Thursday, March 31, 2011

Penat~

Bismillah..

Hari ini sangat penat. Cuti bagai tidak cuti. Bersosial dengan kawan2 ex-floor 7. Terima kasih kawan2..

buat ct, semoga kamu bahagia moving to new house..

~penat..rest session now..

p/s : don't forget to read my love letter to you all..

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu ( yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat :10)

Monday, March 28, 2011

S.R.= Sarcoplasmic Reticulum??

BIsmillah…Dengan namaMu yang Maha Agung.

Meskipun saya tau masa begitu mencemburui saya saat menaip kala ini, saya tetap bertegas untuk menulis. Walaupun diakui menaip tidak selari memberitahu apa yang dirasai oleh diri ini. Kalaulah laptop ini boleh menulis apa yang saya ungkapkan. Alangkah bagusnya! Mungkin boleh reka selepas ini, laptop menaip apa yang diucapkan oleh tuannya. Ataupun rekaan itu sudah wujud di pasaran sekarang cuma saya yang ketinggalan zaman.

Bila diri meningkat dewasa, dunia pula semakin membongkok, dunia berkata pergi, kubur menjemput mari..amanah kian berat menghimpit diri. Imam Syafi’e pernah berteka-teki dengan anak-anak muridnya: Apakah yang paling berat di atas dunia ini? Semua jawapan anak muridnya salah. Jawapannya adalah AMANAH.

YA! Siapa sanggup untuk memikul amanah sedangkan diri sendiri masih lagi terumbang-ambing. Apatah lagi memikul tanggungjawab anak buah yang ramai. Bila telefon berdering, bila bercakap lama sikit..Wah! Orang bizi..(itulah gurauan kawan-kawan padaku.) PAstiku balas dengan senyuman. Bahagia balik Malaysia baru ini kerana tidak perlu fikir pasal tugasan di Mesir ni.

Suka untuk saya mengingatkan diri saya tentang amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas diri ini. SR..itulah tanggungjawabku sekarang ini. SR? sarcoplasmic reticulum ke? Bukan..itu adalah ringkasan untuk Student Representative. Bunyi macam gah tapi yang merasai pasti akan merana. Mengapa tidak? Asyik terfikir bagaimana soalan Allah padaku kelak atas amanah ini.

Aisyah, kenapa kamu tidak tegur anak buahmu supaya menutup aurat?

Aisyah, kenapa kamu biarkan hubungan antara lain jantina terlalu bebas?

Aisyah, kenapa kamu tidak menggunakan nikmat mulut Allah untuk berkata-kata, menegakkan yang hak dan meninggalkan yang batil.

Kenapa dan kenapa?? Maka masuklah kamu ke dalam neraka atas dosa-dosa anak buahmu itu. Nauzubillah minzalik..

Begitulah bayangan-bayangan yang sentiasa bermain di fikiran. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa sahabat-sahabatku. Berikanlah kami petunjukMu supaya terhindar dari azab api neraka.

Perjuangan itu memang pahit kerana syurga itu manis. YA Allah, kurniakanlah ketabahan buat hambaMU yang lemah ini.

p/s : cepat buka buku~ back to study.

Saya sayang semua sahabat-sahabat saya. Kita bekerjasama dan bekerja bersama-sama.

Saturday, March 26, 2011

Ruhul JAdid

Bismillah..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Maha Pencipta Alam ini kerana dengan limpah rahmatNya, diri saya kembali ke dalam diri saya kembali. Jika Allah tidak membenarkan roh kita pulang semula sewaktu kita tidur, maka tiadalah istilah hari esok untuk kita.
Oleh itu, janganlah kita menangguh sesuatu pekerjaan sehingga hari esok kerana belum tentu esok masih ada untuk kita.

Selagimana matahari tidak terbit dari arah barat, selagimana roh tidak disapa oleh Malaikat Izrail, selagi itulah kita masih berpeluang untuk bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah atas segala dosa-dosa kita yang telah lalu. Oleh itu, sama2 kita jangan bertangguh untuk bertaubat. Selagi kita bernama manusia, selagi itu jugalah kita tidak akan pernah lari dari melakukan dosa sama ada kita sedar ataupun tidak sedar. Apatah lagi untuk bergelar ma'sum.

Sewaktu berjalan-jalan di kampung, saya melalui sebuah sekolah PASTI( pusat asuhan tunas islam). Saya terdengar budak-budak itu membaca doa bangun dari tidur. YA! Saya masih ingat juga sewaktu saya berumur seperti mereka, ustazah suruh kami menghafal doa itu.

Waktu kanak2, disuruh menghafal, hafal. disuruh mengira, kira, disuruh baca, baca. Tapi tidak pernah memahami kenapa perlu semua itu. Tapi, setelah diri makin dewasa, ilmu yang ada mestilah diamalkan meskipun sedikit kerana pepatah arab ada berbunyi:

ILMU TANPA AMAL IBARAT POKOK TANPA BUAH.

Simple sahaja untuk membaca doa bangun tidur tapi ramai mana yang melakukannya? Bimbang ilmu yang kita miliki akan melaknat kita semula di akhirat kelak. Bimbang Al-Quran yang dihafal menjadi hujah ke atas kita bukan menjadi hujah kepada kita. Astaghfirullah...

Maksud doa yang amat menarik jika difahami dengan mata hati yang sentiasa diterangi dengan nur Hidayah Allah. Jom sama-sama kita mengamalkan baca doa ketika bangun.

Ini sekadarlah muhasabah diri si penulis. Penulis tidak mampu untuk menjanjikan blog ini bermanfaat kerana diri ini amat-amat diakui kurang berilmu. Plus, tiada berbakat untuk menulis dengan baik dan style yang mampu menarik minat orang lain untuk tumpang membaca sama. Jadi, saya mohon maaf atas kekurangan diri.


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

Wallahua'lam.

Friday, March 25, 2011

Permulaan

Kuliah bagi semester 4 sudah pun bermula..

Mulakan dengan Bismillah..niatkan belajar kerana Allah..

InsyaAllah..

Wednesday, March 23, 2011

S.U.N.W.A.Y. P.Y.R.A.M.I.D.

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan izinNya, kaki ini selamat menjejak di bumi anbiya' buat kali kedua. Jika tidak dengan izinNya mengawal angin dan udara, sudah tentu kapal terbang tidak dapat terbang dengan selamat dan berjaya mendarat di airport Cairo.. Alhamdulillah..

Inilah kali pertama saya pulang ke Malaysia setelah lama bermusafir di bumi Anbiya'. Alhamdulillah, syukur tidak terhingga, Adik2 kian membesar. tidak percaya rasanya tapi itulah hakikat masa yang sentiasa berjalan.

tajuk post macam gempak. Sunway pyramid. tapi x la bermakna saya pergi sana main ice skating. Cuma ternampak masa round2 kat area subang jaya tu.

S.U.N.W.A.Y. P.Y.R.A.M.I.D.

On Sunday, I Fly away to Pyramid (EGYPT).. --betul ke x ayat tu? entahlah..rembat je la, asal masuk gol.

Terima kasih diucapkan kepada abah, ummi, adik2, serta sanak saudara yang menghantar aisyah kat airport kuantan hari itu..

Kepada tok, maafkan aisyah x sempat nak makan rendang yang tok buat.

Terima kasih buat abang, pok su dan pok lang yang sudi teman aisyah kat airport KLIA plak..

Khas buat ummi abah, terima kasih banyak2 bantu anakmu ini sepanjang cuti ni. Maafkan salah silap dan kedegilan sepanjang cuti di rumah tercinta..insyaAllah tahun depan , jika panjang umur kita jumpa lagi..

(kalau abah baca blog ni, abah kirim salam kat ummi dan adik2 ea)

Time baca post seseorang yang amat rapat denganku..saya rasa terharu dan tumpang sedih.. Ye..Aku Ingin Terbang. Itulah tajuk postnya. Terasa diri ini beruntung dapat terbang.. Bersyukurlah..Orang lain masih berimpi untuk terbang..

Bersyukur sangat..sebab dapat balik Malaysia tiket free..

Sekali balik, nak balik sokmo rasanya. Sebab tu malas balik..rindu kamu semua..

Buku MOdul dah beli, miss aya pun dah nak hantar jadual, xde alasan lagi nak bersuka ria..

Ready for next module..INsyaAllah..

Wallahua'lam.

p/s : Tahniah kepada adik2 yang berjaya dalam SPM. Semoga kita semua terus cemerlang dunia dan akhirat. Khas buat adik tercinta, Tahniah! Semoga terus berjaya dan jadi anak soleh.

Wednesday, March 16, 2011

::cerita HAliMAh::

## cerita pasal Halimah##

Mutiara dari sahabat untuk sahabat..

tatkala sibuk bermain game di handphone, handphone berdering..
Halimah terdiam seketika melihat nombor yang tidak dikenali tertera di skrin hp.
5 saat dibiarkan berdering, lantas butang menjawab ditekan.

A :Assalamualaikum, ni cik Halimah ke?
B :ye, saya.
A : Ada dokumen sampai kat kedai fotostat hujung sekali sederet dengan pejabat pendaftaran negara.
B : baiklah, saya ambil sekarang. Terima kasih

sudah lama kutunggu bungkusan itu..akhirnya, ia sampai di tanganku setelah aku menyampaikan mesej kepada abah untuk menuntutnya buatku.

malam itu, ku habiskan masa dengan membaca mutiara-mutiara itu..
begitu bernilai..tidak ternilai dengan wang ringgit dan juga harga skynet..
antara intipati yang dapat kupetik adalah..

Sedalam manakah cinta kita kepada Nabi Muhammad S.A.W. sehingga kisah sejarah hidup baginda tidak kita ketahui secara mendalam..tidak pernah dikhatamkan..tetapi bila bermuhasabah..begitu banyak novel dihabiskan, begitu banyak cerita2 ditamatkan malah siap diulang-ulang..

betul kata orang..tak kenal maka tak cinta..
jadi..salahlah luahan keramat kasih dan cinta kita pada Nabi kerana kita sebenarnya tidak kenal Nabi junjungan besar...

Bila kutitip kembali mutiara dari sahabat...
sahabat menguji dengan soalan sirah Nabi..aku terdiam..
Orang yang cemerlang dalam SPM tidak semestinya cemerlang dalam sirah NAbi Muhammad..

begitulah pesan sahabat...buat sahabat..terima kasih!

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com