Thursday, May 19, 2011

GraNd ReuNioN IMtiaZ DunGun..



*di cpoy paste dari blog kak aishah jauhara

Bismillah wal Hamdulillah.

Salam ukhuwwah penuh mahabbah.

Seperti yang tertera, insyaAllah Persatuan Alumni SM Imtiaz Dungun @ ex-Student Imtiaz Dungun (exSIM) akan mengadakan Annual General Meeting dan Grand Dinner [Grand Reunion] seperti butiran yang berikut:

Tarikh : 28 Mei 2011
Masa : 9.00 pagi - 11.30 malam
Tempat : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun (bawah)
Sasaran :-
# Bekas pelajar SMID
# Guru-guru SMIYTD
# Bekas guru-guru SMID
# Staf SMIYTD

Yuran : RM10

Jadi, bagi mereka yang pernah bersekolah di Sekolah Menengah Imtiaz Dungun [atau sebelumnya, Kolej Sains dan Teknologi Al-Quran (KOSTAQ)], antum dialu-alukan untuk menghadiri program ini.

InsyaAllah, bas dari KL ke Dungun disediakan. Pergi (27hb malam) - balik (29hb pagi). Sila buat tempahan seat kepada saya. Penginapan juga disediakan (asrama menengah bawah).

Moga dengan kehadiran antum dan antunna bakal memeriahkan program yang julung-julung kali diadakan ini, serta mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah Taala.

Tolong sebarkan pada rakan-rakan, sahabat-sahabiah yang lain.

"Secangkir Kasih, Segunung Mahabbah, Selautan Ukhuwwah"

Sekian, terima kasih.

Monday, May 9, 2011

Perubahan yang dituntut~~

Saya perlu berubah..dari tampuk lama ke perubahan diri yang lebih baik..

Assalamualaikum wbt.

Sunday, May 8, 2011

Bila diRi Terkenang..

DUNIA ini terlalu HINA tuk membuat kta MENANGIS, terlalu MURAH untuk membuat kta BERSEDIH terlalu LEMAH untuk membuat kta PUTUS ASA. Memang ALLAH tidak menjanjikan Langit itu selalu BIRU, BUNGA selalu MEKAR, MENTARI selalu BERSINAR. TAPI ketahuilah bahwa ALLAH selalu memberi : PELANGI di setiap BADAI. SENYUM disetiap AIR MATA, BERKAH disetiap COBAAN dan JAWABAN disetiap DOA. وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ “Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” [QS. Qaaf : 16]

Bismillah..

lagu Hijjaz berdendang di laptop...judul lagu:mesra desa

Bila terkenangkan desa...
rindu selalu melanda..
pada ayah dan bonda..
sanak dan saudara...
kampung halaman nun jauh di mata..

Nak dengar sendiri, tekan sini.

Kejauhan mengajar diri hidup berdikari.
Jauh dari ibu ayah.
Orang kata kalau nak ubat rindu
tengok la bulan
sebab bulan ni satu je dalam dunia
tapi teori ni x jadik la bagi saya
Sebab kalau kat sini malam, kat sana dah siang.
Ummi abah tengok matahari la..

Ada lagi teori kata, kalau bulu mata sebelah kiri jatuh, ada orang teringatkan kita
so, akak stop ingatkan ummi abah sebab nanti gugur semua bulu mata abah ummi.
Mengarut juga ni. Kalau nk main2 boleh la quote ni. (manis mulut org kata)

Jadi, satu je kita kena pegang, kat mane2 pun kita berada, Islam perlu kita junjung dan Allah Yang MAha Satu sama2 kita sembah. Sampaikan doa kita buat ibu bapa pada Allah, nescaya Allah akan sampaikan. Sayangnya pada Allah. Berkomunikasi denganNya tidak pernah putus talian, tak kira office hour dan tak kira siapa kita ni. Jadilah HambaNya yang Soleh & Solehah..

Kita masih ada Allah kan,? jangan sedih kerana Allah bersama kita.

Abah, akak pasti abah baca blog akak ni kan?
Akak rasa nak balik sangat tahun ni, tahun lepas dah x raya sama2 dah. Ummi pun cakap x jadi la kita nak pakai baju raya sama kaler tahun ni. akak senyum je

Tapi demi menjadi manusia, akak kena stay kat bumi Anbiya' ni. Dengan restu ummi abah jua.

Okey abah. Sampai sini je akak tulis. KAng mengalir pula air mata.

Sambung baca buku, puterinil.....doakan akak exam sabtu ni 14 mei 2011.

Saturday, May 7, 2011

ADAM & HAWA

Buat adam yg mencari cinta hawa..buat hawa yg menanti cinta adam..=)

benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..
untuk adam.. andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..
2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..
3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa.. andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..
2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..
3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

~lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu.. sekadar renungan bersama..^^

Thursday, May 5, 2011

Update

Assalamualaikum.. sekadar update kehidupan hari ni. banyak mana menyumbang kepada Islam?

pagi : solat subuh, baca buku, buat nota, prepare presentation assignment, then pergi universiti

petang : balik univ, solat zohor, pergi beli stetoskop, baca buku, solat asar, ziarah ummi dan walid (pengarah MARA), borak2 sampai maghrib

malam : solat maghrib, kelas tafaqquh, solat isyak, solat jenazah, baca buku lagi, turun makan2 pula kat rumah walid, update blog.

Kat mana sumbangan dalam Islam??

Senang je, kalau niat semua kerana Allah, InsyaAllah..semua akan dibalas sesuai dengan kebaikan dan niat. Belajar kerana Allah, berziarah keran Allah, pendek kata, senang sahaja nak buat baik tetapi manusia yang menyusahkannya.

itu je..

lupa pula nak mention, hari ni call ummi dan gayut sampai 1 jam. Sempat la kuih ummi kembang kan? tinggal nak goreng je :)

KAdang2 takut nak todur, bimbang bila bangun, apsal jasad kat situ? bukan dah bangun ke..rupanya dah masuk alam lain. Masuk ke alam jasad berehat. Bekalan yang ada itu aje jadi teman. Bukan harta, bukan manusia, bukan anak-anak. Tetapi diri bersama amalan..

Satu lagi pengumuman, alhamdulillah, akhirnya saya dah ada akaun FB..Macam mana terbuka hati? Allah sahaja yang mengetahui. Moga ini pilihan terbaik!

p/s : maaf, saya hanya selesa berkawan dgn insan yang sama jantina sahaja di FB.

Wednesday, May 4, 2011

3P and He Reply me ABC

Bismillah...rajin pule update blog time2 exam ni.

Alhamdulillah, masih diberi peluang lagi hidup atas muka bumi Allah. Hari ini, ibu kepada seorang kawan saya, meninggal dunia. Innalillah.. Semoga ditempatkan di tempat orang2 soleh dan dijauhi azab kubur.

Ya Allah, betapa besarnya iman kawanku sehingga diuji dengan kehilangan ahli keluarganya dan insan yang paling dekat bagi kita yang bergelar anak. Yang melahirkan dan membesarkan kita dengan sabar dan penuh kasih sayang. Saya tak boleh nak cerita panjang pasal ibu2 ni, hati wanita mana tak sensitif.

Jangan mengeluh bila ada masalah, kerana Allah ada disisi untuk menolong. Cuma kita kadang2 yang sombong dengan Allah. Mengingati Allah hanyalah pada waktu susah. Bila senang, kita lupa dengan rintihan yang pernah kita adu pada Yang Esa. Tapi, pernah terfikir, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kalau kita lupakan Dia walaupun seminit, Dia tetap memberi nikmat pada kita, nikmat bernafas, nikmat makan, nikmat berjalan dan macam2 sehingga tidak terbilang.

Ya Allah, berikanku kemudahan dalam setiap urusanku.

Berikanlah aku kejayaan di dunia dan akhirat.

p/s : post pendek je :) nak baca buku pula.

Monday, May 2, 2011

TAHU

Bismillah...

Memang semestinya saya tahu apa yang saya tahu
Dan saya tidak tahu apa yang saya tak tahu
tapi,
kadang2 saya tahu apa yang saya tak tahu
dan saya tak tahu apa yang saya tahu

bagitahu apa yang saya perlu tahu
jika saya layak untuk diberitahu

tahu tak kamu saya perlu tau
apa yang perlu saya tahu
bagitaulah saya supaya saya tahu
jangan buat tak tahu pula
kerana nanti saya pura2 tau
apa yang awak tak nak bagitahu saya

Allah Maha Tahu apa yang dizahirkan dan apa yang disembunyikan.
Jadi Berhati-hatilah dengan Allah yang sentiasa memerhati.
Jangan buat2 tak tahu Allah tak tahu
Kerana Allah Maha Tahu setiap perbuatan yang kamu lakukan.

Wallahu'lam..

p/s : puterinil pening dengan modul CVS...sebab xtahu apa yang saya xtahu sebenarnya.
Exam just around the corner

Sunday, May 1, 2011

penantian satu penyeksaan

Bismillah..

lamanya tunggu..4 bulan lagi (mei+jun+julai+ogos)
saya harap anda bersabar sebab saya sangat sabar menunggu.
jangan lupa bagitau saya jawapannya.
moga yang terbaek!
jazakillah kerana mempercayai saya.
really i appreciated it.
i will wait for the that moment patiently.
this post special for you, nobody will understand our situation and our secret until you tell them the good news..

tunggu...................dengan kesabaran. lepas ni saya pula :p


p/s : saya nk jadi TP.
 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com