Sunday, July 10, 2011

T_T Oh Dunia~

Bismillahirrahmanirrahim...

Selawat pada nabi..

Hari ni, saje2 nak menulis apa yang boleh di"share" dengan semua. Alhamdulillah, paper first baru je habis tadi. 4 lagi menunggu. Usaha selagi boleh. Bila time exam macam ni, saya sokmo ingat satu mesej yang kawan saya bagi, sampai sekarang saya ingat.

**********************************

Kebetulan hari tu, memang kalut, semua buku terbuka, rasa macam nak jadi mesin scanner dah masa tu. scan semua ilmu dalam buku. Itulah padahnya kalau ilmu dalam buku, bukan dalam dada. (terkena dgn ayat sendiri pulak).. Dalam kalut2 tu, ringtone mesej bunyi,

dalam hati; " alah, masa ni la pulak orang nak hantar mesej". Tapi luangkan masa jugak la baca mesej tu. Mana tau penting atau pasal kerja ke. Buka2 tu, terus terdiam.

suspens pulak..

kawan saya hantar, Good luck exam. Usah bimbang jika kamu x habis ulangkaji, tetapi bimbanglah jika Allah langsung tidak memberkati usaha yang kamu lakukan.

Astaghfirullah, takutnya kalau selama ni saya revise, kekadang niat terpesong. Bukan lagi niat kerana Allah.

Lepas tu, saya terus berpegang pada prinsip hidup saya yang baru. Berusaha semampu saya kerana Allah dan lepas tu bertawakkal. Rajinkan solat hajat dan berserah pada Allah.

Bila exam, semua jadi baik. Baiki hubungan dengan Allah dan manusia. Biasalah manusia, bila berhajat pada Yang Esa, ingat Allah. Bila dah lepas kesusahan tersebut, lalai semula. Kalau tak percaya apa yang saya cakap ni. Boleh la kita sama2 tengok firman Allah dalam surah az-zumar ayat 8..

Dan apabila manusia ditimpa bencana, dia memohon pertolongan kepada Tuhannya dengan kembali taat kepada-Nya, tetapi apabila Dia memberikan nikmat kepadanya, dia lupa (akan bencana) yang pernah dia berdoa kepada Allah sebelum itu, dan diadakannya sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya.....

Sekarang ni, ramai anak muda lalai dengan kehidupan dunia, seolah-olah dunia ini adalah syurga.
Allah telah memberi musim panas( Mesir) untuk sama-sama kita muhasabah balik. Panas beginikah aku di Padang Mahsyar. Kalau sekarang kita berpeluh, baju akan serap peluh kita. Tapi kat Mahsyar nanti. Matahari hanya sejengkal atas kepala kita. Lemaskah kita dalam lautan peluh kita? Wallahua'lam.. Sama2 check amalan kita.

Surah Yunus ayat 30..

Di tempat itu(padang Mahsyar) setiap jiwa merasakan pembalasan dari apa yang telah dikerjakannya (dahulu) dan dikembalikan kepada Allah, pelindung mereka yang sebenarnya, dan lenyaplah dari mereka apa(pelindung palsu) yang mereka ada-adakan..

siapa2 yang baca post saya ni, sekiranya anda mempunyai couple, dalam erti kata lain, anda mempunyai awek atau pakwe yang haram hubungannya pada kamu, fikirkanlah sekali lagi. Memang kita tak dapat nak menolak rasa cinta yang hadir sebab itu fitrah. Tidak normal la seseorang kalau langsung tiada rasa ingin menyayangi dan disayangi.

Tapi saya memohon, fikirkan sekali lagi. Jika anda bercouple keluar sana sini, pegang tangan, menghampiri zina. Dan akhirnya, kamu berkahwin. *kalau kawen, kalau tak??

Anak yang lahir pula, kamu nak didik macam mana? Mahukan anak yang soleh dan solehah. Mesti la kan. Takkan nak didik anak untuk kurang ajar pada kita. Kalau boleh, dari kecil lagi, nak ajar Al-Quran, pandai baca bila besar nanti.

Tapi, bagaimana kamu ingin memiliki semua impian itu kalau mukaddimah perkenalan kamu dengan suami sudah melanggari syari'e. Larangan Allah. Kalau kamu tak tahu, takpe. So, sekarang dah tahu la kan, sebab saya bagitau la ni. Kalau dah tau, tapi nak guna alasan, takpe la. Nanti saya tobat la. Cuba mai cakap siapa yang boleh jamin dia hidup lagi ke tak esok.

Dunia ini hanyalah pentas lakonan. Terserah kepada untuk menjadi pelakon atau penonton. Memang sesungguhnya kehidupan dunia ini adalah penjara bagi mukmin kerana ganjaran lebih besar menanti dia akhirat sana.

Teringat pula kisah pokok jagung dan lalang.

Kalau kamu tanam lalang, ada tak jagung? mesti la xde. tak pernah dalam rekod pun, lalang mengeluarkan jagung.

Tapi, kalau kamu tanam pokok jagung, lalang akan tumbuh sekali. Menyibuk je lalang ni. :)
dan sah-sah la kita dapat makan jagung yang sedap.

Begitulah perumpamaan.( dunia=lalang.) ( akhirat tu=jagung.)

Bila kejar akhirat, dunia akan ikut sekali, Tapi kalau kejar dunia je, akhirat takkan datang sekali.

Wallahua'lam.

Salah satu doa saya nanti kat haramain. Semoga Allah memelihara kawan2 saya semua dan diberi keimanan yang kuat untuk terus bertakwa pada Allah.

p/s :Rasa puas bila dapat menulis dengan karya sendiri walaupun tak hebat sangat menulis ni. At least, saya cuba walaupun saya tahu, saya je yang akan baca blog ni.


Friday, July 8, 2011

exam akak!

Assalamualaikum abah..

Abah sihat? Akak mesti tengah exam saat abah buka post blog akak ni.
InsyaAllah, akak akan exam pada tarikh berikut :

10- end of module 13
12- final exam module 13
20-final exam module 11
26-final exam module 12
28-final exam module 14

Macam bese la abah, before abah tanya akak nak abah buat ape, akak jawab dulu2 la ni. tolong doakan dan solat hajat. doakan yang terbaik untuk akak. Jika berjaya itu baik bagi akak, insyaAllah Allah akan bagi. Mudah-mudahan.

p/s: kirim salam kat ummi dan adik2 dan juga ehem2 abah. keep it secret abah. (gembira)

Tuesday, July 5, 2011

Soalan TuhaN, bersediakah kita untuk menjawabnya?

1... . Allah won't ask what kind of car you drove, He'll askhow many people you drove who didn't have transportation.

2... . Allah won't ask the square feet of your house, He'll ask how many people you welcomed into yourhome.

3... . Allah won't ask about the clothes you had in your closet, He'll ask how many you helped to clothe.

4... . Allah won't ask what your highest salary was, He'll ask if you compromised your character to obtained it.

5... . Allah won't ask what your job title was, He'll ask if you performed your job to the best of your ability.

6... . Allah won't ask how many friends you had, He'll ask how many people to whom you were a friend to them.

7... . Allah won't ask in what neighborhood you lived, He'll ask how you treated your neighbors.

8... . Allah won't ask about the color of your skin, He'll ask about the content of your character.

9... . Allah won't ask why it took you so long to seek salvation, He'll lovingly take you to yourmansion in heaven,and not to the gates of Hell.

10... Allah won't ask how many people read this, He'll ask if you were ashamed to get more Islamic knowledge and share them with your friends...

 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com