengan menter-jemahkannya dalam kehidupan.

Kesimpulannya, berbicara tentang bulan rejab adalah berbicara soal "kebenaran".
Menjadi benar dan membenarkan.
Maka, ini adalah satu cabaran agar kita membuktikan, atau dengan kata lain membenarkan keyakinan dan keimanan kita kepada Allah taala. Apakah yang mampu kita lakukan untuk membuktikan dakwaan bahawa kita beriman? Tak perlu dipertonton kepada sesiapa, ia adalah satu hubungan langsung antara seorang hamba dengan Rabbnya. Bagaimana? Mampukah anda untuk membuktikan keyakinan anda?


*******

>copy pasted. moga bermanfaat.
>hari ini 27 Rejab

Friday, June 24, 2011

MusTahil ke?


Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.

Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).

Tiba-tiba terfikir satu persoalan.

Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?

Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?

"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37


"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62


Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.

Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?

Pastinya yang lebih baik.

Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.

Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:

"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"

"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"

Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.

Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.

Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2

Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?

Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.

Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.

Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.

Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.

Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.

- Artikel iluvislam.com

menarik dan tertarik



Petang itu cuaca agak muram. Sang mentari mula melarikan diri. Tiga bulan berkhidmat tanpa henti, mungkin sudah tiba masanya untuk berehat seketika. Biarkan hujan pula merahmati bumi Shamrock ini.
alt

Aku dan Mr. X masih asyik bersembang sambil menikmati kopi panas yang meletup!

"Kita akan tertarik kalau sesuatu itu menarik."

Alamak..Mr. X sudah memulakan bicara falsafahnya.

"Mmm..betul," jawabku ringkas.

"Jadi kalau semua benda ini menarik maka kita akan tertarik," sambung Mr.15.

"Betul," aku masih lagi kurang faham akan maksud sebenar pernyataan ini.

"Maka kalau kita menarik semua orang akan tertarik."

"Cumanya...setiap orang itu berbeza daya tarikannya," responku

"Kenapa perlu mencari perbezaan dalam keadaan kita banyak persamaan. Cuba kalau disusun semula kenyataan kami; setiap orang itu sama daya tarikannya," balas Mr.15.

"Mm...secara teori kita boleh bercakap tentang persamaan, tetapi realitinya...."

"Itulah masalahnya Usop..mari saya ceritakan satu kisah," Mr. X membuka cerita misteri...jeng jeng jeng...

Kampung Y adalah sebuah kampung yang jauh di pedalaman. Kampung ini mempunyai populasi sekitar 500 orang. Uniknya, semuanya tidak berselipar ataupun bersepatu.

Satu hari mereka dikunjungi oleh dua orang pemuda dari bandar. Ahmad dan Abu. Ahmad dan Abu adalah jurujual kasut dari dua syarikat yang berbeza. Mereka datang untuk membuat tinjaun melihat ruang-ruang pemasaran yang ada di kampung ini.

Pulang dari membuat tinjauan, Ahmad dan Abu menyiapkan tugasan yang diberikan.

Laporan Abu :

Kita akan mengalami kerugian yang besar sekiranya kasut kita dipasarkan di kampung ini kerana tidak ada seorang pun yang memakai kasut di sini.

Laporan Ahmad :

Kita bakal mendapat keuntungan yang besar! Tidak ada siapa pun lagi yang pernah memasarkan kasut di sini. Cepat!

"Faham?" Mr. X menutup ceritanya.

"Mm...faham cerita tu..tapi apa kaitannya dengan perbualan kita tadi?" tanyaku sedikit kehairanan.

"Kamu ni...begini...dalam hidup ni, kita akan sentiasa melihat sesuatu itu dari pelbagai aspek; aku ringkaskan; kita lihat daripada 2 aspek yakni positif dan negatif.

Ramai orang pilih untuk melihat dari aspek negatif, hanya segelintir yang melihat secara positif.

Ingat, what u see is what u get!

Orang ke kedai nak beli gula takkan dapat garam! Jadinya, kalau kamu terus menerus melihat perbezaan, kamu akan terus menerus mencari perbezaan. Sampai mati pun kamu akan cakap pasal perbezaan. Yang kita ketandusan sekarang ini adalah manusia yang proaktif yang mencari persamaan!

.....

"Faham?!"

Aku menganggukkan kepala. Berfikir. Sungguh menarik dan tertarik.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, June 23, 2011

Mengapa Ibumu MenanGis??? T_T


alt

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

"Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.

Penerbitan & kemaskini semula artikel laman versi 01 oleh aeyie®, Sumber Grafik: http://duestinae89.wordpress.com/

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com