Thursday, May 13, 2010

KTM di stesen terakhir!!

salam perjuangan buat kawan2 semua..moga hari ni..masih indah dengan sinaran hidayah dari Allah..

first of all, saya nk ucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat 2 sahabat saya
iejah rahman dan salmiah_mmp(maahad)..moga berpanjangan umurnya dengan azam meningkatkan amalan dan kualiti diri..insyaAllah..kita cuba sama2.. sebut pasal sambut besday ni..dulu2..family langsung x pernah sambut besday saya..juz wish n masak sedap2..masa kecik2 dulu..saya pernah mintak nak sambut besday kat rumah ngan kawan2..sebab jiran sebelah selalu buat setiap tahun...pada masa tu..saya masih x mengerti..sehinggalah dah besar macam ni..tahun lepas..kawan2 saya beli kek coklat untuk saya..bagi hadiah..saya sgt2 menghargai..SERONOK!! n then ceritalah kat abang tercinta di UM...agak2 apa yang abang saya reply??? cuba teka~~~~~~

si abg : abg syor sambut besday dengan sujud syukur dan solat hajat..tanda terima kasih pada Allah dan jugak buat hajat baru...
si adik: Allah(terdiam je)..pahtu saya balas..abg nk la tu kek coklat, kan2? hehe (padahal si adk malu sndri)
p/s: x salah pun nk sambut besday..asalkan xde benda2 haram dlm majlis tu..tahun depan boleh la sambut lagi kwn2..(peace)

semalam adalah kelas tafaqquh mingguan (KTM)terakhir utk sem ni. ust ada share satu cerita yang boleh kita sama2 amik pengajarannya..insyaAllah..

diceritakan pada zaman dahulu..malik bin dinar..seorang yang kehidupannya penuh dengan dosa..dengan izin Allah S.W.T. beliau telah memluk islam dan bergelar seorang yang wara'..satu hari..ada orang bertanya kepada malik bin dinar.. bagaimana kamu boleh bertaubat ya malik?
maka malik pun menceritakan kisah hidupnya...
dulu aku seorang kaki botol..arak sudah menjadi sebahagian hidupku. aku telah berkahwin dengan seorang perempuan dan mendapat seorang puteri( cahaya mata)..
setiap hari aku akan bermain dengan anakku, mendukung, memberi sepenuh kasih sayang, dibawa ke mana sahaja aku pergi.
sehinggakan anakku ketika sudah berumur 2 tahun, sudah pandai menghidangkan arak padaku..kerana tahu aku serang kaki botol.
dengan izin Allah Taala, anakku itu tadi meninggal dunia pada umur 2 tahun.
kebetulan satu malam..15 syaaban..malam jumaat..aku bermimpi kiamat telah berlaku.. semua orang dihimpunkan secara beramai2..tiba2 aku terdengar bunyi desiran di tepiku.. aku dalam keadaaan takut, berpaling perlahan2...dan ternampak seekor ular besar mengangakan mulutnya seluas2nya..dan aku terus lari..sehinggalah aku sampai ke satu kawasan aku terjumpa seorang pakcik tua..aku meminta dia menolongku..tapi pakcik tersebut menjawab.."aku sudah dhaif..aku x mampu untuk menolongmu". lalu aku terus lari kerana ular tersebut masih lagi mengejar aku..sehingga aku sampai ke tebing neraka.
lantas aku mendengar satu suara...
KAMU BUKAN AHLI NERAKA...SILA PATAH BALIK..
kemudian aku melihat satu bukit yang diperbuat daripada emas dan perak. tingkap dan pintu ditutup rapat dengan langsir emas dan perak..kemudian Malaikat menyuruh untuk membuka pintu supaya aku dpaat masuk ke dalam rumah itu..tiba2 keluar seorang kanak2..kanak2 itu berkata..hai semua tentera..TOLONGLAH SI FULAN BIN SI FULAN(yakni Malik bin Dinar)..menentang musuhnya...
kemudian kanak2 tersebut bersalaman denganku..dan menunjukkan tangan kiri kepada ular tersebut..dan ular itu lari..
maka aku bertanya kepadanya...SIAPA KAMU?
saya adalah anak tuan. anak kecil tadi meminta Malik bin Dinar untuk bertaubat.. anak kecil itu membacakan ayat Quran dan timbul rasa hairan pada diri Malik..masakan anakku pandai membaca Quran sedangkan dia telah meninggal pada usia 2 tahun. kalau begitu..wahai anak kecil..beritahu aku apa makna lelaki tua tadi yang x mampu menolongku..
maka anak kecil itu menjawab: lelaki tua tadi adalah gambaran kepada amal kebajikanmu sekarang..yang x mampu untuk menolongmu untuk menentang ular tersebut.
dan..apa maksud ular tersebut itu tadi pula? tanya Malik..
ular besar itu adalah gambaran dosa kamu yang begitu banyak..
apabila anak kecil itu sudah memberi jawapan. Mali terus terjaga dari tidur.. dan Allah mengangkat darjat Malik bin Dinar menjadi golongan alim..

moga kawan2 dapat pengajaran dari kisah di atas..
Ya Allah..ampunilah dosa kami..sesungguhnya kami banyak melakukan maksiat kepadaMu.. jadikanlah kami hamba yang soleh dan solehah..dan mendapat tempat di syurga FirdausMu nanti..
Ameen~~~


wallahua'lam..

0 kata orang:

Post a Comment

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com