


BermusaFir di DuniA MenCari BekalaN Untuk KamPung AbADi, AkhiRAt



salah satu bulan yang diiktiraf oleh Allah taala sebagai salah satu daripada empat bulan haram.Jika kita selak kembali catatan sejarah zaman arab jahiliyyah da-hulu, antara aktiviti sepanjang tahun yang terpenting dilakukan oleh masyarakat arab adalah berperang antara kabilah-kabilah yang turun-temurun bermusuhan. Namun, lain ceritanya apabila tiba bulan haram. Mereka akan berhenti berperang sebagai tanda menghormati bulan terse-but. Mereka yang masih membunuh atau melakukan serangan terhadap kabilah lain dianggap melanggar kesucian dan ke-hormatan bulan haram.
ISRAK MIKRAJ.Oh, terdapat satu lagi fakta yang ramai da-ripada kita sudah tahu. Berlakunya peri-stiwa israk mikraj ini adalah pada tahun kesedihan bagi Rasulullah SAW, apabila baginda SAW kehilangan dua orang insan kesayangan iaitu bapa saudara Abu Talib bin Abdul Mutalib serta teman hidup Saidatina Khadijah binti Khuwailid Radiallahuanha.
Menjadi benar dan membenarkan.Maka, ini adalah satu cabaran agar kita membuktikan, atau dengan kata lain membenarkan keyakinan dan keimanan kita kepada Allah taala. Apakah yang mampu kita lakukan untuk membuktikan dakwaan bahawa kita beriman? Tak perlu dipertonton kepada sesiapa, ia adalah satu hubungan langsung antara seorang hamba dengan Rabbnya. Bagaimana? Mampukah anda untuk membuktikan keyakinan anda?
Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.
Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.
Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.
Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.
Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yg menciptakan segalanya, yg menimpakan ujian, yg menjadikan sakit hatimu, yg membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu..kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yg sia-sia..bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yg Dia mahu kerana Dia tahu, hati yg sebeginilah yg lebih lunak, mudah untuk dekat dan akrab denganNya..