Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Maha Pencipta Alam ini kerana dengan limpah rahmatNya, diri saya kembali ke dalam diri saya kembali. Jika Allah tidak membenarkan roh kita pulang semula sewaktu kita tidur, maka tiadalah istilah hari esok untuk kita.
Oleh itu, janganlah kita menangguh sesuatu pekerjaan sehingga hari esok kerana belum tentu esok masih ada untuk kita.
Selagimana matahari tidak terbit dari arah barat, selagimana roh tidak disapa oleh Malaikat Izrail, selagi itulah kita masih berpeluang untuk bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah atas segala dosa-dosa kita yang telah lalu. Oleh itu, sama2 kita jangan bertangguh untuk bertaubat. Selagi kita bernama manusia, selagi itu jugalah kita tidak akan pernah lari dari melakukan dosa sama ada kita sedar ataupun tidak sedar. Apatah lagi untuk bergelar ma'sum.
Sewaktu berjalan-jalan di kampung, saya melalui sebuah sekolah PASTI( pusat asuhan tunas islam). Saya terdengar budak-budak itu membaca doa bangun dari tidur. YA! Saya masih ingat juga sewaktu saya berumur seperti mereka, ustazah suruh kami menghafal doa itu.
Waktu kanak2, disuruh menghafal, hafal. disuruh mengira, kira, disuruh baca, baca. Tapi tidak pernah memahami kenapa perlu semua itu. Tapi, setelah diri makin dewasa, ilmu yang ada mestilah diamalkan meskipun sedikit kerana pepatah arab ada berbunyi:
ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TANPA BUAH.
Simple sahaja untuk membaca doa bangun tidur tapi ramai mana yang melakukannya? Bimbang ilmu yang kita miliki akan melaknat kita semula di akhirat kelak. Bimbang Al-Quran yang dihafal menjadi hujah ke atas kita bukan menjadi hujah kepada kita. Astaghfirullah...
Maksud doa yang amat menarik jika difahami dengan mata hati yang sentiasa diterangi dengan nur Hidayah Allah. Jom sama-sama kita mengamalkan baca doa ketika bangun.
Ini sekadarlah muhasabah diri si penulis. Penulis tidak mampu untuk menjanjikan blog ini bermanfaat kerana diri ini amat-amat diakui kurang berilmu. Plus, tiada berbakat untuk menulis dengan baik dan style yang mampu menarik minat orang lain untuk tumpang membaca sama. Jadi, saya mohon maaf atas kekurangan diri.
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit
Wallahua'lam.
0 kata orang:
Post a Comment