Tuesday, February 22, 2011

LaMa MenYepi..

Bismillah..

Memang diakui, sungguh lama menyepi diri..
Jari tidak rancak lagi menari di atas papan kekunci..
Tidak bermakna penulis berkubur
tidak bernisan

Hanya syukur yang dipanjatkan ke atas Illahi
dipertemukan semula dengan insan yang disayangi
dan sungguh dirindui
Moga cuti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

tiada apa yang dapat dinukilkan di blog
kerana masa sedang memburu
cuma hamba ingin berpesan
berfikir dan berzikirlah selalu
berbaktilah kepada ibu bapa
moga menjadi anak yang soleh

Mesir bergolak membuat rusuhan
menjatuhkan pemimpin yang menindas rakyat
kini Libya pula mengikuti
apa nak jadi dengan dunia sekarang

Usah hairan dengan keadaan
Perang Dunia ke3 bakal meletus
tatkala manusia saling bermusuhan
itulah janji Illahi
kiamat pula kian menghampiri
bagaimanakah dengan persiapan diri?

p/s : post yang simple sahaja. tidak sangka kepulangan disambut dengan.....

Monday, January 24, 2011

BeLuM BerNokTaH..


Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan lafaz mulia, lambat-lambat saya tarikan jari jemari di atas papan kekunci laptop kesayangan. Menitipkan apa yang terpendam di dalam hati ini. Bila Semakin sibuk dengan data-data medik di dalam cortex, diri makin galak untuk berblogging. Asbabnya masih tidak dijumpai, mungkin berasa selesa untuk berkongsi dengan sesiapa yang mengenali diri hina ini. boleh jugak menjadi tatapan kenangan di waktu tua nanti. :)

Alhamdulillah, hari ini saya baru je habis exam tepat jam 3 petang tadi waktu tempatan. Modul Central Nervous System. MEmang diakui soalan MCQ agak susah, dan essay questions sebenarnya senang, tetapi tak dapat menjawab dengan baik dan tepat. Panjang saja mengarut. Langsung tidak menjawab soalan. Masalah kesihatan bukanlah men
jadi penghalang, tetapi persediaan diri yang kurang sempurna. MARAH pada diri sendiri tetapi tak tahu macam mana nak menghukum diri...

Petang tadi, kuaturkan ayunan langkah kaki ini lambat-lambat menuju ke stesen tram. Melayan perasaan sendiri sambil memeriksa kembali jawapan sebenar untuk semua soalan exam tadi. "banyak betul jawapan yang tersimpang", bisik pada diri sendiri..


Bayangan kejayaan terasa jauhnya. Sampai saja di meja study, saya duduk dan termenung akan keputusan yang bakal diumumkan nanti. Dengan usaha yang tidak seberapa, memang tak layak untuk dapat keputusan yang cemerlang. Bila fikir-fikir balik,memang dah jadi adat. Sejauh mana usaha kita, setakat itulah yang kita akan dapat. Sama jugak dengan impian semua Mukmin di atas muka bumi ini. bila ditanya, nak masuk neraka ke syurga, semua dengan konfidennya nak masuk SYURGA. Tapi bagaimana usaha kita untuk mendapat tempat yang terbaik di hari kemudian? Alhamdulillah, jika kita tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu sehari semalam, puasa di bulan Ramadhan dan mengikut segala suruhan Allah serta meninggalkan segala laranganNya. Tapi usaha itu tidak begitu setimpal jika dibandingkan dengan qudwah hasanah Nabi junjungan kita.

Baginda solat tahajjud di waktu malam sehingga bengkak kaki baginda. Apabila sahabat bertanya : Wahai Nabi Allah, mengapakah engkau bersungguh-sungguh membuat solat malam sedangkan Allah telah menjanjikan Syurga buatmu.
Lalu baginda menjawab: Bukankah aku hamba yang bersyukur?

Lihat. Nabi Allah! Subhanallah..sudah dijanjikan syurga, tetapi tetap merendah diri sebagai hambaNya. Begitulah yang dikatakan kekasih Allah. Cinta tidak lagi berpaksikan duniawi malahan cinta yang kuat pada Allah membuatkan dunia yang mengikuti baginda. Bukanlah bermakna kita perlu menolak dunia, dan mengejar akhirat semata tetapi bila akhirat yang dikejar, dunia akan mengikuti kita.

Tetapi, bila kita refleks diri sendiri sebagai status Umat NAbi MUhammad, kita sudah jauh dari sunnahnya. kian hanyut dalam keasyikan duniawi yang hanya menjanjikan nikmat yang sementara.

Jadi, saya suka untuk bertanya kepada semua, amalan apakah yang terus-menerus anda lakukan setiap hari? Biarlah amalan yang dilakukan itu sedikit, kerana Nabi paling suka amalan yang ISTIQAMAH..


[imbasan kembali kisah 3 bulan lepas]
ketika suria memancarkan sinarnya, ku mendail ke rumah.
" kring3...kring3.."
akhirnya, deringan bersambut dan suara salam kedengaran. Terdengar suara si ibu yang lemah, mungkin baru sahaja qailullah. Silap pula sang anak menelefon di waktu begini.

seperti biasa, borak2. BErcerita itu ini. sudah 2 tahun, tidak terasa kehangatan pelukan hangat seorang ummi dan abah. selama itu tidak merasa keenakan masakan air tangan ummi. Ummi bertanya, " akak solat dhuha x?"

haa? erm.. kadang2 la ummi. kenapa?

"akak buat la solat dhuha selalu. hari -hari. "

"baiklah ummi, insyaAllah, akak cuba!"

kemudian telefon berbunyi menandakan peti mesej terisi.
beginilah lebih kurang kandungannya..

Hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abu Dzar yang bermaksud : " hemdaklah setiap kamu bersedekahuntuk masing-masing ruas tulang badannya. Maka setiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kebaikan adalah sedekah, melarang keburukan adlaah sedekah, dan ganti dari semuanya itu, cukuplah mengerjakan solat DHUHAA sebanyak 2 rakaat"

kenapa tajuk post xde related langsung dengan post yep? Sebab tu relate dengan final exam yang baru berlalu tadi. Kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu Allah, bukanlah senang. Teruskan bermujahadah kerana ia belum bernoktah malahan perjuangan baru bermula. Bersiap-sedialah dengan ilmu, kerana dengan ilmu, kita akan dihormati. Tetapi ilmu tanpa amal, ibarat pokok tanpa buah.

jangan tolak takdir Allah, kerana susunan dan perancangan adalah yang terbaik.

[di bilik guru, sewaktu sekolah menengah ID]

"kenapa ramai sangat orang berkumpul kat meja cikgu ija tu?", getusku dalam hati.
bila mendekati..ohh..rupa-rupanya, result biology dah keluar. So, semua sedang sibuk untuk recheck balik sebab rata-rata sahabat bercita-cita menjadi doktor dan kurang berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Waktu itu, saya memang tidak kisah. Seorang yang jenis terima seadanya. gred itu bukan lagi luar biasa buat diriku, kerana tidak terlintas untuk menjadi doktor. Tapi, itulah dikatakan takdir. Akhirnya, insyaAllah bergelar doktor. So, saya kena belajar bersungguh-sungguh kerana kerjayaku kini terlibat dengan nyawa manusia.

JOm Mujahadah>>>

Wallahua'lam..

p/s : najah, terima kasih atas teguran!! Saya akan mencari permata yang perlu dicari itu sebaik-baiknya di sebalik debu-debu bumi Anbiya'.

Friday, January 21, 2011

TaKdiR TuHaN

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah, saya masih lagi diberi peluang untuk terus hidup dan menyumbang dalam bidang penulisan. meskipun saya kurang ilmu dan kurang skill menulis dengan baik, saya tetap akan mengarang dalam blog sebagai muhasabah diri sang penulis.

hari ni, nikmat berkata-kata dengan baik ditarik sementara oleh Allah. my Internal body temperature rise gradually but i quickly ate drugs (medicine) before sleep and i feel better today dengan izin Allah jua.

bercakap pasal takdir, takdir adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah kepada setiap hamba-hambaNya. tidak kira ajal, jodoh, semuanya telah disusun teratur oleh Allah. baru-baru ini, sedang khusyuk mentelaah study di library, tiba-tiba ada abg senior buat pengumuman. Al-Fatihah buat Nurul Iman yang telah meninggal dunia jam 10.15 minit pagi kerana Carbon Monoxide Poisoning.

Saya terdiam buat seketika dan terus mendail nombor senior tahun 3 yang dikenali. Innalillahi wainna ilaihi rajiuun..ternyata telingaku masih lagi tidak salah mendengar.

Perasaan waktu itu berbaur sekali. sedih+simpati+takut. Betapa Allah mengasihi arwah kak Iman, arwah dihadapkan kepada Maha Pencipta dalam masa usia yang muda. arwah telah menyahut panggilan Illahi untuk bertemu denganNya. Sedangkan aku sendiri dibiarkan terkial-kial menurut arus dunia fana.
Takdir Allah, tiada siapa boleh menolak. Redha dan sabar itulah sumber kekuatan mukmin. Sesungguhnya Perancangan Allah itu yang terbaik.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 156:

(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"[101].

[101]. Artinya: Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali. Kalimat ini dinamakan kalimat istirjaa (pernyataan kembali kepada Allah). Disunatkan menyebutnya waktu ditimpa merbahaya baik besar maupun kecil.




 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com