Tuesday, June 1, 2010

ingat 5 sebelum 5

Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak saya update blog ni..setelah berhari2 berhempas pulas menghafal anatomy..:)
“Bagaimana kamu mengaku beriman sedangkan kamu belum lagi diberi ujian oleh Allah”
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..
SIHAT SEBELUM SAKIT
MUDA SEBELUM TUA
KAYA SEBELUM MISKIN
LAPANG SEBELUM SEMPIT
HIDUP SEBELUM MATI

Berapa ramai di kalangan kita yang bersyukur di atas segala nikmat Allah? Berapa ramai yang tahu bahawa Allah sangat menyayangi hamba2 Nya? Sehinggakan saya berani kata tiada seorang pun yang kamu sayangi dapat menandingi rasa kasih, rasa sayang, rasa cinta padamu..buktinya..berapa ramai yang sanggup untuk bekerja menggerakkan jantung setiap saat supaya darah dapat mengalir ke seluruh badan..dan kita dapat melakukan kerja harian seperti biasa..dari sekecil2 nikmat sehinggalah sebesar2 nikmat iaitu nikmat iman dan nikmat islam, wajib ke atas kita sebagai hambaNya..untuk melahirkan rasa syukur.

Bahkan Nabi Muhammad S.A.W..meskipun Allah telah menjanjikan syurga kepada baginda..baginda tetap bangun untuk solat malam. Saidatina Aisyah r.a bertanya pada baginda: “mengapa wahai suamiku engkau masih solat malam sehingga bengkak kedua2 kakimu sedangkan Allah telah menjanjikan syurga padamu”
Nabi pun bersabda: “sesungguhnya aku adalah antara hamba yang besyukur”

subhanaAllah.. begitu mulia sekali akhlak nabi..insan yang dijanjikan Allah untuk mendapat singgahsana di syurga nanti..dan sudah tentu janji Allah itu pasti..tapi kita sebagai umat Nabi, hamba Allah yang sering melakukan dosa..beramal acuh x acuh sahaja, tidak bersungguh2 untuk meraih singgahsana di syurga Allah..

apabila Allah menunjukkan syurga pada Malaikat..malaikat pun berkata : sekiranya mereka tahu sebegini besarnya nikmat syugaMu..mereka pasti akan berebut2 untuk menjadi di antara ahliNya..

sedikit analogi yang boleh saya kongsikan di sini..bayangkan anda adalah watak utama kali ni..
3…2…1…set..ready!!

Satu hari..anda bejalan2 di dalam hutan berseorangan, tetiba anda menoleh ke belakang dan anda ternampak sang harimau telah menunjukkan taringnya dan siap bersedia untuk mengejar anda..anda pun berlari sepantas mungkin tanpa menoleh ke belakang lagi..sambil berdoa pada Allah..ya Allah..selamatkanlah aku..berilah ilham padaku
Akhirnya, anda terjumpa sebuah perigi.dan anda terus bergantung pada timba itu..dan disebabkan berat badan anda, tali timba itu turun ke dalam perigi dan meninggalkan sang harimau itu terkebil2 di atas memandang anda..mesti di saat itu sudah ada sedikit kelegaaan dalam hati..dan bersyukur pada Allah

Tiba2..air dibawah anda berkocak..dan anda memandang di bawah terdapat 2 ekor buaya yang sedang memerhatikan anda..dan anda sekali lagi berdoa pada Allah di saat kecemasan tahap kritikal seperti itu..untuk menyelamatkan anda..( ada logic ke buaya ada dalam perigi??tapi xpe la..sebab nak dijadikan cerita) huk3..
Pada saat genting seperti itu pula..datang seekor tikus putih memanjat tali timba dan menggigitnya secara perlahan. Setelah itu, saat memandang terus ke arah tikus putih itu, keluar pulak seekor tikus hitam..dan membuat kerjasama dengan tikus hitam itu..
Tatkala itu..hati ini terus berdoa..semoga Allah member ilham dan jalan keluar..tetibe2..terdengar bunyi..
Bbbbbbbbbzzzzz..bbbbbbbbbzzzzzzzzzzz…bbbbzzzzzzz………..bbbbbbbzzzzzzzzzzzzzzzz
Bunyi ape agaknya? Haha..itulah sang lebah yang sedang membawa madunya..anda terus menoleh ke langit dan memandang ke arah bunyi itu..tanpa disedari..madu yang dibawa lebah itu..jatuh dan masuk ke dalam mulut anda..anda terus lupa akan kesusahan yang anda alami seketika dek kelazatan madu itu walaupun hanya setitik…
~THE END~~

Alamak? Camtu je ending dye..x bestnye kan..tapi xpe la..anda sambung cerita di atas mengikut kreativiti anda masing2..

Berikut adalah analogi dari kisah di atas..
Sang harimau- maut yang sentiasa mengejar kita..semakin hari semakin kita mendekati kematian
Buaya-malaikat yang menjaga neraka..bengis menerima kedatangan diri kita yang penuh dengan dosa
Tikus putih dan hitam-waktu siang dan malam yang kita lalui sepanjang hidup didunia
Tali timba-tempoh hayat waktu kita yang semakin pendek
Last sekali adalah lebah- nikmat dunia yang sementara yang mampu melalaikan manusia..

Wallahua’lam..segala kekurangan..harap dikomen…syukran

0 kata orang:

Post a Comment

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com