Wednesday, October 6, 2010

ukhuwwah sehebat gubahan pertama

Alhamdulillah..party ex-floor 7 selesai dengan izinNya jua. saya gembira dipertemukan dengan mereka..meskipun jarak memisahkan, masa menjauhkan..tetapi ikatan ukhuwwah kita tetap utuh seindah gubahan pertama. sayu untuk berpisah dengan mereka. hidup disini tiada sesiapa lagi melainkan kawan. kawan adalah cermin bagi diri kita. sesiapa yang ingin mengenali seseorang itu kenalilah kawan mereka..specially wish kat floormate yang dah belated besday..fatin, nami, mira, aliah, biha dan nini. hanya mampu ku berdoa segala apa hajat kalian dikabulkan Tuhan dan aku meminta kepada Tuhan untuk masukkan semua sahabat2ku ke dalam syurga sebelum aku.
walaupun kita sudah x sebumbung x bermakna kita berpisah.. sesi luahan perasaan pulak ker? T-T
sebab kalianlah saya terus kuat disini..tiada sesiapa lagi dan suasana sekolah lamaku masih lagi berkesan dalam diriku..Alhamdulillah3x..

alhamdulillah jua kupanjatkan kepada Yang Maha Esa, akhirnya berjaya juga saya menutup fail PSMB dan terima kasih Allah kerana memilihku untuk memberi sedikit pengalaman bekerja dengan mereka2 yang hebat.

Pasangan pengantin yang baru menikah cuti summer baru ni di Malaysia menjadi selebriti hot di Iskandariah..ditambah pula perasmian bait muslim akan dibuat jumaat ni.. betapaku kagum dengan agama suci Allah..dengan satu lafaz akad mampu mengubah status seseorang. Subhanallah ku ucapkan..sungguh indah Islam itu kalau kita betul-betul menghayati. cinta selepas kahwin..dan mengenali sesudah bertunang. tiba2, ku teringat ketika berada di majlis ilmu sheikh Nuruddin..ada seseorang bertanya..

"sheikh, kalau si suami dan isteri ingin solat berjemaah bersama-sama, dimanakah kedudukan si isteri??"

saya meninggalkan persoalan ini kepada para pembaca..jangan lupa hantarkan jawapan anda di talian..puterinil0915.blogspot.com..

Wallahua'lam..

Monday, October 4, 2010

AnuGeraH dari Allah..jom bina jati diri

salam w.b.t.

Alhamdulillah, sehingga kini Allah masih memberi kekuatan diri untuk terus menulis dan menggunakan nikmat yang Allah bagi dengan sebaiknya.. segala puji bagi Allah..sesungguhnya begitu berat hambaMu ini memikul amanah dariMu.. tiada guna untuk kita menafikan kelayakan kita untuk memikul tanggungjawab itu kerana Allah Maha Tahu apa yang sesuai dengan hambaNya.

Kesibukan kuliah yang sudah bermula 2 minggu yang lalu, membuatkanku lupa untuk mendail ke malaysia. hanya mesej yang ku kirim.. harap family memahamiku.

alhamdulillah, Allah masih memberi perlindungan untukku berteduh tahun ni. Saya dibenarkan untuk stay tinggal di asrama atas sebab2 tertentu..terima kasih ust ishak.. walaupun saya x akan berapa mahir dalam memasak tapi saya tahu ada beribu hikmah yang tersembunyi.

tahun ni, kebanyakan junior berasal dari sekolah yang beragama dan x kurang hebatnya dari sekolah tahfiz. saya diberi peluang untuk berada di kalangan mereka. saya cuba membantu SR tahun 1 semampu mungkin memandangkan diri ini sendiri masih merangkak mencari pengalaman dari orang yang berpengalaman. ketika saya menghadiri perjumpaan tahun 1 2010 seusai sahaja solat maghrib. SR tahun 1 berucap. Memberi penerangan serba- sedikit tentang jadual kuliah esok yang agak kelam-kabut. moga Allah memudahkan segala urusanku kerana "Allah akan memudahkan urusan orang yang memudahkan urusan orang lain." saya hanya duduk memerhati dari belakang. jemaah yang begitu ramai yang x pernah terpamer oleh batch saya sendiri. setelah sampai sesi soal-jawab...

seseorang bertanya: "pakaian ke kuliah macam mana?"
begitu SR itu menjawab membuatkanku kagum.. "pakaian tidak terikat dengan mana2 peraturan tetapi terikat dengan peraturan Allah S.W.T."

Subhanallah..jawapan yang ringkas dan mantap.
saya sedar satu perkara bahawa kita perlu belajar dari sesiapa pun tidak kira orang yang lebih tua ataupun yang lebih muda kerana ingin membina jati diri perlu memandang kepada orang yang lebih baik dari kita..

wallahua'lam..

Sunday, October 3, 2010

2 nikmat yang sering dilupai

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: "Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya. Muhammad Ibnu mastori: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Dua kenikmatan yang sering membuat manusia tertipu ialah sihat dan waktu kosong." (Riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas)
 
Copyright 2009 FiKiR&ZiKiR. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com