Thursday, May 13, 2010

Aku hambaMu yang HIPOKRIT

Aku hambaMu yang HIPOKRIT, Ya Allah..
Bismillahirrahmanirrahim…ku mulakan kalam dengan penuh rasa syukur pada Allah kerana masih memberi pinjam nikmat2 padaku hingga saat ini.
“Sekiranya aku menghitung nikmat2Mu nescaya tidak terhitung”
insyaAllah..hari ni entah kali ke berapa pihak U menjanjikan untuk mengeluarkan result sem 1 kami.. ku serahkan sepenuh penyerahan pada Allah…sesungguhnya Dia Maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..
kholas kidah intro…(habis dh intro)
kali ni saya nk buat satu sketsa kehidupan dgn menggunakan watak2 yang x wujud..bolehlah pembaca nk jadi pelakon kejap…di bawah adalah jalan citenya..
tika azan berkumandang..aku terus meluru ke bilik air..untuk mengambil wudhuk.. persisnya Nampak si kekasih memanggil untuk temujanji 5 kali sehari…
betulkan saf!!rapat2kan saf!! Kebetulan aku ditaklifkan menjadi imam pada hari itu…dengan suara yang lantang..aku menyebut kalimah agung itu..
ALLAHU AKBAR!!!!!!!
Al-fatihah dibaca..sejurus selepas doa al-iftitah…tibe2..ketika solat..hujan turun..hati berbisik…
“hujan dah turun..kain belum angkat lagi..Allah..nanti ummi marah”..
Ataupun tibe2 bau masakan mak…sedapnya ayam masak pedas…lepas ni aku nk terus ke dapur..
Ataupun…tibe2..hish..muscle apa yang insert kat styloid process..Allah, baru baca tadi…
Ataupun..kring3~~~..hati berbisik..siapa pulak yang kol ni..mungkin si fulan bin si fulan kot..
Hati ini kosong tatkala solat menyembah Raja segala Raja..sedangkan tadi kita menyebut..Allah Maha Besar..tapi kita masih lagi memikirkan hal dunia..sehinggakan Allah bertanya pada kita..siapa yang lebih kau besarkan..Aku atau apa yang engkau ingatkan tadi…kita berdusta dengan diri sendiri..hati tidak membenarkan apa yang lisan akui… kenapa begitu terjadi pada kita? Sebab hati kita kotor..kotor dengan titik hitam dosa yang kita sering pandang enteng..
Kenapa kita harus memberus gigi setiap hari???? Supaya gigi kita kelihatan putih dan bersih.. begitu juga dengan hati kita…perlu dibersihkan setiap hari…bagaimana? Dengan beristighfar pada Allah..hitung semula segala dosa2 kita..bersihkan secara pelahan2 titik hitam itu..apabila terlalu banyak titik hitam..maka hati akan menjadi keras..lalu hati terkunci dari hidayah Allah Taala..and the end..matilah hati kita..pada waktu itu..pohonlah pada Allah..moga dikurniakan hati yang baru… semoga kita belum lagi terlambat untuk memohon taubat pada Allah. Dan ketahuilah ketawa banyak jugak menyebabkan hati kita mati..
Ya muqallibal qulub..thabbit qulubana ala dinik…
Sesungguhnya dua mata yang diharamkan Allah pada api neraka ialah mata yang menangis menyesal akan dosa2 lalu dan jugak mata yang bangun bertahajjud di kala orang lain lena dibuai mimpi..

hati yang bagaimana yang kita nak persembahkan pada Allah Taala??? Diceritakan betapa bersih hati Nabi junjungan besar Nabi Muhammad..sehinggakan bila ada orang tarik jubah dan serban baginda, baginda hanya senyum..membuktikan bahawa hati Nabi ni bersih..
kita pula bagaimana? pantang disentuh...terus melenting..itulah segumpal darah bernama hati~~~

Akhir kalam, jika hati elok..maka eloklah segalanya..jika hati itu buruk, maka buruklah segalanya..pintalah yang terbaik..kerana syurga itu MATLAMAT kita..dan sedarlah Allah Maha Pengampun..
Jagalah hati..jangan kau kotori..jagalah hati..cahaya hidup ini..( lagu cg alias suka nanyi2 dulu masa sekolah rendah) huk3..bermakna~~
Wallahua’lam

KTM di stesen terakhir!!

salam perjuangan buat kawan2 semua..moga hari ni..masih indah dengan sinaran hidayah dari Allah..

first of all, saya nk ucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat 2 sahabat saya
iejah rahman dan salmiah_mmp(maahad)..moga berpanjangan umurnya dengan azam meningkatkan amalan dan kualiti diri..insyaAllah..kita cuba sama2.. sebut pasal sambut besday ni..dulu2..family langsung x pernah sambut besday saya..juz wish n masak sedap2..masa kecik2 dulu..saya pernah mintak nak sambut besday kat rumah ngan kawan2..sebab jiran sebelah selalu buat setiap tahun...pada masa tu..saya masih x mengerti..sehinggalah dah besar macam ni..tahun lepas..kawan2 saya beli kek coklat untuk saya..bagi hadiah..saya sgt2 menghargai..SERONOK!! n then ceritalah kat abang tercinta di UM...agak2 apa yang abang saya reply??? cuba teka~~~~~~

si abg : abg syor sambut besday dengan sujud syukur dan solat hajat..tanda terima kasih pada Allah dan jugak buat hajat baru...
si adik: Allah(terdiam je)..pahtu saya balas..abg nk la tu kek coklat, kan2? hehe (padahal si adk malu sndri)
p/s: x salah pun nk sambut besday..asalkan xde benda2 haram dlm majlis tu..tahun depan boleh la sambut lagi kwn2..(peace)

semalam adalah kelas tafaqquh mingguan (KTM)terakhir utk sem ni. ust ada share satu cerita yang boleh kita sama2 amik pengajarannya..insyaAllah..

diceritakan pada zaman dahulu..malik bin dinar..seorang yang kehidupannya penuh dengan dosa..dengan izin Allah S.W.T. beliau telah memluk islam dan bergelar seorang yang wara'..satu hari..ada orang bertanya kepada malik bin dinar.. bagaimana kamu boleh bertaubat ya malik?
maka malik pun menceritakan kisah hidupnya...
dulu aku seorang kaki botol..arak sudah menjadi sebahagian hidupku. aku telah berkahwin dengan seorang perempuan dan mendapat seorang puteri( cahaya mata)..
setiap hari aku akan bermain dengan anakku, mendukung, memberi sepenuh kasih sayang, dibawa ke mana sahaja aku pergi.
sehinggakan anakku ketika sudah berumur 2 tahun, sudah pandai menghidangkan arak padaku..kerana tahu aku serang kaki botol.
dengan izin Allah Taala, anakku itu tadi meninggal dunia pada umur 2 tahun.
kebetulan satu malam..15 syaaban..malam jumaat..aku bermimpi kiamat telah berlaku.. semua orang dihimpunkan secara beramai2..tiba2 aku terdengar bunyi desiran di tepiku.. aku dalam keadaaan takut, berpaling perlahan2...dan ternampak seekor ular besar mengangakan mulutnya seluas2nya..dan aku terus lari..sehinggalah aku sampai ke satu kawasan aku terjumpa seorang pakcik tua..aku meminta dia menolongku..tapi pakcik tersebut menjawab.."aku sudah dhaif..aku x mampu untuk menolongmu". lalu aku terus lari kerana ular tersebut masih lagi mengejar aku..sehingga aku sampai ke tebing neraka.
lantas aku mendengar satu suara...
KAMU BUKAN AHLI NERAKA...SILA PATAH BALIK..
kemudian aku melihat satu bukit yang diperbuat daripada emas dan perak. tingkap dan pintu ditutup rapat dengan langsir emas dan perak..kemudian Malaikat menyuruh untuk membuka pintu supaya aku dpaat masuk ke dalam rumah itu..tiba2 keluar seorang kanak2..kanak2 itu berkata..hai semua tentera..TOLONGLAH SI FULAN BIN SI FULAN(yakni Malik bin Dinar)..menentang musuhnya...
kemudian kanak2 tersebut bersalaman denganku..dan menunjukkan tangan kiri kepada ular tersebut..dan ular itu lari..
maka aku bertanya kepadanya...SIAPA KAMU?
saya adalah anak tuan. anak kecil tadi meminta Malik bin Dinar untuk bertaubat.. anak kecil itu membacakan ayat Quran dan timbul rasa hairan pada diri Malik..masakan anakku pandai membaca Quran sedangkan dia telah meninggal pada usia 2 tahun. kalau begitu..wahai anak kecil..beritahu aku apa makna lelaki tua tadi yang x mampu menolongku..
maka anak kecil itu menjawab: lelaki tua tadi adalah gambaran kepada amal kebajikanmu sekarang..yang x mampu untuk menolongmu untuk menentang ular tersebut.
dan..apa maksud ular tersebut itu tadi pula? tanya Malik..
ular besar itu adalah gambaran dosa kamu yang begitu banyak..
apabila anak kecil itu sudah memberi jawapan. Mali terus terjaga dari tidur.. dan Allah mengangkat darjat Malik bin Dinar menjadi golongan alim..

moga kawan2 dapat pengajaran dari kisah di atas..
Ya Allah..ampunilah dosa kami..sesungguhnya kami banyak melakukan maksiat kepadaMu.. jadikanlah kami hamba yang soleh dan solehah..dan mendapat tempat di syurga FirdausMu nanti..
Ameen~~~


wallahua'lam..

Friday, May 7, 2010

mari uji minda!!

salam w.b.t.
hari ni alhamdulillah Allah masih lagi kesempatan untuk saya mengumpul amalan untuk bekalan di akhirat..kawan2 camne plak?? insyaAllah kita same2 baiki diri.. ok?
rasa macam nak jadi cikgu hari ni..cuba kawan2 sebut perkataan kat bawah ni selaju mungkin dan catat masa..siapa yang dapat pecah rekod ni..sila tuntut hadiah dengan saya ek..(peace)

satu... dua.... tiga.........mula......

"YELLOW LORRY RED LORRY"
sebut seberapa kerap...

ade terbelit x lidah?? atau momentum dah makin kurang kalau sebut banyak kali..dah putus asa ker? x payah lah sebut benda yang x berfaedah ni..kalau selawat..ada jugak pahalanya kan..??

alamak..tadi dia jugak yang suruh sebut...jangan marah ek...gurau jer...
apa yang sahabat2 dapat daripada game kat atas??

masa mula2 kita mampu lagi kawal lidah untuk sebut RED dengan betul2..tapi lame2 kita dah mula berbelit...

nak habaq kat sini...agenda musuh ni masuk secara halus..contohnya...
masa mula..kawal lagi..hish..mana boleh pegang2 tangan..lama2..xpe la pegang sikit2 je...lame2 syaitan menghasut sampailah kita rasa dah benda itu adala perkara biasa..
macam yang terjadi kat remaja2 sekarang...jom kita sama2 cegah kemungkaran!! dan berbuat kebaikan~~~

Nabi pernah berkata: syaitan telah berputus ada dengan perkara2 yang besar..oleh itu..berhati2lah kamu dengan perkara2 kecil...

wallahua'lam..nak study plak..
p/s: sori la kalau blog x terurus sangat..x sempat nk edit pape2 yang kurang kat situ..akui kelemahan diri sendiri...syukran

janji seorang kekasih (^-^)

salam w.b.t.
harini..langsung x study..5 muka surat je..tu pun physio..tulang..x payah kire la..x sentuh pun harini..astaghfirullah..lalinya aku menunaikan amanah sebagai seorang penuntut ilmu ya Allah..ampunilah aku..
sebelum berakhirnya madrasah AR-RAZI tadi..ust ade buat survey mengenai amalan harian kami...siapa yang lewat subuh...ustaz suh angkat tangan..yang angkat baguslah..
bagus kerana SIFAT JUJURnya itu namun x bagus sebab lewat solat subuh...
ada jugak yang malu2 nak angkat..(mungkin saya antara golongan itu) sebab bg ust..bukanlah lewat subuh tu..dah habis subuh..TAPI...30 minit lepas azan..
ramai sahabat2 kita hari ni..lebih berdisiplin dengan akademik berbanding dengan IBADAH.. contohnya...
stay up sampai pagi study..bersengkang mata..tapi subuh terlepas..tiada keberkatan hidup seperti itu..mungkin kalian pernah mendengar kisah zaman sahabat Nabi...
ada seorang sahabat yang terlewat subuh disebabkan solat malam.. Nabi bagitau..aku lebih suka kalau solat subuh di awal waktu berbanding solat subuh lewat hanya kerana solat malam..itupun sebab solat malam..inikan pula study..
orang yang saya respect adalah orang yang mampu jaga studyNya..dan menjaga hubungan dengan Allah...
assume kita nk jumpa kekasih dibawah sinar pelita minyak..(zmn dulu2 punya keadaan nih)
janji pukul 5 tapi dah terpacak pukul 4.30 petang..tapi kalau dengan Allah( pencipta kita)..kita boleh lagi berlengah..astaghfirullah..ampunilah hambaMu yang banyak melakukan dosa2...


cara terbaik untuk kita islah diri..sediakan buku amalan..kita check setiap hari..catat perkataan kita..amalan baik kita..waktu solat kita..n then kita nilai..sebab ada hadis menyebut

"HISABLAH DIRI KAMU SEBELUM DIRI KAMU DIHISAB"

WALLAHUA'LAM..
 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com