Thursday, May 13, 2010

Aku hambaMu yang HIPOKRIT

Aku hambaMu yang HIPOKRIT, Ya Allah..
Bismillahirrahmanirrahim…ku mulakan kalam dengan penuh rasa syukur pada Allah kerana masih memberi pinjam nikmat2 padaku hingga saat ini.
“Sekiranya aku menghitung nikmat2Mu nescaya tidak terhitung”
insyaAllah..hari ni entah kali ke berapa pihak U menjanjikan untuk mengeluarkan result sem 1 kami.. ku serahkan sepenuh penyerahan pada Allah…sesungguhnya Dia Maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..
kholas kidah intro…(habis dh intro)
kali ni saya nk buat satu sketsa kehidupan dgn menggunakan watak2 yang x wujud..bolehlah pembaca nk jadi pelakon kejap…di bawah adalah jalan citenya..
tika azan berkumandang..aku terus meluru ke bilik air..untuk mengambil wudhuk.. persisnya Nampak si kekasih memanggil untuk temujanji 5 kali sehari…
betulkan saf!!rapat2kan saf!! Kebetulan aku ditaklifkan menjadi imam pada hari itu…dengan suara yang lantang..aku menyebut kalimah agung itu..
ALLAHU AKBAR!!!!!!!
Al-fatihah dibaca..sejurus selepas doa al-iftitah…tibe2..ketika solat..hujan turun..hati berbisik…
“hujan dah turun..kain belum angkat lagi..Allah..nanti ummi marah”..
Ataupun tibe2 bau masakan mak…sedapnya ayam masak pedas…lepas ni aku nk terus ke dapur..
Ataupun…tibe2..hish..muscle apa yang insert kat styloid process..Allah, baru baca tadi…
Ataupun..kring3~~~..hati berbisik..siapa pulak yang kol ni..mungkin si fulan bin si fulan kot..
Hati ini kosong tatkala solat menyembah Raja segala Raja..sedangkan tadi kita menyebut..Allah Maha Besar..tapi kita masih lagi memikirkan hal dunia..sehinggakan Allah bertanya pada kita..siapa yang lebih kau besarkan..Aku atau apa yang engkau ingatkan tadi…kita berdusta dengan diri sendiri..hati tidak membenarkan apa yang lisan akui… kenapa begitu terjadi pada kita? Sebab hati kita kotor..kotor dengan titik hitam dosa yang kita sering pandang enteng..
Kenapa kita harus memberus gigi setiap hari???? Supaya gigi kita kelihatan putih dan bersih.. begitu juga dengan hati kita…perlu dibersihkan setiap hari…bagaimana? Dengan beristighfar pada Allah..hitung semula segala dosa2 kita..bersihkan secara pelahan2 titik hitam itu..apabila terlalu banyak titik hitam..maka hati akan menjadi keras..lalu hati terkunci dari hidayah Allah Taala..and the end..matilah hati kita..pada waktu itu..pohonlah pada Allah..moga dikurniakan hati yang baru… semoga kita belum lagi terlambat untuk memohon taubat pada Allah. Dan ketahuilah ketawa banyak jugak menyebabkan hati kita mati..
Ya muqallibal qulub..thabbit qulubana ala dinik…
Sesungguhnya dua mata yang diharamkan Allah pada api neraka ialah mata yang menangis menyesal akan dosa2 lalu dan jugak mata yang bangun bertahajjud di kala orang lain lena dibuai mimpi..

hati yang bagaimana yang kita nak persembahkan pada Allah Taala??? Diceritakan betapa bersih hati Nabi junjungan besar Nabi Muhammad..sehinggakan bila ada orang tarik jubah dan serban baginda, baginda hanya senyum..membuktikan bahawa hati Nabi ni bersih..
kita pula bagaimana? pantang disentuh...terus melenting..itulah segumpal darah bernama hati~~~

Akhir kalam, jika hati elok..maka eloklah segalanya..jika hati itu buruk, maka buruklah segalanya..pintalah yang terbaik..kerana syurga itu MATLAMAT kita..dan sedarlah Allah Maha Pengampun..
Jagalah hati..jangan kau kotori..jagalah hati..cahaya hidup ini..( lagu cg alias suka nanyi2 dulu masa sekolah rendah) huk3..bermakna~~
Wallahua’lam

0 kata orang:

Post a Comment

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com