Assalamualaikum.. sekadar update kehidupan hari ni. banyak mana menyumbang kepada Islam?
pagi : solat subuh, baca buku, buat nota, prepare presentation assignment, then pergi universiti
petang : balik univ, solat zohor, pergi beli stetoskop, baca buku, solat asar, ziarah ummi dan walid (pengarah MARA), borak2 sampai maghrib
malam : solat maghrib, kelas tafaqquh, solat isyak, solat jenazah, baca buku lagi, turun makan2 pula kat rumah walid, update blog.
Kat mana sumbangan dalam Islam??
Senang je, kalau niat semua kerana Allah, InsyaAllah..semua akan dibalas sesuai dengan kebaikan dan niat. Belajar kerana Allah, berziarah keran Allah, pendek kata, senang sahaja nak buat baik tetapi manusia yang menyusahkannya.
itu je..
lupa pula nak mention, hari ni call ummi dan gayut sampai 1 jam. Sempat la kuih ummi kembang kan? tinggal nak goreng je :)
KAdang2 takut nak todur, bimbang bila bangun, apsal jasad kat situ? bukan dah bangun ke..rupanya dah masuk alam lain. Masuk ke alam jasad berehat. Bekalan yang ada itu aje jadi teman. Bukan harta, bukan manusia, bukan anak-anak. Tetapi diri bersama amalan..
Satu lagi pengumuman, alhamdulillah, akhirnya saya dah ada akaun FB..Macam mana terbuka hati? Allah sahaja yang mengetahui. Moga ini pilihan terbaik!
p/s : maaf, saya hanya selesa berkawan dgn insan yang sama jantina sahaja di FB.
0 kata orang:
Post a Comment