Tuesday, June 22, 2010

KISAH 20 SEN~

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah..lecture untuk tahun pertama dah habis..means that kami dah habis first year..dah matang sket..sekarang kami tengah belajar pasal BLOOD. cucuk2 orang2..cek bleeding time and blood type sekali dengan Rhesus.. bimbang benar pasal rhesus tu, takut x boleh kawin. ada2 je kawan2 ni. tekno dah maju kan sekarang. insyaAllah..baik, kali ni saya nk kongsi satu kisah (copy n paste je) sebab tengah bersedia untuk exam sekarang..FOKUS~~ azam baru.

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni… nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen,” kata Imam kepada pemandu bas.

“Ohhh…!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni… kan sedikit je nilainya,” kata pemandu bas. Imam menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur.” Pemandu bas tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.”

Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah… Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai ‘tingkap’ untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

“DUNIA sebagai ALAT — AKHIRAT sebagai MATLAMAT”

p/s: abah, selamat hari bapa. terima kasih atas segalanya. rindu kat abah n ummi..Dah lama abah berkhidmat, dapat anugerah g jalan2 kat china. baik dtg mesir..lagi bagus abah.

Tuesday, June 15, 2010

kahwin..hepy ending~



bismillahirrahmnirrahim...
semakin bertambah usia, isu perkahwinan semakin hangat di sebut2..
tahniah kepada kawan2 yang dah berkahwin..binalah keluarga sebahagia keluarga Nabi S.A.W.
B.A.I.T. M.U.S.L.I.M.

sebelum fly...
kawan : aisyah, nnt duk jauh2 ngan keluarga. jangan pk nak kawin plak.
pok wan : aisyah, pok wan duk mesir dok kawin pun. esyah jgn nk advance plop..menangis ummi nnt..
hanya gelak yang mampu ku balas.. itu pesanan mereka.
ummi abah x ckp pape pun..( SENYUM)
imam syafi'e dalam sejarahnya berguru dengan imam malik pernah dinasihatkan "aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. janganlah engkau memadamkan cahaya itu dengan maksiat"..

tuntutlah ilmu sebanyak mungkin dengan wasilah yang diredhai Allah..jangan selitkan dengan dosa ketika sedang kita berjihad di medan nyawa.

p/s: selamat pengantin baru kak farhatun..

Sunday, June 13, 2010

OH KAWANKU~~

Bismillahirrahmanirrahim…
Betul la bak kata abang..semakin hari semakin malas untuk menulis..rasa sudah hilang semangat untuk menulis. insyaAllah, saya mulakan. Kadang2 kita xtau apa ujian Allah pada kita..benarlah Allah berfirman “boleh jadi apa yang kita suka tu, buruk bagi kita. Dan boleh jadi apa yang kita benci tu, baik bagi kita”. Saya pun banyak bermonolog, Allah sedang menguji aku ke? Sehinggakan saya kadang2 x boleh belajar bile fikir pasal masalah yang menimpa diri..nampak saje cool di luar..tapi tidak di dalam.
Pernah ke kita sedar yang kadang2 Allah menguji kita melalui kawan..sebab kita jauh dengan family kan? Orang paling rapat adalah kawan la kan? Lain pulak ceritanya kalau dah berumahtangga..ujian dengan anak2 dan isteri serta suami pulak.. saya suka berkongsi cerita tentang diri saya..
Tarikh keramat esok exam MCQ modul 5, saya sakit agak teruk. Sehingga saya rasa semangat untuk membaca tu dah makin pudar..tapi teringatkan pesan ummi abah, saya perlu untuk tingkatkan markah saya untuk sem 2 kali ni. Malam tu, sakit itu terus mengganggu..pre doctor (kwn2) merawat saya..memang x lupa jasa2 mereka..ada yang tolong bacakan buku, ajar muscle2 dan akhirnya saya terlelap tanpa sempat habis baca buku. Menangis saya bukan sebab ujian kesakitan yang Allah bagi pada saya tapi, rasa keterharuan yang teramat dek kebaikan kawan2. SUNGGUH. Terubat walau ummi tiada di sisi.
Pernah ke kita rasa tersisih?? Kawan2 x care pasal kita..memang tu lumrah bersahabat..kita terima kebaikan & kelemahan kawan kita..begitu jugak sebaliknya. Tapi bagaimana pula perasaan saudara2 seislam kita yang sedang berjuang sekarang..mesti mereka rasa tersisih. Kerana Negara islam lain x bersungguh2 care psal mereka. Kalau saya berada di tempat mereka..of course saya rasa amat kecewa dengan sikap umat islam lain. Pernah x terfikir kenapa Negara lain x bertindak untuk menentang Israel? Saya dapat jawapannya melalui sebuah blog..dimana, duit mampu menukar kejahatan menjadi kebaikan. Disebabkan Israel banyak menguasai ekonomi dengan barang2 produk mereka, Negara lain terpaksa akur akan telunjuk Israel. Takut ekonomi Negara jatuh. Saya menunggu saat2 janji Allah itu tiba..saat kemenangan umat islam itu tiba..kalau bukan kita, siapa lagi?? Fikir2kanlah. “SIAPA YANG MENGUASAI PALESTIN AKAN MENGUASAI DUNIA”
Ya Allah, jadikanlah aku salah seorang tenteraMu.
Cerita lepas exam pulak lain,, kawan2 terus menjaga saya, masak bubur, sup, sebab saya berpantang banyak makanan masa tu..KSP? x boleh jugak.. :0. Kawan2 da start nak beli barang bawak balik ke Malaysia, tanah air tercinta. Saya? Bersemadi di sini..tahun ni. Sorang2 je budak MARA perempuan.
Kadang2 perasaan rindu pada family datang membuak2. Lantas menghantar mesej pada ummi. Dan ummi pun reply mesejku..kalau akak sibuk, xde masa untuk rindu2 ni. Nampak sangat, saya membuang masa. Tepat tekaan ummi. Masa abih exam..saya layan cerita CODE BLUE SEASON 1 &2.
Movie tu, Sedikit sebanyak menaikkan semangat saya untuk jadi doctor yang berkualiti. Bukan balajar untuk lulus exam. Kadang2 orang tanya, macam mana kita nak tau kita ada keberkatan masa? Kita akan rasa masa yang kita lalui tu panjang je(lapang). Banyak perkara yang kita boleh lakukan dalam 24 jam. Sebab kita banyak mengisi masa dengan perkara berfaedah. Tapi kalau orang yang membuang masa tu, sekejap je setahun itu berlalu. Dan sekarang..setahun bakal berlalu sebagai pelajar perubatan Alexandria. Dan saya sentiasa ingatkan diri saya, sesunguhnya setiap saat itu, akan disoal oleh Allah..apa yang kita lakukan..



Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

AMAT RUGILAH MANUSIA YANG TIDAK MEMANFA'ATKAN WAKTUNYA UNTUK BERBAKTI
1. Demi masa.2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. (surah al-asr)
p/s: puteri nil..tabahkan hati..perjuangan itu memang PAHIT, sebab syurga itu MANIS.
 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com