Tuesday, June 21, 2011

terima kasih abah

Assalamualaikum warahmatullah...

post ni anakanda dedikasikan khas buat ayahanda...

Terima kasih anakanda ucapkan buat abah kerana sabar dalam mendidik anak perempuanmu yang satu-satunya ini.

Terima kasih jua abah banyak mengajar anakanda untuk hidup berdikari.

Terima kasih abah kerana menjadi abah yang sangat baik, sporting dan the best man ever & forever in my life.

Terima kasih mengajar anakanda menyebut kalam Tuhan dalam Al-Quran.

Terima kasih anakanda sesungguhnya tak mampu membalas segala jasa abah..

Dulu, memang anakanda tak memahami kenapa banyak benda umi abah marah. Tapi umur yang kian dewasa mematangkan fikiran untuk berfikir.."ohh..sebab ini ke abah umi larang.."

Doakan anakanda berjaya menjadi doktor muslimah yang berjaya. Semoga abah, umi dan keluarga dirahmati dan dilindungi Allah selalu..

Last sekali, Selamat UlangTahun Kelahiran yang ke-...........(^_^) muda lagi..

Selamat HAri BApa~~

p/s : mesti abah tengah kesat air mata kan sekarang.. (hehe)

with love,
Anakandamu

salam kejauhan.

kirim salam kat umi. Salam sayang buat family di sana.

Friday, June 17, 2011

JiKa BoSaN untuk HIDUP, ada something wrong pada diri~

alt

"Bosan la begini, asyik buat benda sama je."

"Amirul, keluar jom. Bosan la lepak rumah."

Kalimah 'bosan' seringkali digunapakai dalam kehidupan manusia sekarang untuk menggambarkan perasaan seseorang yang jemu dengan cara hidup yang dihadapi.

Tetapi, hakikatnya kalimah 'bosan' itu hanya wujud dalam kamus hidup manusia yang kosong jiwanya, malah lebih teruk manusia yang menjadi hamba kepada budaya hedonisme. Hidup terasa kosong apabila tiada hiburan yang melalaikan menjadi teman.

"Bosannya, internet buat hal la pulak. Banyak la notification nanti tak terbalas."

"Ala, hujan lagi. Sekejap lagi mula la astro buat hal. Melepas tengok Jozan buat lawak."

Bagi mereka yang kaya jiwanya, mereka akan terus sibuk dan sibuk mengimbangi amalan dunia dan bekalan di akhirat sehingga masa yang ada bagaikan tidak mencukupi bagi mereka. Seringkali mereka berjuang menggunakan setiap detik waktu yang masih bersisa mengabdikan diri kepada Tuhan.

Ingatlah, setelah dilahirkan ke dunia, kita diamanahan dengan misi yang penting. Kitalah hamba, dan kita jualah pemimpin.

Firman Allah:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." [al-Baqarah : 30]

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. [al-Dhariyat : 56]

Dua misi ini yang akan terus membuatkan kita berasa sibuk dan terus sibuk, sehingga kita tidak punya masa untuk merasa bosan dalam hidup. Berusahalah menghapuskan perkataan 'bosan' dalam kamus kehidupan seharian kita dengan mengabdikan diri kepada Allah dan mengimarahkan bumi Allah dengan menjadi khalifah yang soleh dan solehah. Insya-Allah..

- Artikel iLuvislam.com


exam

Assalamualaikum abah dan abang..

InsyaAllah, akak exam mcm kat bawah ni;

18 jun = skill lab exam
19 jun = assignment
20 jun= practical exam
27 jun= exam MCQ

Abah, abang dan kawan2 yang baca post ni, tolong doakan puterinil. Doa kalian sangat saya harapkan.
p/s : abah, bagi kata2 semangat untuk akak..terima kasih
 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com