Bismillahirrahmanirrahim…
Betul la bak kata abang..semakin hari semakin malas untuk menulis..rasa sudah hilang semangat untuk menulis. insyaAllah, saya mulakan. Kadang2 kita xtau apa ujian Allah pada kita..benarlah Allah berfirman “boleh jadi apa yang kita suka tu, buruk bagi kita. Dan boleh jadi apa yang kita benci tu, baik bagi kita”. Saya pun banyak bermonolog, Allah sedang menguji aku ke? Sehinggakan saya kadang2 x boleh belajar bile fikir pasal masalah yang menimpa diri..nampak saje cool di luar..tapi tidak di dalam.
Pernah ke kita sedar yang kadang2 Allah menguji kita melalui kawan..sebab kita jauh dengan family kan? Orang paling rapat adalah kawan la kan? Lain pulak ceritanya kalau dah berumahtangga..ujian dengan anak2 dan isteri serta suami pulak.. saya suka berkongsi cerita tentang diri saya..
Tarikh keramat esok exam MCQ modul 5, saya sakit agak teruk. Sehingga saya rasa semangat untuk membaca tu dah makin pudar..tapi teringatkan pesan ummi abah, saya perlu untuk tingkatkan markah saya untuk sem 2 kali ni. Malam tu, sakit itu terus mengganggu..pre doctor (kwn2) merawat saya..memang x lupa jasa2 mereka..ada yang tolong bacakan buku, ajar muscle2 dan akhirnya saya terlelap tanpa sempat habis baca buku. Menangis saya bukan sebab ujian kesakitan yang Allah bagi pada saya tapi, rasa keterharuan yang teramat dek kebaikan kawan2. SUNGGUH. Terubat walau ummi tiada di sisi.
Pernah ke kita rasa tersisih?? Kawan2 x care pasal kita..memang tu lumrah bersahabat..kita terima kebaikan & kelemahan kawan kita..begitu jugak sebaliknya. Tapi bagaimana pula perasaan saudara2 seislam kita yang sedang berjuang sekarang..mesti mereka rasa tersisih. Kerana Negara islam lain x bersungguh2 care psal mereka. Kalau saya berada di tempat mereka..of course saya rasa amat kecewa dengan sikap umat islam lain. Pernah x terfikir kenapa Negara lain x bertindak untuk menentang Israel? Saya dapat jawapannya melalui sebuah blog..dimana, duit mampu menukar kejahatan menjadi kebaikan. Disebabkan Israel banyak menguasai ekonomi dengan barang2 produk mereka, Negara lain terpaksa akur akan telunjuk Israel. Takut ekonomi Negara jatuh. Saya menunggu saat2 janji Allah itu tiba..saat kemenangan umat islam itu tiba..kalau bukan kita, siapa lagi?? Fikir2kanlah. “SIAPA YANG MENGUASAI PALESTIN AKAN MENGUASAI DUNIA”
Ya Allah, jadikanlah aku salah seorang tenteraMu.
Cerita lepas exam pulak lain,, kawan2 terus menjaga saya, masak bubur, sup, sebab saya berpantang banyak makanan masa tu..KSP? x boleh jugak.. :0. Kawan2 da start nak beli barang bawak balik ke Malaysia, tanah air tercinta. Saya? Bersemadi di sini..tahun ni. Sorang2 je budak MARA perempuan.
Kadang2 perasaan rindu pada family datang membuak2. Lantas menghantar mesej pada ummi. Dan ummi pun reply mesejku..kalau akak sibuk, xde masa untuk rindu2 ni. Nampak sangat, saya membuang masa. Tepat tekaan ummi. Masa abih exam..saya layan cerita CODE BLUE SEASON 1 &2.
Movie tu, Sedikit sebanyak menaikkan semangat saya untuk jadi doctor yang berkualiti. Bukan balajar untuk lulus exam. Kadang2 orang tanya, macam mana kita nak tau kita ada keberkatan masa? Kita akan rasa masa yang kita lalui tu panjang je(lapang). Banyak perkara yang kita boleh lakukan dalam 24 jam. Sebab kita banyak mengisi masa dengan perkara berfaedah. Tapi kalau orang yang membuang masa tu, sekejap je setahun itu berlalu. Dan sekarang..setahun bakal berlalu sebagai pelajar perubatan Alexandria. Dan saya sentiasa ingatkan diri saya, sesunguhnya setiap saat itu, akan disoal oleh Allah..apa yang kita lakukan..
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
AMAT RUGILAH MANUSIA YANG TIDAK MEMANFA'ATKAN WAKTUNYA UNTUK BERBAKTI
1. Demi masa.2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. (surah al-asr)
p/s: puteri nil..tabahkan hati..perjuangan itu memang PAHIT, sebab syurga itu MANIS.
0 kata orang:
Post a Comment